Ahad, 17 Februari 2019

Renovation Rumah - Projek buat tiles bilik

Assalamualaikum semua

Cuaca yang mendung pagi ini. Terasa sejuk setelah berpanas-panasan minggu lepas. Cuaca sekarang ni memang tak boleh nak di jangka kan. Sometimes tu rasanya panas melampau sampai nak keluar makan pun malas sebab panas terik. 

Kejadian minggu lepas, bersambung ke minggu ni. Habis berselerak rumah semata-mata nak buat tiles kat dalam bilik. Ini semua pepijat punya pasal lah...hahaha. Apa-apa pun, memang nak kena kemaskan lah rumah tu. Nanti time raya tak perlu dah mama nak sibuk-sibuk kemaskan rumah 😃

Bilik tidur utama

Tingkap tu mama ubah jadi 2 panel je...cantik sikit hehe

Hasilnya….I like 😄

Bilik tidur 2 - cadangan bilik ni mama nak buat tempat solat dan tempat gosok baju

Tadaaaa….hasilnya

Bilik no 3 merangkap bilik anak-anak lelaki mama

Hasilnya belum di snap....haha

Kos keseluruhan untuk buat mozek dalam bilik ni (3 bilik) anggaran dalam RM3.5- 4 k. Harga ni dah masuk sekali dengan tiles, simen, pasir semua. Mama serahkan semua kat wak amin untuk uruskan. Kalau dulu masa beli tiles, boleh beli kat kedai adik mama keje tapi mama malas lah nak ulang alik, dulu ada en suami dia yang akan uruskan, la ni...semua mama kena buat sendiri kan...so serah je pada yang pakar. Cuma kena sediakan ongkosnya….

Itu aje nak cerita…

Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 14 Februari 2019

Dak bongsu belajar memasak

Assalamualaikum semua.

Salam hari Jumaat yang mulia. Jom lah kita submit doa banyak-banyak. Mana lah tahu kan ada di antara doa kita itu Allah makbulkan dengan segera. 😊 

Semalam petang balik keje terus mama memasak untuk makan malam. Dah lama kot dapur tak berasap sebab keadaan rumah tengah huru hara sekarang ni. Nanti dah siap kejadiaannya mama cerita ye...hehe. Walaupun hidup bertiga di rumah dan yang tiga lagi di asrama, masak tetap kena masak kan. Nanti berkutu pulak beras kat rumah tu..hahaha

Menu semalam masak simple jek...nasi putih berlaukkan masak lemak telur with suhoon dengan ayam goreng tepung bestari. Dak kecik ni sibuk nak tolong mamanya memasak so kita bagi peluang lah kan. Biarkan lah dia nak tolong, nanti dah besar pandai dah buat keje. 😍😎

Khusyuknya lah wahai anak...abaikan dapur yang bersepah itu ye..haha

Hah....dah pandai tengok ayam tu dah masak ke belum.  Suh buat peace tak mo pulak. She is malu 😜

Taraaaa….dah siap. Hasil gorengan pertama dengan bimbingan mama. Gorengan yang kedua mama tinggalkan aje dia buat sorang-sorang. hahaha

Cantik kan kejadiannya 😋

Itu je nak cerita. Untuk kenangan anak-anak bila mereka besar nanti.

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 13 Februari 2019

Hang out lagi...

Assalamualaikum semua..

Kisah semalam, aktiviti bulanan kami...makan dan makan dan makan 😆😋



Setahun yang lalu….tarikh yang sama, tempat yang berbeza...owh ye, kurang 2 orang geng TMUTM sebab jauh, kami pergi time lunch hour so masa adalah singkat.


Perkara yg wajib setiap kali berjumpa...wefie



Ntah apa lah yg dibualkan….sampai begitu nau gelaknya.

Gambar makanan mama tak snap pun sebab dah selalu pergi...eh! Simpan sini untuk kenangan. Kali ni tak update kt fb sebab malu...hahaha. Nanti orang cakap mama ayu ni asyik makan, makan, makan….huhu. Tapi peduli apa orang nak cakap apa kan? Asalkan tak mengganggu kehidupan orang lain. 

haa...lagi satu, kalau dak wany tahu lah mama pergi Seoul Garden ni...abislah. Jeles tau dia. haha 😎

Jumpa lagi, sayonara!!