Selamat kembali bekerja. Mencari rezeki kerana Allah semoga Allah permudahkan urusan kita dan memperolehi rezeki yang berkat. Mama trowbek lah percutian 5 hari di kampung Sempang Pantai, Merlimau, Melaka tempat kelahiran mama 👪. Ambil dak kembar di asrama pukul 1030 pagi, sekali amekkaw...baju seminggu dorang tak basuh, alamat nya bawak balik basuh kat rumah. Ingatkan dari asrama nak terus gerak ke Melaka tapi sebab banyak barang kan....so patah balik rumah hantar barang-barang. Sib baiklah asrama korang dekat je ngan rumah anak oiii 😇
Singgah RnR Dengkil isi perut dulu...nanti tak de lah nak berhenti-henti lagi
Dak awie sorang je makan nasi, yang lain makan ringan-ringan je...mama order sate kajang & set A&W
Bertiga aje mainnya, abang-abang main PS2 kat hall belakang. Tunggu yang lain-lain balik, baru penuh lah rumah mak
Cari makan malam-malam. Anak-anak nak makan tomyam
Esoknya pergi kenduri akikah anak sepupu kat rumah pak njang.
Ntah pinggan ke berapa lah dua beranak ni makan kambing 😋😅
Dah kenyang makan, jom kita balik. Sempat lah snap pic kt jambatan ni. Nice view kat belakang tu kan
Bersama anak dara sorang ni. Nasib lah dia pun cuti gak seminggu, dapatlah teman mama jalan-jalan
Ikut mak buyung ke Pantai Siring, hajat di hati nak cari kerang tapi kerangnya tak ade...huhu
Day 3 - menu nasi minyak, ayam masak merah dan acar nenas menu tengahari. My adik ggirl yang masak, mama tolong basuh ayam & goreng ayam je...haha.
Makan ramai-ramai macam ni memang seronok kan...habis licin semua
Malam tu ada bbq tapi tak de gambarlah pulak ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ ramai tau sepupu sepapat, mak-mak sedara, pak-pak sedara semua join. Dah macam family day tau, sob sob
Dan keesokkannya pulak ada kenduri arwah nenek 100 hari. Naikkan batu nisan. (pun tak de gambar 😢, pagi tu rewang sampai pukul 2 petang)
Birthday surprise untuk anak buah, Syifa yang lahir pada 5/2/2010. Petang tu sempatlah mama ke Secret Recipe berdekatan dengan Politeknik Merlimau. Kek SR menjadi pilihan sebab bila makan dah tentu habis kan. Kalau beli kek biasa-biasa ni, ada masa krim je tebal...Budak-budak tak suka. Haaaa...sekali makan habis, rasa macam tak cukup pulak...hehe
Tengoklah muka dak kembar tu...Nampak teruja sangat haha. Sabar ye nak...4 hari lagi birthday korang...membilang hari lalalala
Hari Rabu sebelum nak balik tu...singgah Pantai Siring. Dak Liyana nak main belon air
Ada pengunjung yang main layang-layiang. Bebudak ni nasib baik tak mintak pulak...haha
Menunggu matahari terbenam.
Mama, jangan lupa hari jadi iman imin 3 hari lagi tau...hihihi
Termanggu ku sendirian 🙇🙇
Melihat matahari terbenam sambil berfikir betapa indahnya ciptaan Allah. Terlalu banyak yang telah Allah beri. Allah ambil nikmat sedikit sahaja tetapi diberi Nya nikmat berlipat kali ganda. Nikmat hidup, nikmat kebahagiaan, nikmat kasih sayang, nikmat rezeki, nikmat dapat selalu berzikir mengingatinya, nikmat ketenangan dan macam-macam lagi. Allahu, betul lah apa yang di sebut, "Nikmat mana satukah yang hendak engkau dustakan?". Betapa Allah itu Maha Pengasih dan maha Penyayang. Cari redha Allah dan berdoalah…
"Ya Allah, jadikanlah aku insan yang Kau sayang dan Kau kasihi, aku memerlukan perhatian dari Mu Ya Rabb, bimbinglah aku ke jalan Mu. Aamiin."
Itu aje percutian kami kali ini, tunggu bulan 3 pulak nanti di cuti sekolah.
Jumpa lagi, sayonara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan