Khamis, 14 Mei 2020

Simpan sikit BAHAGIA itu...




Gambar dari wasap group


Ceriakan pagi Jumaat yang indah. Hari berlalu dengan begitu cepat sekali. Minggu depan dah nak raya...tapi feel raya tak de, camne? 😐



Kadang-kadang aku ni sejenis yang suka bergurau dengan anak-anak. Mama nak kawen boleh tak? Haha, soalan apakah ini...tapi jawapan dari anak-anak 'NO WAY' okey...eh eh eh...mama saje je tanya, bukan betul pun. 2-3 tahun lagi nak bermenantu ko...ingat mama nak buang tabiat ke apa…??? hahaha.



Aku lihat anak  yang sulong tu dah ada yang berkenan di hati. Yang no 2 tu, SPM pun tak lepas lagi, tapi dah ada pujaan hati. Haaa, tengok lah tu...selalu aku ingatkan pada anak-anak ini, simpan sikit BAHAGIA itu...BAHAGIA yang dikecapi usah di canang duhai anak. Kelak bila kecewa nanti, merana diri pula. Agaknya memang pesen budak-budak sekarang, semua nak di update di status. Eh, hello...jangan ingat mama tak tahu okey...mama ni perhati je 😎😎😎...kalau lebih-lebih memang kena sound setepek. Sporting, sporting jugak tapi ada batasnya.

Tapi, aku rasa apa yang jelasnya...jika hati bahagia...muka pun nampak muda belia...kahkahkah. Lantak lah apa orang nak kata. Hati yang bahagia akan ada mood dan persekitaran yang baik dan segala perlakuan akan baik-baik sahaja.

ok, tak de apa nak cerita...jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan