Jumaat, 15 Januari 2016

Luahan Rasa - Corat Coret Minggu Ini

Assalamualaikum

Luahan rasa...

Aku adalah seorang pekerja di syarikat telekomunikasi yang terkemuka di Malaysia. Pada aku, customer is always right...sebab apa, sebab dorang akan kata yang dorang lah yang bayar gaji aku...huhu, tapi dalam banyak-banyak customer aku, ada gaklah yang baik-baik, berbudi bahasa dan percakapan pun ok tapi ada jugak customer yang tengking, marah-marah, maki hamun...semua ada. Nak buat macamana kan, dah keje...yang penting niat kite keje tu kerana Allah, untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini. 

Aku juga menjalankan bisnes Amway bersama en suami tercinta. Networking bisnes...pada aku, ada segolongan orang memang susah nak terima bisnes ni. Tapi ada jugak yang berbesar hati nak join bisnes ni. Bak kata mentor suamiku, dalam dunia bisnes ni ada 3 macam jenis orang.
1) Tak tahu kenapa nak join bisnes ni
2) Nak pakai barang sahaja
3) Nak buat bisnes

Dalam 3 di atas, kami membuat keputusan memilih yang no 3. Sebab apa? Ada value kat situ yang orang lain tak faham kenapa mesti aku menjalankan bisnes ini. Walaupun aku bekerja, tetapi aku seronok menjalankan biz ni. Buat Amway, tak ada sesape pun yang akan kata, dorang lah yang bayar bonus aku/kami...hehe, semuanya Amway bayar mengikut daya usaha masing-masing.

ok lah....setakat itu luahan rasa hatiku, berbalik pada corat-coret minggu ini, jom layan


Setiap hari rabu pagi akan diadakan MRC-roll call untuk semua staff di Bukit Raja. Exchange kami terbahagi kepada 4 kawasan iaitu Bukit Raja, Meru, Sementa dan Kapar. Kami-kami inilah daripada bahagian technical yang incharge untuk Del, Streamyx & Unifi tidak kira bagi kes-kes pemasangan baru dan pembaikan talian.


My bos & 2 orang SP - SP ni kira orang kuat bos lah kan...ape2 masalah dengan keje boleh cari dorang ni..hehe


Gambar kat atas ni adalah kejadian hari Khamis pulak, macam biasa awal-awal tahun akan diadakan mesyuarat kelab bagi KSK untuk memilih calon-calon yang sesuai bagi menerajui aktiviti kelab. Kami meeting sambil makan ( makan2 ni pun masa setiap awal tahun je sebagai meraikan hasil titik peluh pada tahun lepas 2015 )



Jemput makan wei....sedap pulak makan pizza hujan-hujan ni kan, order banyak tapi yang datang meeting berapa kerat je...huhu

Jumpa lagi...sayonara !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan