Rabu, 27 Januari 2016

Khasiat Vitamin C

Assalamualaikum

Hari ni mama ayu nak bagi tips pasal kesihatan pulak...kite cite mengenai vitamin C. NUTRILITEtm Bio C Plus All Day Formula memberikan anda vitamin C yang anda perlukan untuk sepanjang hari. Ia dibebaskan secara perlahan-lahan dan lembut sepanjang hari supaya tubuh anda boleh menggunakannya dengan lebih cekap. Setiap tablet mengandungi vitamin C serta nutrien berasaskan tumbuhan daripada oren, lemon, limau gedang serta ceri aserola yang ditanam dan dipetik di ladang-ladang kami yang disahkan organik. Kini ada cara yang lebih baik untuk memastikan pertahanan semula jadi tubuh anda kuat.

Apakah itu vitamin C dan apakah yang dilakukannya? 

Vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik merupakan nutrien larut air yang diperlukan manusia setiap hari untuk membolehkan fungsi utama dalam tubuh berjalan lancar. Tidak seperti kebanyakan mamalia dan haiwan lain, manusia tidak mampu untuk menghasilkan vitamin C sendiri. Oleh itu, kita mesti mendapatkan vitamin C menerusi diet kita.


Vitamin C jenama Nutrilite

Vitamin C dan peranannya dalam kesihatan

~ Vitamin C menggalakkan sistem imun yang kuat: Sel-sel darah putih mengandungi lebih banyak vitamin C kerana tugasnya ialah melawan jangkitan dan penyakit. Mengekalkan paras vitamin C yang stabil adalah penting supaya selsel ini mempunyai akses berterusan kepadanya.

~ Penyerapan zat besi: Vitamin C membantu penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan. Ia juga membantu sistem imun berfungsi dengan sempurna untuk melindungi tubuh daripada penyakit. 

~ Vitamin C melawan kerosakan sel akibat radikal bebas: Dalam tubuh, ia bertindak sebagai antioksidan yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas. Radikal bebas adalah sebatian yang terbentuk apabila tubuh kita mengubah makanan yang kita makan menjadi tenaga. Individu juga terdedah kepada radikal bebas dalam persekitaran daripada asap rokok, pencemaran udara dan cahaya ultraungu daripada matahari. 

~ Vitamin C membantu mengekalkan kulit yang sihat: Vitamin C juga membantu dalam biosintesis kolagen iaitu komponen penting yang membantu penyembuhan luka. Vitamin C diperlukan untuk sintesis kolagen iaitu komponen struktur salur darah, tendon, ligamen, gusi dan tulang.

~ Neurotransmiter: Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam sintesis neurotransmiter, norepinefrina. Neurotransmiter amat penting untuk fungsi otak dan boleh mempengaruhi mood.

~ Hubungan karnitina: Vitamin C diperlukan untuk sintesis karnitina iaitu molekul kecil yang penting untuk mengangkut lemak ke dalam organel sel yang dinamakan mitokondria, tempat lemak diubah menjadi tenaga.

~ Menentang alergi: Dalam tindak balas alergi, pembebasan histamina boleh menyebabkan salah satu atau lebih simptom berikut: 

  • Gatal hidung, bersin dan menghasilkan lebih banyak mukus
  • Gatal kulit, menjadi ruam atau gatal-gatal 
  • Sinus tersumbat menyebabkan sakit kepala 
  • Paru-paru berdehit atau mengalami sentakan
  • Vitamin C membantu mengurangkan kesan histamina ini.




Banyak sungguh khasiat vitamin C ni....tak cuba, tak tahu kan...so cuba-cubalah amalkan pemakanan sihat ni...hehe. Berminat untuk dapatkan produk ni, jangan malu jangan segan..pm @ whatsapp mama ayu 0133424800

Jumpa lagi...sayonara !!

Isnin, 25 Januari 2016

Limau cina datang lagi...

Assalamualaikum

Bersua lagi...agak lama tak update blog, tuan punye blog malas nak amik pic + tepon corrupt
tetiba je terbeli phone baru...hoho, reward untuk diri sendiri di awal tahun 2016 ni


Alhamdulillah, walaupun sikit je lagi nak dapat dekan...haruslah mama ayu bersyukur atas nikmat Allah SWT - result kali ni memang cantik, berkat usaha dan doa dari orang-orang tersayang especially my en suami & my luvly mak. Kena usaha gigih lagi untuk semester-semester yang akan datang


Limau bukan sebarang limau....limau ini datangnya dari customer mama ayu, so far dah lebih 2 tahun mama ayu berurusan dengan customer ni...memang best ar, tetiap tahun kalau nak makan limau ni memang tunggu orang bagi lah...kalau beli sendiri tak sodap oiii

Limau cina ni banyak gred die...ada saiz besar, sederhana, kecik...yang mama ayu dapat dari customer ni adalah saiz besar, puas makan...pas ni nak tunggu customer lain pulak bagi...kot2 lah ada lagi kan...hehe



Rabu, 20 Januari 2016

Keluarga TM

Assalamualaikum

Bersua lagi dengan cerita berkisar di tempat keje mama ayu...seperti biasa tetiap minggu ari rabu akan diadakan rollcall, setiap staff wajib hadir. Cumanya MRC kali ini kita adakan sekali dengan pemeriksaan check list vehicles and tools dan pemilihan AJK kelab KSK pada tahun 2016. Tengoklah sape yang tercalon nanti ek..


Semua staff di SDZ Bukit Raja - korang tak nampak kan muka mama ayu, sebabnye mama ayu kan merangkap photographer...sedih tau, i punye gambar tak de dalam ni

Gambar sekitar mrc pagi ini...member2 TM ni memang sporting gile...pantang nampak camera, senang je nak posing

Yang ni pun sama gak...senyum simpul ko bila tau mama ayu nak tangkap gambar, hahaha
tu yang mama ayu suke tu...dorang semua sporting

oklah....jumpa lagi di lain cerita, sayonara !!