Khamis, 15 November 2018

Cuti Deepavali di Hotel Bangi Putrajaya

Assalamualaikum..


Kebek-kebek FB tengok ramai kawan-kawan yang telah melahirkan anak. Tahniah untuk mereka, bertambah seri lah rumah korang dengan kehadiran cahaya mata baru. Mama ni dah tak payah nak pikir lagi...nak kena bangun malam sebab anak meragam, nak beli susu, beli pampaers dan sebagainya. Tapi bila anak-anak dah besar, lain pulak kerenahnya...huhu. Mama ni tak terfikirlah pun nak mengandungi lagi ke apa, nak-nak dah bergelar ibu tunggal kan aka balu...tapi pernah kot termimpi yang mama ni mengandung...apakah? hahaha...mimpi mainan tidur 😱

Malam tadi pun dapat tahu yang adik ipar yang bongsu tu mengandung, bertambah lagi lah ahli keluarga wahili family ye tahun depan. Kena lah mama sediakan duit raya lebih jugak...hahaha

Ok lah, nak cerita kisah kami masa cuti deepavali ari tu. Asal perancangan nak pergi ke Kelantan, kebetulan ada anak kawan opis lama ni menjemput jemputan kahwin anaknya tapi disebabkan kami menerima perkhabaran yang nenek tersayang telah pergi bertemu Ilahi, maka trip ke Kelantan di batalkan. Ke Melaka lah kita minggu lepas. Sebab dah janji ngan anak-anak nak pergi hotel yang ada kolam...mama pun book lah Hotel Bangi-Putrajaya yang dekat tu thru Agoda. Dapatlah harga bawah RM200. Hotel 5 bintang lagi ko...Jom lah tengok gambar


Sebab pergi time cuti Deepavali, dapatlah tengok kolam ( iye ke ejaannya ) 😇


Bergambar dulu selepas check in...kita jelajah kawasan



Tenang je tengok ikan berenang. Banyak sungguh ikan-ikan di dalam kolam ni


Daya tarikan untuk anak-anak bercuti. Pertama, mesti pilih hotel atau resort yang ada kolam...hehe





Mandi lah korang puas-puas ye...dak wany tak dapat mandi sebab tak pakai baju renang. Hahaha, mama kena plan lain lah pulak sebab dia tak dapat mandi kan. Ingatkan kat sini boleh pakai baju biasa tapi tak lepas jugak...huhu

Tunggu next trip masa birthday awie pulak lah...tengah google-google kat laman web www.agoda.com untuk percutian seterusnya. Lagipun cuti sekolah tak lama lagi..kena lah bawak anak-anak berjalan. 

Jumpa lagi, sayonara !!

Jumaat, 9 November 2018

Ceritera

Assalamualaikum

Salam Jumaat yang penuh barakah. Malam tadi hujan selebat-lebatnya. Dapatlah submit doa banyak-banyak, moga Allah kabulkan permintaan kita. Bukan nak banyak, tapi berdoa agar diri ini terus berpegang pada tali Allah. Bukan mudah untuk terus istiqomah, setidak-tidaknya kita berusaha untuk ke arah kebaikan. In shaa Allah.

Hari ni nak cerita perihal anak-anak aje lah..

Situasi 1

Yana : Mama, esok boleh tak nak sepuloh ringgit? Nak masuk rumah hantu kat     sekolah...kena beli kupon.

Iman : Mama, Iman nak beli kupon ada event kat sekolah, boleh tak mama bagi banyak sikit, dua puluh ke, lima puluh ke... Iman nak dapat cabutan bertuah sebab kalau beli banyak kupon lagi banyak boleh masuk pertandingan cabutan bertuah tu...

Imin  : Mama bagi lah imin sepuloh ringgit, imin nak jugak masuk rumah hantu dan tengok wayang. Pastu imin nak lagi sepuloh ringgit sebab nak bayar duit kelas untuk jamuan akhir tahun.

Mama  : 👀👪😂

Ini belum masuk lagi hari kejadian yang sepatutnya..Karnival Sekolah pada 17/11 ni...adoiii


Situasi 2

Imin : Mama, esok imin belajar mandi wajib pastu imim masuk pertandingan memasak. Imin kena buat air.

Mama : Aik, kata memasak tapi kenapa buat air pulak…

Imin : Ye lah, kawan imin yang lain tu dah masak, imin kena sediakan air lah. Air yang mama buat masa hari raya tu ada tak?

Mama : Mana ada...mama kena beli jus dia dulu tapi kena beli kat Amway. Mana nak cari malam-malam ni.

Imin : Alaaa...air tu kawan imin kata sedap

Mama : Hmmm...yang mana ade je lah, mama malas lah nak keluar. Imin buat air sirap ye...huhuhu. nanti imin letaklah laici ke..baru best lain sikit...hehe

Mama dah tido, anak-anak sibuk sediakan perkakasan dorang nak mandi wajib kat sekolah. Habis kain pelikat arwah ayah dia, tuala, selipar di bawaknya. Buat lah kerja anak-anak, mama penat ni nak tido dulu. Pesen mama bangun awal tak pe, asalkan jangan tido lewat. Nanti penat oooo…

Situasi 3

Iman : Mama, hari ahad ni kan...convo. Boleh tak iman nak pakai baju hijau masa Kawin poksu.

Imin : A ah...imin pun sama. Baju tu cantik…

Mama : Boleh je...tapi untuk convo je tau. Baju tu mama nak buat baju raya untuk tahun depan…

Kwang..Kwang..Kwang….haaaa, jimat dah di situ. Tahun depan tak payah piker nak warna apa untuk raya. hihihi


Sampai sini je lah...lain kali cerita lagi, sayonara !!

Selasa, 6 November 2018

Pergi Jua

Assalamualaikum..

Tanggal 1 November 2018, nenek kesayanganku menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar, Melaka. Kami dapat tahu hal ini selepas Maghrib tak silap. Masa tu aku tengah dalam perjalanan untuk menjemput anakanda wany pulang ke rumah. Wany tengah cuti exam seminggu ni, hari sabtu ni pergi semula ke Politeknik dan akan bercuti lagi selama tiga minggu. Bulan 12 nak masuk semester 2 dah...cepatnya masa berlalu. Aku sebaik je mendengar perkhabaran dari mak, terus mengucapkan innalillahiwainnahirojiun. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Malam tu jugak bergegaslah adik beradikku pulang ke kampung. Aku tidak pulang pada malam itu, kerana aku tidak berani pulang di waktu malam bersama anak-anak. Agak-agak kalau sampai kampung maunya pukul 12-1 pagi...so aku decide untuk balik esok pagi selepas subuh. Lagipun nenek dikebumikan pada pagi Jumaat sebelum solat Jumaat, dalam pukul 10.00 pagi camtu.

Esoknya, seawal pukul 430 pagi aku dah bangun dan mengejutkan anak-anak untuk bersiap balik ke kampung. Sementara tunggu solat Subuh, semua barang-barang dah masuk dalam kereta. Habis solat kami pun gerak. Masa ni jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Perjalanan kami ke Melaka sangat lancar pagi itu. Pukul 8.30 pagi, kami tiba di kampung. Sebaik sampai je, mayat belum dimandikan lagi. Ku lihat dua orang yang menguruskan jenazah sedang menguruskan persiapan kain kapan. Ku buka selendang yang menutupi muka nenek untuk melihatnya buat kali terakhir. Ntah kenapa, airmata ini tidak mahu mengalir. Aku tidak dapat mengalirkan airmata walaupun hatiku begitu sebak. Aku pun tidak tahu, tetapi yang pastinya aku tidak berasa ralat sebab minggu lepas aku dapat memegang tangan nenek dan mengusap kepalanya. Masa tu pun, keadaan nenek begitu lemah.

Sebaik siap kain kapan, masa untuk memandikan jenazah. Aku mengambil peluang untuk memandikan jenazah buat kali yang terakhir. Ini bukanlah kali pertama aku memandikan jenazah tapi memang aku ingin memandikan dan diberikan kesempatan untuk berbuat demikian. Alhamdulillah, segala perjalanan dipermudahkan. Usai mandi selesai, masa untuk mengkapankan jenazah. Selesai semua kami mengambil peluang terakhir untuk mengucup jenazah. Sebab anak-anak dan cucu-cucu nenek ramai, maka proses itu mengambil masa yang agak lama. Selesai je semua, jenazah di bawa keluar dan disolatkan di depan rumah. Selepas solat, jenazah di hantar ke tanah perkuburan. Masa ni, aku tak pergi. Keluar je dari rumah nenek, ramai nye orang kat dalam dan luar rumah. Penuh pada ruang kat situ. Aku berlalu ke rumah mak untuk sarapan. Masa ni baru terasa perutku kosong.


Alhamdulillah...selesai sudah pengebumian jenazah nenek


Yang pergi telah pun pergi. Yang masih tinggal harus meneruskan kehidupan seperti biasa. Hilang salah satu nikmat keindahan kasih sayang di dunia ini. Sesungguhnya bila kita kehilangan insan tersayang, amat memberikan kesan di hati. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi. Moga Allah melapangkan kubur mereka.

Jumpa lagi, sayonara !!