Khamis, 28 Februari 2019

Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum semua..


Lama tak bersiaran, minggu yang agak menggusarkan. Bukan apa, sebab bila dengar cerita yang mama ni kena pindah opis, rasa tak keruan pulak di buatnya...haha. Hari Jumaat lepas, mama di panggil oleh HR untuk taklimat bersama team pengurusan NMO Central. Owh, bukan mama sorang tapi ramai lagi lah yang di panggil. Udahlah time tu mama half day sebab ada urusan di JPJ, pas solat Jumaat kena g Bukit Petaling pulak. Sib baik ada member yang pergi dari sini jugak. Dapatlah pergi bersama-sama. Kalau nak drive sendiri memang tak lah kan. Hari Jumaat, jalan jem kot. Malasnya mama nak hadap jem ni..

Sesampai di Bukit Petaling dalam kul 315 petang macamtu. Kami lewat tiba sebab acara start kul 245 petang. Sampai je, baru nak duduk, dengarlah orang management tu cakap nanti korang tunggulah surat ye..surat penempatan baru. 😓 Terpinga-pinga mama ngan kawan mama. Eh! surat apa pulak kan....jeng jeng jeng. "Anda adalah insan-insan terpilih yang masih mempunyai kerja dan pihak management memerlukan khidmat anda"...perghhh ayat power beb. Hahaha.

Apa-apapun, mama belum bersedia nak pindah. Tunggu lah naik exec nanti ke ..in shaa Allah ada rezeki nanti.

So, hari Jumaat yang mulia ini, mama berdoa agar...

1) Mama masih diberi kesempatan oleh Allah untuk berbakti kepada mak abah, anak-anak, adik beradik, keluarga dan tempatku mencari rezeki di TM. Semoga TM terus maju kehadapan.

2) Hati ini ikhlas dalam melakukan semua perkara. Bersangka baik dan membuat kebaikan dengan semua makhluk di bumi ini.

3) Apa jua pekerjaan yang mama lakukan niatnya kerana Allah SWT. 

4) Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap apa yang telah Dia kurniakan kepada mama dan keluarga. 

Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar

Moga kita semua mendapat kasih sayang dan rahmat dari Allah SWT.

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan