Lama nau mama tak update...eh! Sebenarnya ada je benda yang nak di share, gambar pun banyak dalam tepon ni tapi sebab kebizian yang melampau, maka tak de masa pulak nak menulis.
So, hari Jumaat yang penuh barakah ini, mama kuatkan semangat lah untuk coretan malam ini. Bila kita lakukan apa sahaja perkara yang melibatkan urusan harian kerana Allah, pasti Allah akan mudahkan. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan soal hati 😍 Ko pasti akan dapat terima ketentuan Allah dengan tenang dan redha.
Ada ketika, berterus terang adalah lebih baik. Bukan untuk mementingkan diri sendiri tetapi sebagai mencari jawapan bagi sebuah kepastian. Dan bila jawapan itu telah kita ketahui, itu tandanya Allah memberi petunjuk kepada kita. Terpulang kepada kita cara untuk menerima takdir Allah itu.
Sesungguhnya Allah telah menetapkan takdir setiap manusia. Dan mama masih ingat ceramah yang disampaikan seorang ustaz bahawa takdir manusia ini ada dua.
Pertama - takdir yang telah tertulis (mama tak ingat lah bahasa arabnya apa) tapi ia merupakan suatu takdir yang telah tertulis sejak azali dan kita tidak mampu untuk merubahnya.
Kedua - takdir yang boleh berubah di mana ia merupakan takdir di mana kita mampu mengubahnya melalui perbuatan kita, melalui doa kita, melalui usaha kita. Contohnya, bila kita inginkan rezeki, kita berusaha dengan pelbagai cara bagaimana untuk menambahkan rezeki itu. Begitu juga jika kita ingin mencari jodoh, kita berhak memilih jodoh yang sesuai dengan kehendak kita. Memang jodoh itu telah tertulis tetapi yang membuat pilihan adalah kita sendiri.
Apabila setiap tingkahlaku, perbuatan dan kehendak kita adalah berlandaskan syariat Allah...apa jua yang kita lakukan kerana Allah, kita akan dapat merasa kenikmatannya walaupun takdir itu berat untuk kita pikul.
"Allah tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan, di sebalik kesulitan pasti ada hikmah-Nya yang tersembunyi..."
Bila kita sedar, pasti kita akan rasa tenang. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasih sayang Allah tiada batasan. Aku sayang Allah kerana aku tahu Allah akan sayang aku balik. 😃😄😄
Terima kasih Allah atas segalanya. Segala puji hanya untuk-Mu.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan