Assalamualaikum semua…
Monday blues ke tu? Haha...pagi-pagi dah dapat wasap dari bos...suh check itu ini. Tunggulah masuk keje nanti aku check. Keje aku yang tidak mengira masa. Kadang-kadang sampai malam pun masih berwasap dengan team. Kang kalo tak di balas, kesian pulak dorang, sape pulak nak verify kerja-kerja dorang kan. I is kesian, berpanas berhujan dorang buat kerja. Haaa...sampai ada yang demam-demam lah tu. 😓😓
Me and technical memang tidak dapat dipisahkan. Ntah macamanalah boleh terjebak dalam dunia telekomunikasi ni. Dulu masa belajar, pak lang aku yang suruh ambil course electrical, walhal tak de dalam kamus hidup aku pun nak ceburi bidang ni. Tapi...ye lah, setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Bermula dunia pekerjaan aku yang sebenar di TM Bukit Raja. Tahun ni dah masuk 20 tahun aku bekerja di sini. Satu tempoh yang agak lama. Tak sangka dapat bertahan selama ini, mungkin sebab sesuai dengan jiwa lah tu...hehe
Aku melalui hidup ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Ada masanya perasaan ini terbabas juga. Marah dan suka itu menjadi sebati dalam hidup. Benci...dah hilang dalam hidup ini. Tidak perlulah aku nak benci sesiapa. Aku perlu mengambil setiap apa yang berlaku itu dengan penuh berlapang dada. Setiap aturan yang Allah SWT tetapkan, pasti ada kemanisan yang menanti. Aku bukanlah seorang yang bergantung harap pada lelaki. Aku hanya mengharapkan redha Allah itu bersama-samaku. Kerana Allah sayangkan aku sebagai hamba-Nya, maka Dia hadirkan aku insan-insan yang boleh melayaniku dan boleh menerimaku sebagai sahabat dan teman.
Terkadang, hidup ini aku rasakan sangat sepi. Aku bukanlah sejenis yang suka berkawan sebab aku tidak mahu terjebak dengan perkara yang boleh memudaratkan hidup aku nanti. Zaman remajaku telah berlalu hampir 22 tahun yang lalu. Tapi apa yang berlaku hari ini, aku ambilnya sebagai ikhtibar bahawa berkawan itu penting bagi aku melupakan kisah silan dan apa pun yang berlaku, aku memerlukan someone untuk aku berbual dan boleh aku share apa sahaja. Suka tidak semestinya memiliki, tetapi setidak-tidaknya hargailah dia yang sudi berkawan denganmu. Aku tidak akan sekali-kali melukakan hati orang di sekelilingku. Moga Allah melindungiku dari sebarang musibah.
Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. Baik buruk perlakuanku akan berbalik pada diriku sendiri dan aku tahu itu bukan mudah untuk aku hadapinya. Allahu, betapa besar Nya kasih sayang Allah. Aku bersyukur pada Mu Ya Rabb kerana terlalu banyak yang telah Kau beri padaku. Semoga apa yang telah Kau tetapkan buatku adalah yang terbaik.
Gambar kredit to google
Aku obsess pada bunga ros biru ni masa kecil lagi, masa tu aku tengok cerita ….and the blue roses. Alamak, aku pun tak ingat tajuk penuh cerita tu, tapi cerita itu sangat terkesan di hati. Adeh…
ok lah, sampai sini...nanti aku tulis lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan