Ahad, 22 Disember 2019

Bila Hati Berdebar

Assalamualaikum semua..


Moga kita semua di bawah lindungan Allah SWT. Bila hati berdebar….Perasaan apakah ini? 
KELIRU? Ahhhhh...tidakkkkkkkkkkk. Jauhkan aku dari menjadi manusia yang lalai Ya Allah. 

Ambil ko, hati manusia memang susah nak di jangka. Lebih-lebih lagi perempuan...haha. Ntah lah, tak tahu lah apa yang golongan ini hendak dalam hidup 😇😆. Hari ni cakap lain, esok cakap lain pulak...hihi. Korang rasa camana? 👀

Ada benda yang kita boleh luahkan, ada benda yang hendak diluahkan tetapi tidak terluah. Bagi akulah, beban perasaan itu lagi berat dari beban yang lainnya. Pengalaman hidup mengajar aku menjadi lebih tabah dan kuat. Tapi aku percaya bahawasanya Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Rasa ini hadir adalah dari kehendak Allah jua. Maafkan hamba Mu ini Ya Allah. Ntah kenapalah hati ini terdetik untuk suka pada seseorang sedangkan ia telah hilang sejak 2 tahun yang lalu. Begitulah lumrah kehidupan. Manusia tidak boleh terlepas dari rasa kesunyian. 

Aku yakin setiap pertemuan itu adalah daripada perancangan Allah jua. Allah sebaik-baik perancangan dan ada hikmah yang tersembunyi yang tidak kita ketahui. Bersangka baik dengan Allah.

Ya Allah, jika rasa ini melalaikan aku sebagai hambaMu, maka Kau jauhkan lah. Jika rasa ini membuatkan aku lebih dekat kepadaMu, maka Kau berilah aku petunjukMu. Aku sayang kepada Mu Ya Rabb, kerana aku tahu Kau akan menyayangi aku balik. Ampunilah segala dosa-dosaku. Aku takut Ya Allah akan kemurkaanMu terhadapku. Ampunilah aku.😭😭😭

Sedih pulak pepagi ni. Dah tak boleh nak menulis, jumpa lagi nanti.

Sayonara !!

Sabtu, 7 Disember 2019

Mendapat Hidup yang Berkat

Assalamualaikum semua...

Selamat berhujung minggu. Tengah buat apa tu? Hari minggu kita santai-santai di rumah sambil buat kerja rumah, ok kain pun dah berlipat, baju pun dah sidai...sat lagi nak tido balik lah. Hmmmm...tunggu anak-anak bersiap, depa tido lagi 😂😂 camne lah mama tak boring kan..kan.. 

Ok lah, kata-kata ini mama update kat fb minggu lepas. Pepagi bangun tak tahu nak buat apa maka terhasillah nukilan ini...sila baca haha


Hidup diberkati...

Manusia tidak akan terlepas daripada ujian Allah
Ujian dan dugaan yang hadir adalah untuk memantapkan lagi akidah kita dalam menghadapi hidup ini
Jangan pernah kita bersungut dan menidakkannya


Bila kita percaya pada Allah..hidup akan lebih bermakna
Apa yang perlu kita lakukan, mintalah petunjuk dari Nya


Ustaz pesan,

Kalau kita minta syurga, minta terus syurga firdaus...tingkat syurga yang paling tinggi
Kalau kita minta kekayaan, minta terus kekayaan yang dapat membantu kita dalam urusan seharian...


Kaya tidak semestinya pada wang ringgit, tetapi ia adalah dari pelbagai sudut samada kaya jiwa, kaya harta, kaya budi pekerti dan lain-lain

Manusia perlu ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.

Nak hidup senang, amalkan bacaan kursi setiap kali setelah solat

Bertahajudlah... kerana tiada hijab doa antara kita dengan Allah. Menangis dan merintihlah pada Allah

Solat dhuha... Minta pengampunan dan mendapat rezeki yang berkat. Rezeki yang berkat itu, sedikitnya cukup dan selebihnya dapat diagihkan kepada orang lain.

Zikrullah... Hidupkan hati yang mati. Iman kita ni ada naik turunnya. Zikir adalah perisai iman kita.


Yakin pada Allah. Itu yang paling utama. Bila kita yakin pada Allah, kita dapat lihat hasilnya. Apa yang perlu kita buat adalah berdoa dan berusaha. Doa tanpa usaha pun tidak akan berhasil, ia perlu seiring dengan perbuatan kita.

Hidup ini dua kali, mati hanya sekali. Bila mati, apa bekalan kita setelah kita dihidupkan kembali nanti di alam barzakh. Takutnya menghadapi kematian. Semoga kita semua mati dengan pengakhiran yang baik.

Jangan pernah bertanya...apa yang Allah beri pada kita. Sebaliknya tanyalah pada diri, apa yang kita telah lakukan untuk mendapat redha Allah.

Sama-sama kita ingat-mengingati dan hidup berkasih sayang.

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Minta lah petunjuk dari Nya.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 20 November 2019

Jalan-jalan di Sarikei, Sarawak

Assalamualaikum semua..

Hari ni malas nak tulis panjang-panjang...kita layan gambar je lah ye


Seawal kul 530 pagi dah sampai KLIA2....penat semalam tak hilang lagi

Usai solat kul 7.10 dah kena masuk...flight kul 750am. Sib baik mama dah buat web check in siap2..so tak perlulah menunggu lama



Di awan biru

Sebaik sampai je...korang kena beratur untuk dapatkan pas lawatan masuk ke Sarawak. Pas ni macam kertas je..kena simpan sebab nanti nak balik KL kena pulangkan balik. Jangan hilangkan pulak ye, nnt timbul masalah lain pulak 😂






Pusing-pusing Pekan Sibu

Perjalanan dari Airport Sibu ke Sarikei mengambil masa dalam 1 jam setengah. Agak jauh jugak perjalanan  tapi dah itu je jalan yang ada kan...adik tinggal di kuarters Polis Sarikei, so menginap kat rumah dia je..

Makan malam di Sarikei...antara makanan yang famous kat sini ialah Nasi Ayam Thai....memang sedap walaupun harganya agak mahal tapi portion dia besar..berbaloi lah dengan harga yang dijual

Day 2....




Hirup udara petang di Pantai Kabong

Tenang je rasa hati melihat keindahan alam semulajadi

Day 3..




Lepas pergi Pasar Sarikei, mama buat facial muka..yang lain pergi minum..malamnya kami sambut Anniversary adik di Paris Steamboat. Happy anniversary adikku Ajak & Eila, moga kalian dikurniakan anak ke-2...boleh lah angah repeat balik ke Sarawak sebab nak tengok anak buah baru...hehe

Day 4..









Masa untuk pulang….ada rezeki lebih kami datang lagi. Masa nak balik tu flight delay lah pulak, terpaksa tunggu dalam 2 jam jugak lah. Sampai KL dah malam, pastu nak balik Klang pulak...akhirnya sampai juga di rumah pukul 1230 pagi..

Anyway, ini adalah kali ke 2 kami ke Sarawak...pertama kali family trip ke Kuching Sarawak n kali ke 2 ke Sibu - Sarikei. Next time ke mana pula ye? Haaa...ligatlah kepala tu nak plan cuti untuk tahun depan pulak...hihi

Jumpa lagi, sayonara !!