Rabu, 27 Januari 2016

Khasiat Vitamin C

Assalamualaikum

Hari ni mama ayu nak bagi tips pasal kesihatan pulak...kite cite mengenai vitamin C. NUTRILITEtm Bio C Plus All Day Formula memberikan anda vitamin C yang anda perlukan untuk sepanjang hari. Ia dibebaskan secara perlahan-lahan dan lembut sepanjang hari supaya tubuh anda boleh menggunakannya dengan lebih cekap. Setiap tablet mengandungi vitamin C serta nutrien berasaskan tumbuhan daripada oren, lemon, limau gedang serta ceri aserola yang ditanam dan dipetik di ladang-ladang kami yang disahkan organik. Kini ada cara yang lebih baik untuk memastikan pertahanan semula jadi tubuh anda kuat.

Apakah itu vitamin C dan apakah yang dilakukannya? 

Vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik merupakan nutrien larut air yang diperlukan manusia setiap hari untuk membolehkan fungsi utama dalam tubuh berjalan lancar. Tidak seperti kebanyakan mamalia dan haiwan lain, manusia tidak mampu untuk menghasilkan vitamin C sendiri. Oleh itu, kita mesti mendapatkan vitamin C menerusi diet kita.


Vitamin C jenama Nutrilite

Vitamin C dan peranannya dalam kesihatan

~ Vitamin C menggalakkan sistem imun yang kuat: Sel-sel darah putih mengandungi lebih banyak vitamin C kerana tugasnya ialah melawan jangkitan dan penyakit. Mengekalkan paras vitamin C yang stabil adalah penting supaya selsel ini mempunyai akses berterusan kepadanya.

~ Penyerapan zat besi: Vitamin C membantu penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan. Ia juga membantu sistem imun berfungsi dengan sempurna untuk melindungi tubuh daripada penyakit. 

~ Vitamin C melawan kerosakan sel akibat radikal bebas: Dalam tubuh, ia bertindak sebagai antioksidan yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas. Radikal bebas adalah sebatian yang terbentuk apabila tubuh kita mengubah makanan yang kita makan menjadi tenaga. Individu juga terdedah kepada radikal bebas dalam persekitaran daripada asap rokok, pencemaran udara dan cahaya ultraungu daripada matahari. 

~ Vitamin C membantu mengekalkan kulit yang sihat: Vitamin C juga membantu dalam biosintesis kolagen iaitu komponen penting yang membantu penyembuhan luka. Vitamin C diperlukan untuk sintesis kolagen iaitu komponen struktur salur darah, tendon, ligamen, gusi dan tulang.

~ Neurotransmiter: Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam sintesis neurotransmiter, norepinefrina. Neurotransmiter amat penting untuk fungsi otak dan boleh mempengaruhi mood.

~ Hubungan karnitina: Vitamin C diperlukan untuk sintesis karnitina iaitu molekul kecil yang penting untuk mengangkut lemak ke dalam organel sel yang dinamakan mitokondria, tempat lemak diubah menjadi tenaga.

~ Menentang alergi: Dalam tindak balas alergi, pembebasan histamina boleh menyebabkan salah satu atau lebih simptom berikut: 

  • Gatal hidung, bersin dan menghasilkan lebih banyak mukus
  • Gatal kulit, menjadi ruam atau gatal-gatal 
  • Sinus tersumbat menyebabkan sakit kepala 
  • Paru-paru berdehit atau mengalami sentakan
  • Vitamin C membantu mengurangkan kesan histamina ini.




Banyak sungguh khasiat vitamin C ni....tak cuba, tak tahu kan...so cuba-cubalah amalkan pemakanan sihat ni...hehe. Berminat untuk dapatkan produk ni, jangan malu jangan segan..pm @ whatsapp mama ayu 0133424800

Jumpa lagi...sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan