Sabtu, 30 Mei 2020

Sahabat dan Teman

Assalamualaikum semua…

Coretan ini kutujukan khas buat si dia yang mengerti…😍

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku dan mungkin merangkap temanku. Bagi aku, teman itu lebih rapatlah bilamana ko boleh bercerita dengannya tanpa segan silu...hahaha. Aku amat bersyukur atas perkenalan ini walaupun ia merupakan perkenalan yang terlarang. 😔 namun aku tidak dapat menafikan bahawa setiap pertemuan dan perpisahan itu datangnya dari Yang Maha Esa. 

Aku tidak tahu bagaimana ia bermula yang menjadikan kita lebih rapat tetapi aku pasti bahawa kita tidak mungkin bersama. Aku cuma berharap agar kau sudi menjadi sahabat dan temanku selamanya. Aku harap agar coretan ini tidak mengganggu ketenteraman hatimu. Ya, aku percaya andai perkenalan ini menjadi rapat, sudah pasti akan membuahkan bibit-bibit perasaan yang....ntah lah walaupun kita menafikan perasaan itu. Tapi aku harap, ia hanyalah sekadar jalinan atas persahabatan yang dibina.

Terima kasih teman. Kehadiranmu dapat melupakan aku pada seseorang. Kehadiranmu dapat menjadikan aku lebih matang dalam menangani emosi kehidupan ini. Aku yakin, salah satu daripada doaku telahpun terjawab. Kau sentiasa ku ingati walaupun kita tidak bersama. Maafkan aku kerana mempunyai rasa itu. Bersalahnya aku rasa kerana telah mengkhianati prinsip hidup ini. Prinsip yang selama ini aku pegang dan ikat dalam hatiku. Kini aku mengerti kenapa wujudnya antara aku, kau dan dia. Maafkan aku.


Gambar kredit to google

Kerana kehidupan ini harus berjalan seperti biasa, aku akan tetap seperti dulu, menjalani onak duri ranjau kehidupan. Hidup ini indah dan aku mahu merasakan keindahan itu. Harap engkau mengerti.

Terima kasih kerana sudi bersahabat denganku.

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan