Jumaat, 15 Januari 2016

Luahan Rasa - Corat Coret Minggu Ini

Assalamualaikum

Luahan rasa...

Aku adalah seorang pekerja di syarikat telekomunikasi yang terkemuka di Malaysia. Pada aku, customer is always right...sebab apa, sebab dorang akan kata yang dorang lah yang bayar gaji aku...huhu, tapi dalam banyak-banyak customer aku, ada gaklah yang baik-baik, berbudi bahasa dan percakapan pun ok tapi ada jugak customer yang tengking, marah-marah, maki hamun...semua ada. Nak buat macamana kan, dah keje...yang penting niat kite keje tu kerana Allah, untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini. 

Aku juga menjalankan bisnes Amway bersama en suami tercinta. Networking bisnes...pada aku, ada segolongan orang memang susah nak terima bisnes ni. Tapi ada jugak yang berbesar hati nak join bisnes ni. Bak kata mentor suamiku, dalam dunia bisnes ni ada 3 macam jenis orang.
1) Tak tahu kenapa nak join bisnes ni
2) Nak pakai barang sahaja
3) Nak buat bisnes

Dalam 3 di atas, kami membuat keputusan memilih yang no 3. Sebab apa? Ada value kat situ yang orang lain tak faham kenapa mesti aku menjalankan bisnes ini. Walaupun aku bekerja, tetapi aku seronok menjalankan biz ni. Buat Amway, tak ada sesape pun yang akan kata, dorang lah yang bayar bonus aku/kami...hehe, semuanya Amway bayar mengikut daya usaha masing-masing.

ok lah....setakat itu luahan rasa hatiku, berbalik pada corat-coret minggu ini, jom layan


Setiap hari rabu pagi akan diadakan MRC-roll call untuk semua staff di Bukit Raja. Exchange kami terbahagi kepada 4 kawasan iaitu Bukit Raja, Meru, Sementa dan Kapar. Kami-kami inilah daripada bahagian technical yang incharge untuk Del, Streamyx & Unifi tidak kira bagi kes-kes pemasangan baru dan pembaikan talian.


My bos & 2 orang SP - SP ni kira orang kuat bos lah kan...ape2 masalah dengan keje boleh cari dorang ni..hehe


Gambar kat atas ni adalah kejadian hari Khamis pulak, macam biasa awal-awal tahun akan diadakan mesyuarat kelab bagi KSK untuk memilih calon-calon yang sesuai bagi menerajui aktiviti kelab. Kami meeting sambil makan ( makan2 ni pun masa setiap awal tahun je sebagai meraikan hasil titik peluh pada tahun lepas 2015 )



Jemput makan wei....sedap pulak makan pizza hujan-hujan ni kan, order banyak tapi yang datang meeting berapa kerat je...huhu

Jumpa lagi...sayonara !!


Isnin, 11 Januari 2016

Deodarant dan Allano lotion Amway

Assalamualaikum

Selamat kembali bekerja !!
Hari minggu yang agak bizi, berhujung minggu dengan melawat ipar duai di Kepong dan keesokannya bermalam di rumah mak tersayang. Isnin mama ayu ada last paper untuk di jawab dalam semester ni. Last paper ni tak leh nak haraplah A A tu kan...baca buku pun ke laut....huhu tapi dah buat sehabis baik, berserah pada Allah.

oklah....nak cite pasal Deodarant Amway ni, mama ayu guna since jadi ahli lagi...dah guna ni memang tak ar nak tukar produk lain...memang terbaik tau, dan yang paling utama deodarant ni tak de alkohol okey...boleh bawak sembahyang


Keistimewaan #DeodarantAmway
  • Menawarkan perlindungan daripada bau dan kebasahan sehingga 48 jam.
  • Kombinasi deodoran dan antipeluh.
  • Bebas alkohol.
  • Menggunakan KOMPLEKS LICHEN PLUS (disebut sebagai ""Lai Khen"") untuk menentang bakteria di bahagian ketiak.
  • Rumusan tanpa pemutih tidak akan mengotorkan pakaian walaupun semasa ketiak masih basah dengan produk.
Petua:
Jauhi produk berasaskan alkohol. Alkohol sering digunakan sebagai disinfektan yang menjimatkan dan penggunaan yang berterusan mungkin mengeringkan bahagian ketiak anda, oleh itu mungkin menyebabkan kekeringan dan kerengsaan.


