Ahad, 10 Februari 2019

Birthday Kembar - 9/2/2019

Assalamualaikum semua.


Nampaknya hari ini anak-anak dah ke sekolah semula. Syiok cuti selama seminggu, nasib baik tak lemau bangun pagi tadi...haha. Cuti raya cina kami ke Melaka. Rasanya perjalanan pergi kali ini sangatlah smoothnya. Jalan pun tak jem walaupun banyak kereta di highway. Bila cuti jatuh kat tengah-tengah ni kan, orang banyak pilihan waktu untuk pergi bercuti  tapi ko...hazabedah gak lah bila nak pulang semula ke KL kan. Jem sana sini.

Ok lah, lupakan sekejap cuti tu, hari ini mama nak cerita kisah hari Sabtu yang lepas. Kami berkumpul di rumah abang ipar kat Pandan Indah Ampang. Sesekali kita bergathering sama-sama. Buat stail potluck. Sambil-sambil tu celebrate birthday dak kembar sekali.

Masak siap-siap dari rumah. Pukul 1230 baru gerak ke Pandan Indah. Dak wany nak tunjuk skill dia buat popia carbonara. Maka terhasillah popia yang sangat sedap bila masuk ke mulut….miahaha. Kuih karipap dan kuih bom tu mama beli instant je...goreng sendiri. Tapi seriously, sangat lah sedap

Kek Hari Lahir Iman & Imin, sponsor by maklong dorang 😋

Bergambar dulu sebelum menyanyikan lagu birthday...dan awie masa ni tengah mencuba-cuba kamera digital dari kawannya. Sanggup tu kawannya bagi pinjam untuk tangkap gambar.

Peace sekali


Masa bersantai….dorang ni kalau pergi rumah pak bob & aunty ila mesti ada aktiviti mandi manda ni


Yang tak mandi, sila duduk tepi dan jangan lari 😂


Dak kakak kena temankan adiknya mandi...mama rileks-rileks kat atas rumah sambal makan buah….hahaha

Hai...sebab dak awie tak mandi, keje dia tangkap gambar

Dak bongsu liyana

Bersama sepupu-sepupu

View dari balkoni tkt 7

Pukul 7.00 malam kami gerak balik. Mulanya ingat nak singgah Bangsar tapi sebab dak Iman nak kan hadiah...mama pun pergi lah cari. Lagi pun dak wany nak cari kasut sport untuk aktiviti dia kat Politeknik. 

Muka ada senyummmm….seronok sangat dia dapat makan ikan siakap. Bila cuti je, macam-macam dak wany request nak makan. Sib baiklah mama sporting...haha, layankan aje lah anak oiii

Dak liyana masa ni mood ke laut sebab mama tinggalkan dia masa cari barang abang & kakaknya...siap nangis lah, sib baik orang tak perasan. Tidak malu i...esok nampaknya kena repeat balik lah jwbnya...g Tesco je pun, adoiiii

Makanan favourite dak kembar ni  - tom yam selain ikan keli masak cili api nenek masak...hihi. Yang best nya makan kat sini sebab air manga dia very juicy. fresh mango tu yang imin suka kalau makan kat sini.

Itu je aktiviti kami satu hari di hari birthday. Kalau ayah dorang ni masih ada, dah tentu mama check in hotel hihihi...tak pe lah anak-anak. Asalkan dapat bersama-sama pun dah rasa bahagianya. Tiga anak di asrama, tinggal dua di rumah...nanti dah tua-tua tinggallah mama sorang-sorang eh!...tak ape lah, kot lah nanti boleh main ngan cucu pulak kan...melampau haha. 

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan