Assalamualaikum semua...
Lama nau tak menulis, idea pun tak berapa nak ada tapi bila tengah lapang ni, jari jemari elok je nak menaip cerita.
News feed ni tetiba lalu di wall masa scroll fb...ha amek kau...ayat dia tu menarik perhatian aku. Benda yang berlaku pada diriku di saat dulu dan sekarang...tapi aku lebih sukakan ayat yang kat bawah tu, ibaratnya "buat baik berpada-pada" 😇. Kebanyakan orang sekarang hanya menggunakan orang lain di saat susah, di saat memerlukan pertolongan tetapi bila kita dah tolong, sunyi sepi pulak...hahaha, nasib2x. Betullah orang kata, yang meminjam buat lek je, yang kasi pinjam ni bersusah payah nak dapatkan duet dorang tak tahu.
Aku rasa semua sedar, memang duet yang kita dapat, bukan semua hak kita. Ada bahagian untuk ibu bapa, ada bahagian untuk anak-anak, ada bahagian untuk keluarga dan untuk yang lain-lain. Andai kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan, pasti Allah beri kecukupan dalam urusan harian kita. Bagi aku sendiri, andainya tiada orang lain yang datang dalam kehidupan familyku, pasti aku dah bersenang lenang. Tapi Allah tak mendatangkan ujian hidup yang tidak bersesuian dengan kesanggupan kita. Allah uji sebab Allah sayang, Allah uji sebab kita mampu atas setiap ujian yang diberikan. Cara dan bagaimana kita mengatasinya, mengikut pedoman dan pegangan masing-masing.
Allah is the Best Planner. Dia yang merancang dan Dia yang menentukan. Kita percaya pada Qada' dan Qadar. Doa adalah senjata bagi golongan mukmin, maka berdoalah dan setiap dari doa kita, Allah mendengarnya. Kabul atau tidak adalah rahsia Allah. Andai kita dekat padaNya, kita akan tahu dan kita dapat rasakan bilamana satu-satu doa yang kita mohon dimakbulkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Ramai manusia yang baik tetapi nak dapatkan hati yang bersih suci tu mungkin satu dalam 10. Circle aku tak besar, jadi aku ambil 10 je...hehehe. Tapi aku tahu, bff aku tetap yang terbaik dikalangan kawan-kawan yang mendampingi. Mereka adalah sahabat dan teman. Aku salute dengan persahabatan ini. Semoga kita menjadi sahabat di dunia dan akhirat. Aku doakan kalian berbahagia selalu, dilimpahi rezeki, dapat kita bersama2 walaupun sebulan sekali kita berjumpa atau terkadang quarterly baru dapat bersua, tapi ikatan persahabatan itu tetap utuh selamanya. 💙
Untuk anak-anakku, mama doakan semoga kalian sentiasa berada di bawah Rahmat Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki yang berkah, hidup diberkati dan semoga kalian mendapat jodoh yang baik jua. Moga anak-anakku berbahagia disamping insan2 yang tersayang dimasa kini dan akan datang.
Buat mak, moga mak tabah atas pemergian abah. Perjalanan masih panjang, mak tunggu cucu-cucu mak menikah ye. Angah perlukan mak di sisi. Abah pergi secara mengejut tetapi pemergian abah sangat mudah. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan kami adik beradik dalam pengebumian abah kami yang tersayang. Ramainya yang sayang kat abah. Walaupun tiada air mata ini yang jatuh di hari kematian abah, tetapi setelah semuanya selesai...ia tidak dapat dibendung lagi. Teringat angah diwaktu angah tengah drive seminggu lepas abah pergi, sepanjang jalan air mata ini tidak henti mengalir. Ada kerinduan yang tidak terucapkan.😠Angah mampu doakan semoga abah tenang di sana, alam yang kekal abadi. Angah akan selalu doakan untuk abah sebagaimana doa yang ada semasa abah masih hidup. Jumpa di syurga nanti abah.
Sampai sini saja coretan buat hari ini. emosi pulak pagi-pagi ni.
Jumpa lagi, sayonara !!