Lagi satu produk yang pemes ialah #Allanolotion. Produk ni memang mama ayu suggestkan kepada ibu-ibu terutama yang ada anak-anak kecil. Sangat mudah digunakan dan yang penting value for money uols, and one more things ia selamat digunakan

Keistimewaan #Allanolotion
  • Losyen badan berasas buih yang unik.
  • Mudah disapu. Tidak comot atau berminyak.
  • Mengandungi Alantoin dan Lanolin - untuk melega dan melembap kulit yang paling kering sekalipun.
Gambar testimoni tak de lah pulak, tapi member seopis ni pernah tangannya terkena air panas, letak je lotion allano ni memang baiklah tangan dia, tak de kesan langsung
So, korang kalau nak beli...cari mama ayu ye, pm @ whatsapp 0133424800

Mama Ayu
#AgentAmway
#ABO
#TeamA60




Rabu, 6 Januari 2016

Jamuan Akhir Tahun Kelab KSK 2015 @ Umang-umang Steamboat & Grill

Assalamualaikum uolls

Hari ni mama ayu nak cite sikit pasal Jamuan Akhir Tahun Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) TM Bukit Raja....lewat update sebab kebizian melanda hidup ini....hahaha, bizi lah sangat kan. ok, sebelum tu mama ayu nak cite sikit pasal Kelab KSK ni, kami dah tubuhkan kelab ni hampir 3 tahun...bermula daripada tahun 2012 kalau tak silap dan sampai sekarang kelab KSK ni masih ada, syukur alhamdulillah...berkat komitment dari semua staff SDZ Bukit Raja, diharapkan kelab ini dapat bertahan selagi kami bekerja di sini

Jamuan kali ini kami buat di #UmangUmangBBQSteamboat ...servis kat sini bagi mama ayu memang the best, makanan pun sodappp jugak

Jom layan gambar


Inilah banner kelab kitorang....rasa mama ayu, haruslah di tukar banner ni kan..sebabnya, gambar mama ayu tak de dalam ni...huhu
lagipun tahun 2016 ni, kena ubah lah banner ni kan...baru cantik


Antara makanan yang ada di Umang-umang Steamboat & Grill, dah kata steamboat & grill kan, wajiblah ada macam-macam kan...yang paling penting bagi kitorang kan...kambinggg, memang awesome lah makanan dia


Ada nasi dan mee goreng...sebab event ni buat tengahari kan, kena lah ada makanan berat-berat ni....owh ye, Umang-umang ni menerima tempahan pada waktu tengahari sekiranya mana-mana syarikat/perseorangan hendak buat ape-ape event, asalkan lebih 50 orang ye...


Antara minuman yang tersedia...abaikan model dalam gambar ni ek...hehe



Gambar kat atas ni antara muka-muka yang tunggu untuk ngap je makanan-makanan yang tersedia...dorang ni kalau bab makan memang laju...haha


Jemput makan


Sementara makan-makan tu kita selitkan dengan penyampaian hadiah. Tengok atas meja tu...banyak nye hadiah, tapi satu pun mama ayu tak dapat


Amboi seyum lebor ko ye Jamil dapat payung...ni cabutan bertuah, sib baik mama ayu leh kawtim ngan team CS untuk dapatkan gift ni...korang jangan tak tau, payung bukan sebarang payung, yang penting ada logo TM tu...


Staff terbaik UNIFI bagi tahun 2015


Staff terbaik BAU bagi tahun 2015


Makanan kat atas meja mama ayu & the geng...meriah ko


My boss dan kak Chulaila yang akan bersara pada hujung tahun 2015


The mak-mak budak, ada sorang je yang masih single mingle...hehe
sebab department kami ni bahagian teknikal, makanya hanya beberapa kerat je lah kami-kami yang pompuan 


Makan time...penuh meja ko


Wajah-wajah ceria...banyak-banyak meja, meja ni lah yang paling meriah...ntah berapa kali repeat amik makanan


Haa ko....ni buktinya....hehe


Sebelum balik, kita bagi surprise kat bos sempena hari lahir yang ke ?
Senyum lebor bos potong kek..ekeke


Ni lah antara AJK-AJK kelab bagi tahun 2015...mereka-mereka ini yang memberi banyak komitmen dalam menjayakan aktiviti kelab


Last but not least....staff-staff yang hadir pada hari jamuan, ni pun ada yang tak dapat datang sebab masa ni waktu cuti sekolah kan...ada yang dah planning awal-awal bercuti, kalau tak ramai lagi ni

Oklah....kalau sesape nak rasa dan makan kat sini, mama ayu bagi address ye, rugi tau kalau tak rasa, berbaloi-baloi makan kat sini..ada aiskrim tapi lupe lak nak snap, al-maklumlah mama ayu ni kira merangkap photographer sekali, bila orang dah balik baru boleh ngapp, tu yang lupe nak snap gambar aiskrim. Harga adalah sangat reasonable.

    Umang Umang BBQ Steamboat
    Address: Jalan Sekolah, Kampung Bukit Kapar, 42200 Kapar, Selangor, Malaysia
    Hours: 
    Open today · 6:00 PM – 12:00 

Jumpa lagi...sayonara !!