Rabu, 18 Julai 2018

Keluarga Bahagia

Assalamualaikum

Info ini dipetik dari FB, semoga bermanfaat buat semua.

PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA
1. SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2. Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3. Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4. Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5. Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6. Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu - penyayang dan pengasih.
7. Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8. Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9. Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10. Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
11. Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12. Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13. Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati -
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
14. Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15. Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
16. Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
17. Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18. Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19. Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20. Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21. Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
22. Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
23. Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24. Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25. Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26. Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27. Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28. Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29. Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah: Surah At-Taubah, ayat 128-129. Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30. Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat: Surah Ibrahim, ayat 40.
31. Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat: Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32. Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat: Surah Maryam, ayat 1-10.

Selamat membaca...membaca jambatan ilmu, sayonara !!

Isnin, 16 Julai 2018

Tahajud dan Ketenangan Jiwa

Assalamualaikum..

Semoga kehidupan kita diberkati Allah SWT hendaknya. Subhanallah, Alhamdulillah, Lai'lahaillallah, Allahuakbar. Maha Suci Allah, Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tiada Tuhan Selain Allah dan Allah Maha Besar. Bersyukur kita di atas kehidupan di bumi ini yang hanya sementara.

Berbalik pada tajuk di atas, ada kawan mama bertanya, "akak, macamana ye akak ni leh tenang je, tak cepat melenting, naik angin"...aduhai, soalan apa ko tanya akak ni dik...huhu. Bila ada orang bertanya, mama pun nak share jugaklah pengalaman mama kan...Allahu, ketenangan itu kita yang perlu cari. Macamana kita nak cari? Haaa...inilah persoalan yang bermain di minda. Mama bukan lah orang alim ulamak yang boleh memberikan nasihat apatah lagi kalau berkenaan hukum agama. Apa yang dapat mama kongsikan ialah pengalaman yang pernah mama lalui sepanjang hidup ini. Lebih kurang 40 tahun Allah bagi mama bernafas di muka bumi ini. Melalui hidup sebagai seorang anak, seorang isteri (walaupun dah jadi balu 😭), seorang ibu, seorang pekerja, seorang pelajar dan sebagai hamba Allah yang taat akan perintahNya. Nak taat sebagai hamba Allah ni..memang memerlukan keimanan yang tinggi. Walaupun kadang-kadang, kita tersasar jugak sebagai hambaNya tetapi Allah tetap menyayangi dan menerima taubat hambaNya.

Bagi mama, nak mencari ketenangan itu..kita perlu paksa diri kita untuk bangun malam. Bangun malam untuk bertahajud sebagai hamba Allah. Adalah lebih baik kita mengadu domba kepada Allah daripada mengadu kepada sesama manusia kerana hati manusia kita tak tahu, ada masa mereka ingin mendengar dan bersimpati dan ada masanya pulak, hal kita menjadi buah mulut dan umpatan mereka. Sebab itu, ada pepatah mengatakan 'diam itu lebih baik daripada berbicara' kerana kita tidak tahu sekiranya percakapan kita telah melukakan hati orang lain tanpa kita sedar.

Pernah tak kita terfikir, bila kita ada masalah yang merumitkan, baru kita hendak bangun pagi untuk solat tahajud, solat hajat dan sebagainya. Itu pun sebab diketika itu kita ditimpa masalah yang berat, baru kita nak cari Allah. Tetapi bila kita bersenang lenang, ketika itu kita lupa akan Allah. Sebenarnya bukan kita tak ingat tetapi kita terleka dan menganggap hidup kita cukup sempurna walaupun tanpa mengerjakan suruhan Allah. Sebab itu lah agama menyuruh kita bersederhana dalam apa jua yang kita kerjakan. Sederhana di sini bukanlah kita tidak dituntut untuk menjadi kaya tetapi bila kita kaya, kita dapat membantu orang di luar sana. Dan sebab itu, kita perlu banyakkan doa agar rezeki kita mengalir seperti buih dilautan yang tiada ketepian dan mendapat keberkatan di atas rezeki yang dikurnikan Allah kepada kita.

Ok kawan-kawan...jom kita tahajud..bersujud kepada Allah, Maha Pencipta. Allah akan sayang kita dan hanya kita yang dapat merasainya. Mama juga merasakan betapa dekatnya Allah dalam hidup ini. Ujian tetap datang dan pergi. Satu masa nanti kita akan merasai kenikmatan dan kesenangan hidup di atas apa jua yang telah Allah tetapkan untuk kita. Pahit akan manis akhirnya...ni tajuk lagi kumpulan Ukays okey....hehe. Tapi sebenarnya tajuk lagu ni ada kebenarannya. 

Ada masa mama berperang dengan perasaan sendiri, ada masa terkilan dengan sikap anak-anak, anak-anak yang Allah beri untuk mama jaga dengan penuh kasih sayang. Ya Allah, bantulah aku dalam membimbing anak-anakku. Jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku golongan yang tetap mendirikan solat. Ya Allah, perkenankan lah permintaanku ini.

Bila kita berdoa, tidak semua yang kita hajati akan dimakbulkan Allah. Tapi kita harus yakin bahawa, jika tidak hari ini...esok atau lusa mahupun memakan masa bertahun-tahun, harapannya agar segala doa kita akan Allah makbulkan. Kerana aku percaya, Allah sangat dekat dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Dan aku percaya bahawa, setiap doa-doa yang kukirimkan di dalam solatku, di dalam zikirku akan Allah tunaikan.

Semoga diri kita semua mendapat redha Allah. Aamiin

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 11 Julai 2018

Bila raya ko sebulan...

Assalamualaikum semua..

Korang masih mood raya lagi kan...nak penghujung syawal dah esok tapi hari sabtu still lagi mendapat jemputan aidilfitri...ni bukannya raya sebulan lagi ko...hahaha. mewahnya orang Malaysia buat rumah terbuka. Kita yang tukang dijemput ni pun, join sekali lah kan. Dah orang jemput, kenalah hadir sebagai menghormati undangan...ececehh. Musim raya ni...memang makan, makan dan makan le kan. Aduhhh camno nak kurus ni. 😏

Jom lah layan gambar...


Kul 11 pagi...persiapan di dewan sukan Bukit Raja. Susun-susun makanan


Sate siap-siap letak dalam cawan...senang orang nak makan


Meriah makanan atas meja...kami buat style potluck. Setiap department bawak sorang sikit. Sikit-sikit pun penuh meja...haha


Tu dia...macam-macam ado..mee kari, pulut kuning rendang ayam, laksam, makaroni cheese, lontong kuah lode, mee goreng mamak, nasi beriani ayam masak merah, bihun/mee sup dan kuih muih. Melantak sampai kenyang wei..


Geng-geng bangunan sebelah..yang bawak anak tu dah pindah ke Menara tapi masih datang bagi support aktiviti di BRA


Bersama team MRU


Bersama team CS...eh dah tukar nama Unifi team pulak


Geng-geng fiber


Ada 2 generasi di situ...generasi lama dan muda belia. Belia harapan TM ni...buat keje elok-elok ye..haha


Staff yang menyambut hari lahir dari bulan 4-6


Ni je AJK KSK yang tinggal...await mama sorang je ladies. Tak leh jadi ni...kena cari teman cepat ni...kang banyak pulak keje nak kena buat


AJK Surau Al Hijrah TM Bukit Raja


Semua yang hadir di majlis sambutan hari raya anjuran KSK dan SAH


Acara wajib selepas acara...apa lagi, kasi bungkus itu lauk pauk semua. 😤

Dikesempatan ini mama nak ucapkan SHRMZB kepada semua rakan-rakan di Kompleks TM Bukit Raja. Tangan di hulur, ampun maaf di pinta. Bermaafan sesama kita, semoga ukhuwah yang terjalin bertambah erat dan mesra. 

Jumpa lagi, sayonara !!