Salam hari Jumaat yang mulia. Jom lah kita submit doa banyak-banyak. Mana lah tahu kan ada di antara doa kita itu Allah makbulkan dengan segera. 😊
Semalam petang balik keje terus mama memasak untuk makan malam. Dah lama kot dapur tak berasap sebab keadaan rumah tengah huru hara sekarang ni. Nanti dah siap kejadiaannya mama cerita ye...hehe. Walaupun hidup bertiga di rumah dan yang tiga lagi di asrama, masak tetap kena masak kan. Nanti berkutu pulak beras kat rumah tu..hahaha
Menu semalam masak simple jek...nasi putih berlaukkan masak lemak telur with suhoon dengan ayam goreng tepung bestari. Dak kecik ni sibuk nak tolong mamanya memasak so kita bagi peluang lah kan. Biarkan lah dia nak tolong, nanti dah besar pandai dah buat keje. 😍😎
Khusyuknya lah wahai anak...abaikan dapur yang bersepah itu ye..haha
Hah....dah pandai tengok ayam tu dah masak ke belum. Suh buat peace tak mo pulak. She is malu 😜
Taraaaa….dah siap. Hasil gorengan pertama dengan bimbingan mama. Gorengan yang kedua mama tinggalkan aje dia buat sorang-sorang. hahaha
Cantik kan kejadiannya 😋
Itu je nak cerita. Untuk kenangan anak-anak bila mereka besar nanti.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan