Selasa, 31 Disember 2019

Aku wanita tabah

Assalamualaikum semua…


Selamat bercuti, tahun baru 2020 memang tidaklah aku menyambutnya. Lebih baik tidur dari bersesak-sesak dengan orang ramai semata-mata nak tengok bunga api 😂 Lagipun bukan tak pernah merasa semua itu kan...zaman berlalu tahun demi tahun, manusia pun berubah dari masa ke semasa.

So...ok lah, no heart feeling & happy working. Apapun yang bakal berlaku, aku berdoa semoga Allah lebih menyayangiku. Aku redha dengan ketentuan Nya dan aku yakin Allah ingin menaikkan darjatku. Apapun yang aku lakukan semuanya niat kerana Allah. 

Kerana kedegilanku…

~ Aku menganggap semua dugaan yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku perlu menerima setiap takdir Allah itu dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

~ Anak-anak adalah amanah Allah untuk aku jaga. Biar perit mana sekalipun, aku akan berusaha untuk membahagiakan mereka dan aku tidak akan sekali merayu pada orang untuk meminta pertolongan. Janji Allah itu lebih BESAR nikmatnya bila aku lebih berSYUKUR.

~ Aku sanggup bangun malam untuk mengejar syurga Firdaus. Biarlah aku bersusah payah di dunia untuk kesenangan di akhirat. Moga aku terus istiqamah dalam melakukan ibadahku. Terima kasih Allah kerana Kau Maha Mendengar dan Maha Menyayangi.

~ Terima kasih buat mak & abah kerana sentiasa mendoakan aku. Aku bukan tidak mahu menceritakan masalahku kepada mereka tapi aku tidak mahu membebani mereka dengan permasalahan yang aku hadapi. Aku akan cuba hadapi walau apapun cabaran dan rintangan yang mendatang.

~ Aku tak kisah membuat kerja di luar kemampuanku asalkan gaji yang aku perolehi itu mendapat keberkatan.

~ Aku tak kisah apapun yang orang nak cerita baik buruk di belakangku kerana aku tahu Allah itu sangat sayang kepadaku dan aku serahkan seluruh hidupku untuk menjadi hamba Allah yang setia, menjadi umat Nabi Muhammad SAW dan tetap berpegang teguh dengan ISLAM.

Ya Allah...semua ini tidak mungkin dapat aku capai melainkan dengan kehendak Mu jua. Lindungilah aku walau dimana aku berada, lindungi anak-anakku, kedua ibu bapaku, adik beradikku dan seluruh umat muslimin dan muslimat di dunia ini.

Jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku dalam golongan yang mendirikan solat. Perkenankan lah permintaan ku ini.

Aamiin.

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan