Jumaat, 9 Oktober 2015

Meroti lagi

Assalamualaikum & selamat malam uolllsss

Malam semalam punye cerita....tetiba tekak ni nak makan roti...tapi best lagikan kalau dapat buat sendiri roti tu...petang je terus call anak mama ayu yang sulong untuk buatkan doh roti tu....senang je nak buat pun...ikut je resipi yang ade dalam buku, kira main campak-campak jugak lah kan...hehe

Ini pun bukan pertama kali anak mama ayu buat mix doh tu...dah banyak kali jugaklah... termasuklah masa roti sarang lebah sedang hangat dipasaran...mama ayu siap buat jualan lagi pada rakan sekerja & kawan-kawan anak sekolah...

Ini dia breadmaker noxxa - BM Noxxa...3 in 1 dimana kita boleh membakar, menguli dan memanggang. BM ni sangatlah senang dikendalikan dan yang paling penting sangat usefull...bayangkan kegunaannya, tak perlu lagi nak beli bread toaster, mesin penguli - semua dah ada pada BM noxxa ni...jimat ruang dapur & jimat penggunaan elektrik. Ok, kita layan gambar anak-anak syurga ni kt dapur..


Anak-anak ni kalau kat dapur berebut-rebut nak tolong mama ayu kat dapur....yang abang nak buat ni lah..yang adik nak buat itulah...pening kepala dibuatnya...layankan aje lah ape anak-anak nak buat...kira ini salah satu proses belajar untuk dorang jugak kan...ngeee


Roti sarang yang tak bersarang sangat...hahaha
guna je lah ape yang ade dalam peti tu ye....tak kuasa nak singgah kedai kek masa balik keje nak cari barang-barang tambahan nak buat roti ni...huhu

 

Cer teka roti ape ni?
Cepat...cepat teka....hehe...kalau uolls nak tahu, ni lah roti milo...abis milo mama dikerjakan leh anak-anak...tak kisahlah nak, asalkan korang nak makan...ni pun masing-masing dah cop nak bawak ke sekolah...nak bagi kawan-kawan rasa katenye....




Tadaaaaaa....

tu dia Chef Liyana dengan rotinye....jemput makan ye...esok nak bwk bekal kat sekolah...kantin sekolah agama tutup lagi....next week kena pikir ape lagi nak buat untuk sarapan anak-anak ke sekolah...tak pun tunggulah request dari dorang nak buat ape...sebelum ni pun mama ayu buat kek batik tapi tak sempat nak snap...tak sampai sehari dah abis...seronok tengok anak-anak yang sedang membesar ni...banyak makan dan banyak tul kerenahnye....masaklah ape saje...mesti abis punye

Jumpa lagi...sayonara !!

Ahad, 4 Oktober 2015

Protein Nutrilite

Assalamualaikum & Morning Oullsss

Seperti biasa weekend mama ayu dipenuhi dengan undangan kelas di UTMSpace KL...hehe...selesai sudah presentation yang pertama...banyak lagi assignment yang nak kena buat untuk semester ni....tak de gambar pulak sebab lupe nak minta tolong kawan snapkan...huaaaaa

Pagi ni mama ayu nak bercerita sikit pasal khasiat protein. Kenapa protein penting dalam tubuh badan kita, al maklumlah musim-musim jerebu ni kan...kesihatan perlu di jaga, elakkan anak-anak kita bermain di luar rumah, hmmm camni kena tambahlah aktiviti untuk anak-anak, jangan asyik nak main PS lah..tonton tv lah..tunggulah mama beli sahibba ke, congkak ke anak-anak ye....huhu

Banyak perisa protein yang dikeluarkan oleh Nutrilite - satu jenama yang unggul di dunia. Ada 4 perisa iaitu NUTRILITE All Plant Protein Powder, Minuman campuran Protein Perisa Beri Campuran, Perisa Teh Hijau dan yang terbaru adalah Perisa Coklat.



Kehebatan Protein, Kurniaan Alam

NUTRILITE All Plant Protein Powder dirumus dengan Rumusan Adunan NUTRILITE yang eksklusif iaitu kombinasi unik soya, protein dan kacang pis.
  • Sumber semula jadi
  • Tanpa laktosa
  • Mesra vegetarian
  • Tanpa kolesterol
  • Rendah lemak
  • Menyokong jantung dan keimunan anda
NUTRILITE Minuman Campuran Protein Perisa Beri Campuran merupakan minuman yang lazat rasanya dengan formula baru yang hebat yang larut dengan mudah dalam air sejuk.
  • Satu sajian memberi 8 g protein daripada protein soya yang diasingkan juga 18 asid amino, 30 mg vitamin C dan 250 mg kalsium.
  • NUTRILITE mengguna teknologi soya yang terkini, menghasilkan minuman campuran segera tanpa rasa kasar yang sering dikaitkan dengan kebanyakan minuman soya.
  • Mengandungi pekatan buah tropika NUTRILITE.
  • Tidak mengandungi sebarang warna atau perisa tiruan atau bahan pengawet.
NUTRILITE Minuman Campuran Protein Perisa Teh hijau

Dapatkan semua kebaikan NUTRILITE Protein yang ditambah dengan perisa teh hijau yang menyegarkan. NUTRILITE Protein kini muncul dengan perisa baru tetapi masih mengekalkan semua manfaat penting protein soya. Satu sajian bukan sahaja membekal 8 gram protein soya, jumlah asid amino penting dan tidak penting yang seimbang dan manfaat kalsium dan isoflavon soya yang berkhasiat, ia juga memberikan semua nutrien ini dengan tambahan perisa teh hijau yang menyegarkan.

Jika anda sentiasa mengharapkan NUTRILITE Protein untuk sumber protein yang semula jadi, mudah dihadam, senang, tanpa kolesterol dan mengandungi lemak yang minimum, kini anda boleh juga mengharapkan ia memberikan minuman yang lebih berperisa.

NUTRILITE Minuman Campuran Protein Perisa Coklat

Kini dengan Perisa Coklat yang baru, ia kaya dengan rasa coklat yang pasti digemari oleh kanak-kanak! Bekalkan keluarga anda dengan nutrien harian yang mereka perlukan untuk sihat dan kuat! Minuman Campuran NUTRILITE™ Perisa Coklat menyokong kesihatan optimum dengan menyediakan blok-blok binaan yang tubuh anda perlukan untuk pertumbuhan yang sihat, penyelenggaraan dan pembaikan otot dan tisu setiap hari. Kini dengan Perisa Coklat yang baru, ia kaya dengan rasa coklat yang pasti digemari oleh kanak-kanak!

Setiap hidangan menyediakan
  • 10g protein berkualiti tinggi
  • 140mg kalsium
  • 9 asid amino perlu
Berminat leh pm@whatsapp Mama Ayu 0133424800

#ProteinNutrilite
#AgentAmwayAnda
#TeamA60
#sayajualproteinamway

Khamis, 1 Oktober 2015

Set Bersalin Tropical Herbs

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua....

Pagi ni mama ayu nak ceritakan pasal set bersalin tropikal herbs. Set ni lengkap dengan bengkung sekali, sangat sesuai digunakan oleh ibu-ibu di luar sana...mama ayu pun dah try set bersalin ni...memang superbbb 

Kehamilan adalah saat-saat istimewa dalam kehidupan seseorang wanita. Pemakanan yang betul dan mengekalkan kecergasan serta kerehatan amatlah penting kerana dia membekalkan keperluan pemakanan kepada bayi yang sedang membesar. Penjagaan lepas bersalin juga penting kerana ibu baru perlu memulihkan tenaga dan daya hidup, untuk penjagaan bayinya yang baru lahir. Dalam kebanyakan kebudayaan Asia, tempoh berpantang ialah masa apabila ibu-ibu baru memulihkan kesihatan, lazimnya dengan makanan, herba terpilih yang istimewa serta amalan tradisional lain.



  • Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah.
  • Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.
  • Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang.

Untuk dimakan:

Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2.



Untuk Kegunaan Luaran:

Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang.


Ciri-ciri dan Faedah

  • Lengkap dan mudah. Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.
  • Keberkesanan Terbukti. Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.
  • Herba-herba yang distandardkan. Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.
  • Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.
  • Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan. Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.
  • Pengilang herba bertauliah. Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)
Berminat jangan lupe & jangan segan...just pm/whatsapp mama ayu @ 0133424800 utk dapatkan special price...

Sayonara!!