Ahad, 24 Februari 2019

Run Yes2Health by Club TM MSC @ Maeps, Serdang

Assalamualaikum semua

Mulakan minggu ini dengan ceria walaupun ada cerita yang kurang enak di terima. Apa-apapun kehidupan perlu diteruskan. Kita ikut je flow yang Allah dah aturkan. Sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik buat kita. Pasti ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.

Haaaa...apa-apapun, jom lah kita jalani cara hidup sihat. Permulaan run untuk tahun ini yang mama join bersama rakan-rakan TM.

Seperti biasa, kalau nak join fun run ni mesti kena bayarkan.Nan ado yang free nya tapi kalau anjuran sekolah ada gak kot yang free..hehe. So untuk run kali ini, kami cuma bayar RM20 sahaja, yang lagi RM20 tu Kelab TM Selangor bayarkan. Nampak tak jimatnya disitu 😊

Pagi tu kami berjumpa pukul 6.00 pagi di Petronas LTS tapi kali ini mama terlewat sikit...hihi. Kul 6.40 pagi baru sampai 😇😅. Sebab mama dah solat subuh siap-siap dari rumah, sampai je kat sana terus dua orang itu tukar baju run. Pastu gerak ke Maeps, Serdang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit sebab hari minggu, jalan clear..boleh lah mama pecut haha.

Disebabkan kami semua adalah first time menjejakkan kaki di Maeps Serdang tu, kena lah bukak google maps. Kami sampai dalam pukul 7.15 pagi dan nak parking tu memang senang lah. Sampai je boleh  terus parking, tak perlu susah-susah mencari. Dan sesampai je di sana, acara zumba dah start pun tapi dapat gak lah ikut dalam 15 minit macam tu. 

Ambik gambar dulu sebeum acara bermula

Wefie seketul dulu

Tiga sahabat


Dah habis acara..macam-macam posing keluar...haha

Duduk lepak-lepak dulu sebelum balik...penat wei hari ni, 5KM done.

Team Kelab TM Selangor. Kalau ikutkan ramai lagi ni tapi last minit ramai pulak yang tak dapat datang.


Apa-apa pun, kami enjoy hari tu. Pukul 930 pagi dah gerak balik. Ingat nak mengeteh dulu tapi mama ada hal pulak tak dapat nak join depa minum. Terlepas mama nak makan roti bakar telor goyang, eh!

Itu aje nak cerita...jumpa lagi

Sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan