Sabtu, 23 Mei 2020

Salam Aidilfitri 2020

Assalamualaikum semua…

Syawal telah pun menjelma. Ramadhan pergi menginggalkan kenangan yang terindah. Moga apa yang dipraktikkan semasa Ramadhan tahun ini dapat dilakukan secara berterusan. Subhanallah, betapa indahnya pengalaman yang Allah bagi. Marilah kita sama-sama berdoa agar virus covid 19 ini segera berlalu pergi. Tidak perlulah ia berlama-lama di atas muka bumi ini. Norma baru kehidupan hari ini menjadikan semuanya serba berbeza. Namun, apa yang berlaku atas kehendak Nya jua. Ada hikmah yang perlu kita fikirkan dan renungi.

Ok lah, sempena 1 Syawal ni...aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini.

Gambar raya tahun lepas di Melaka



Ada sesuatu yang ingin kuluahkan di sini tapi tunggu je lah...mood tak mari pulak. Apa-apapun tunggu OOTD kami sekeluarga. Walaupun tak boleh nak beraya sangat, kita kenalah sentiasa lawa kan...hahaha 😍

Jumpa lagi, sayonara !!


Rabu, 20 Mei 2020

Di Persimpangan Dilema

Assalamualaikum…

Malam ni rasa macam sesuatu je...ntah lah, sedih pulak kita. Sambil menulis, aku dengar lagu raya...konon-konon nak feel lah sangat kan...tapi lagu raya sedih lah pulak 😭😭😭

Bila anak ko balik, macam-macam dia cerita...aku ni jadi pendengar yang setia lah. Tapi apa yang dia cerita, aku pun lihat juga. Anak-anak tengah membesar kan, dah boleh menilai setiap perlakuan manusia. Baru dia tahu...mama dia memang terbaik...hehe. ok, ni bukan aku yang cakap, tapi anak yang cakap ye...kang ada yang cakap aku perasan pulak...haha

Ingat raya tahun ni nak bawak mak aku ke rumah di Klang, almaklumlah tak boleh balik Melaka kan...tapi alih-alih tak jadi pulak...aduh! rosak program. Nampaknya kena lah aku ke sana berbuka puasa di sana. Tak pergi nanti merajuk pulak mak. Mak tu dah lah sensitive, aku tahu jiwa dia dah kosong. Abah yang selalu ada kat rumah pun asyik hilang je. ntah mana lah diperginya. Kami anak-anak lah yang dapat menghiburkan hatinya. Sebab itu, aku kalau boleh sebulan sekali mesti bawak dia balik Melaka. Biar hilang sikit rasa sunyi dia tu. Mak yang ada suami tu pun boleh rasa sunyi, ini kan pula aku yang single mingle ni 😎. Tapi mak pun pernah kata, "angah, hidup kau dah selesa dah, baik lah hidup sendiri...kalau abah tu tak de, mak duduk ngan ko je ngah". Allahu...aku tahu perasaan mak. Mak hidup dia tanpa gadget, mak orang lain pun pandai ber FB tapi mak aku tidak. Hidup dia hanya dengan meniaga dan duduk rumah. Nak keluar, kalau anak-anak tak bawak...duduk lah dia sorang-sorang kat rumah. Sebab tu, aku kalau boleh seminggu sekali mesti nak pergi sana. Temankan dia...tidur sekali. Setiap kali datang rumah mak, ada je benda dia nak cerita. Memang aku ditakdirkan menjadi pendengar yang setia agaknya...🙇

Ntah lah...memang betul dalam hidup ini, kita nakkan A tapi Allah bagi B. Bukan semua kehendak kita akan menjadi nyata. Selalulah bersangka baik, sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang, semua yang berlaku adalah ketetapan dari Nya. Pertemuan dan perpisahan itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Ia samada untuk memberi kita pengajaran dan pengalaman hidup. Aku cuba untuk berfikir secara positif dan melakukan yang terbaik. Yes...aku sedang belajar untuk ikhlas. Ikhlas dalam memberi dan menerima. Aku tahu, masa silamkan bukan nya baik-baik dan sekarang aku cuba menjadi yang terbaik. Sesungguhnya, kehidupan dulu banyak mengajar aku menjadi muslimah sejati. Aku takut Allah murka...aku takut Allah tak sayang kat aku. Sebab itu, aku sanggup bangun malam bertahajud kepadanya. Bak kata ustaz, minta lah pada Allah dengan bersungguh-sungguh, menangislah, merintih pada Dia. Dia Maha Mendengar. Dan sekarang aku pasti Allah sangat sayangkan aku.

Setiap hari aku berdoa, agar Allah memberi hidayah pada abah. Abah seorang lelaki yang baik, tapi mungkin sebab ego seorang lelaki…

Aku selalu berpesan pada anak-anak, hidup kat dunia ni tak banyak yang perlu di kejar, apa yang perlu adalah bekalan kat akhirat sana. Mama nak kita semua berada di syurga firdaus. Untuk mak dan abah, setidak-tidaknya mereka ada aku sebagai seorang anak yang selalu berdoa untuk mereka. Dan aku tahu kehidupan yang aku kecapi hari ini adalah berkat doa mereka juga. Aku harap anak-anak aku selalu mendoakan aku bila aku tiada nanti.

Mak...angah sayang mak

Ada orang, mereka bercakap soal agama, solat...tetapi mereka tidak mempraktikkan pun apa yang di bicarakan. Aku melihat dari setiap sudut cuma aku hanya ingin bersangka baik. Aku tidak mahu menilai perbuatan mereka kerana aku cuma manusia biasa dan kita semua adalah manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Bila kita lakukan kesilapan, segeralah bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Cuma aku tidak memahami kenapa manusia perlu menipu diri mereka sendiri. 

Ya Allah,
Sesungguhnya hidupku, matiku, rezekiku, amalanku hanya kerana-Mu Ya Allah. Matikan aku dalam keadaan husnul khotimah dan Kau tutuplah aibku. Jadikan kami pewaris Nabi Muhammad SAW.

Aamiin.

Tetiba sebak pulak...jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 17 Mei 2020

Sekuntum Mawar Biru...

Assalamualaikum semua…

Monday blues ke tu? Haha...pagi-pagi dah dapat wasap dari bos...suh check itu ini. Tunggulah masuk keje nanti aku check. Keje aku yang tidak mengira masa. Kadang-kadang sampai malam pun masih berwasap dengan team. Kang kalo tak di balas, kesian pulak dorang, sape pulak nak verify kerja-kerja dorang kan. I is kesian, berpanas berhujan dorang buat kerja. Haaa...sampai ada yang demam-demam lah tu. 😓😓

Me and technical memang tidak dapat dipisahkan. Ntah macamanalah boleh terjebak dalam dunia telekomunikasi ni. Dulu masa belajar, pak lang aku yang suruh ambil course electrical, walhal tak de dalam kamus hidup aku pun nak ceburi bidang ni. Tapi...ye lah, setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Bermula dunia pekerjaan aku yang sebenar di TM Bukit Raja. Tahun ni dah masuk 20 tahun aku bekerja di sini. Satu tempoh yang agak lama. Tak sangka dapat bertahan selama ini, mungkin sebab sesuai dengan jiwa lah tu...hehe

Aku melalui hidup ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Ada masanya perasaan ini terbabas juga. Marah dan suka itu menjadi sebati dalam hidup. Benci...dah hilang dalam hidup ini. Tidak perlulah aku nak benci sesiapa. Aku perlu mengambil setiap apa yang berlaku itu dengan penuh berlapang dada. Setiap aturan yang Allah SWT tetapkan, pasti ada kemanisan yang menanti. Aku bukanlah seorang yang bergantung harap pada lelaki. Aku hanya mengharapkan redha Allah itu bersama-samaku. Kerana Allah sayangkan aku sebagai hamba-Nya, maka Dia hadirkan aku insan-insan yang boleh melayaniku dan boleh menerimaku sebagai sahabat dan teman. 

Terkadang, hidup ini aku rasakan sangat sepi. Aku bukanlah sejenis yang suka berkawan sebab aku tidak mahu terjebak dengan perkara yang boleh memudaratkan hidup aku nanti. Zaman remajaku telah berlalu hampir 22 tahun yang lalu. Tapi apa yang berlaku hari ini, aku ambilnya sebagai ikhtibar bahawa berkawan itu penting bagi aku melupakan kisah silan dan apa pun yang berlaku, aku memerlukan someone untuk aku berbual dan boleh aku share apa sahaja. Suka tidak semestinya memiliki, tetapi setidak-tidaknya hargailah dia yang sudi berkawan denganmu. Aku tidak akan sekali-kali melukakan hati orang di sekelilingku. Moga Allah melindungiku dari sebarang musibah.

Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. Baik buruk perlakuanku akan berbalik pada diriku sendiri dan aku tahu itu bukan mudah untuk aku hadapinya. Allahu, betapa besar Nya kasih sayang Allah. Aku bersyukur pada Mu Ya Rabb kerana terlalu banyak yang telah Kau beri padaku. Semoga apa yang telah Kau tetapkan buatku adalah yang terbaik.

Gambar kredit to google

Aku obsess pada bunga ros biru ni masa kecil lagi, masa tu aku tengok cerita ….and the blue roses. Alamak, aku pun tak ingat tajuk penuh cerita tu, tapi cerita itu sangat terkesan di hati. Adeh…

ok lah, sampai sini...nanti aku tulis lagi, sayonara !!