Ahad, 22 Disember 2019

Bila Hati Berdebar

Assalamualaikum semua..


Moga kita semua di bawah lindungan Allah SWT. Bila hati berdebar….Perasaan apakah ini? 
KELIRU? Ahhhhh...tidakkkkkkkkkkk. Jauhkan aku dari menjadi manusia yang lalai Ya Allah. 

Ambil ko, hati manusia memang susah nak di jangka. Lebih-lebih lagi perempuan...haha. Ntah lah, tak tahu lah apa yang golongan ini hendak dalam hidup ๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜†. Hari ni cakap lain, esok cakap lain pulak...hihi. Korang rasa camana? ๐Ÿ‘€

Ada benda yang kita boleh luahkan, ada benda yang hendak diluahkan tetapi tidak terluah. Bagi akulah, beban perasaan itu lagi berat dari beban yang lainnya. Pengalaman hidup mengajar aku menjadi lebih tabah dan kuat. Tapi aku percaya bahawasanya Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Rasa ini hadir adalah dari kehendak Allah jua. Maafkan hamba Mu ini Ya Allah. Ntah kenapalah hati ini terdetik untuk suka pada seseorang sedangkan ia telah hilang sejak 2 tahun yang lalu. Begitulah lumrah kehidupan. Manusia tidak boleh terlepas dari rasa kesunyian. 

Aku yakin setiap pertemuan itu adalah daripada perancangan Allah jua. Allah sebaik-baik perancangan dan ada hikmah yang tersembunyi yang tidak kita ketahui. Bersangka baik dengan Allah.

Ya Allah, jika rasa ini melalaikan aku sebagai hambaMu, maka Kau jauhkan lah. Jika rasa ini membuatkan aku lebih dekat kepadaMu, maka Kau berilah aku petunjukMu. Aku sayang kepada Mu Ya Rabb, kerana aku tahu Kau akan menyayangi aku balik. Ampunilah segala dosa-dosaku. Aku takut Ya Allah akan kemurkaanMu terhadapku. Ampunilah aku.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Sedih pulak pepagi ni. Dah tak boleh nak menulis, jumpa lagi nanti.

Sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan