Assalamualaikum semua
Tulisan ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada...ia sekadar tulisan untuk renungan bersama…
Cerpen ~ Setiaku Di sini
Hari demi hari berlalu, aku terlihat perubahan pada wajah suami. Nampak benar keceriaan di wajahnya dan makin kerap pulak dia ke gim untuk exercise. Hidupnya yang simple, setiap pagi aku hanya perlu menyediakan segelas air suam untuk dia minum dan kemudian dia akan pergi kerja sebelum aku. Sebagai seorang QA Assurance memang menuntut masa yang lebih. Cumanya sejak beberapa hari ini, ku lihat perlakuannya amat lain sekali. Mungkin naluri seorang wanita menjadikan aku untuk syak akan sesuatu. Aku cuba untuk menepis anggapan yang bermain di benak fikiranku tetapi aku tidak mendapat jawapannya. Ye, suamiku setiap hari, dia memang seorang yang smart dan bergaya. Pergi kerja, baju dan seluarnya akan bergosok setiap hari. Penampilannya sentiasa berjaga. Aku juga begitu, sebab itu keserasian antara kami wujud. Aku juga seorang yang menjaga penampilan.
Sehinggalah pada suatu malam…
Abang : Yang, abang ada benda nak bagitau ni…
Aku : Apa dia bang?
Abang : Kalau abang bagitau ni, ayang jangan marah ye...
Aku : What??? (bermonolog dalam hati...apa benda pulak lah yang ingin dia sampaikan?)
Abang : Abang ada minat pada seseorang… ( ibarat kaca terhempas ke batu...apakah erti perkahwinan yang telah lebih lima tahun berlalu ini, dengan kami dikurniakan dua orang cahaya mata, tidak cukupkah kebahagian itu? ...ucapku di dalam hati. Tetapi sebagai seorang isteri, aku perlu menjadi pendengar yang setia)
Aku : Siapa tu abang? Jumpa di mana?
Abang : Kawan sekerja di opis abang. (eh! ada perempuan melayu meyh di opis dia, setahu aku opis dia ramai cina…)
Abang : Dia baru je 2 bulan masuk kat opis ni...abang tertiba suka pulak kat dia. (owh patutlah berias-ia pergi gym, nak jaga badan rupanya?
Abang : Minggu depan hari minggu, kita pergi rumah dia ye...dia jemput jamuan hari raya kat rumah dia.
Aku : Owh, baik abang. ( aku yang menurut perintah...dalam hati tuhan saja yang tahu)
Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata. Pusing kiri, pusing kanan semua tidak kena. Aku lihat dia disebelahku dah berdengkur, kepenatan barangkali. Allahu, aku tidak tahu perasaanku di kala ini. Cemburu? aku tak pasti sebab dalam kamus hidupku, belum ada lagi perasaan itu buat suamiku. Aku hanya ingin menjadi seorang isteri yang menurut semua kehendak suamiku walaupun ada kalanya aku bersalah kerana tidak dapat menurut kehendaknya. Berdosanya aku rasa. Aku juga bekerja dan kami sama-sama mencari rezeki. Bagi aku, cukuplah andai suamiku mengizinkan aku untuk keluar bekerja kerana aku memang seorang yang tidak boleh duduk diam di rumah. Aku sangat bersyukur kerana dia seorang yang sangat-sangat memahami. Dan banyak perkara baru yang aku pelajari sepanjang aku bersama dengan dia.
Aku : Abang, agak-agak orang lelaki kan...dorang memang nak kawen dua ke?
Abang : Eh ada, abang pun kalau boleh nak kawen dua yang. (Nampak straight forward sangat kan)
Aku : hmmmm...iye lah
Soalan yang pernah aku tanya kepadanya kerana ini bukan perkara pertama yang pernah aku alami. Ini pengalamanku kali ke dua dan ada yang kali ketiga dan keeempat. Tetapi semunya tidak bertahan kerana wanita yang suamiku suka tidak sanggup bermadu.
Aku : Abang, kalau abang nak kawen lagi, ayang macamane? (amboi koooo...soalan apakah ini)
Abang : Ayang tetap yang pertama dihati. Abang nak kawen lagi satu sebab xxxxxxxx
Bagi seorang lelaki, andai isteri tidak dapat melayaninya, setidak-tidaknya masih ada isteri lain yang dapat membelai dan memberikan kasih sayangnya pada lelaki itu. Adakah semua ikatan perkahwinan yang terbina berlandaskan nafsu semata? atau memang naluri kelakian mereka untuk mendapatkan lebih? Mungkin juga tapi aku rasa ada juga lelaki yang setia. Sebab itu, ada pepatah mengatakan, "Kesetian wanita itu terletak bila mana mereka susah, manakala kesetiaan hidup seorang lelaki apabila ketika mereka senang". Wanita yang baik, bilamana suami mereka senang atau susah, mereka sanggup menghadapinya bersama-sama. begitu juga lelaki. Tetapi kebanyakkan yang aku lihat dan perhati, lelaki apabila meniti kesenangan, mereka agak lupa diri.
Hari demi hari berlalu, masa yang ditunggu pun tiba. Aku di bawa bersama berjumpa dengan si dia pujaan hati suamiku sendiri. Reaksiku? Ntah lah, aku tidak tahu dari mana datangnya ketabahan dan kesabaran dalam diriku. Mungkin sudah Allah aturkan segalanya dan aku harus kuat menerima ketentuan ilahi. Kami bertemu, bersalaman dan berbual mesra. Aku menerima seadanya. Air muka suami harus aku jaga.
Aku : Abang betul ke suka pada dia?
Abang : Suka yang, tapi dalam proses mengenali.
Aku : Berapa kali dah keluar bersama-sama? (soalan macam pasrah je kan?)
Abang : Ada jugaklah..time lunch & kadang2 waktu balik keje
Aku : Abang nak ayang cakapkan ke pada dia? xoxoxoxo
Dua bulan berlalu. Rupanya si dia telah berhenti kerja. Balik kampung dan telah bertunang dengan orang lain. Apa agaknya perasaan aku? Lega? Rasa-rasanya?
Abang : Tak pe lah ayang, tiada jodoh.
Senangnya lelaki bila bercakap tanpa memikirkan perasaan seorang isteri. Aku terima walau apapun yang terjadi. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Kejadian dulu berulang kembali. Mungkin, bagi lelaki tidak salah untuk mencuba. Mana tahu terkena jerat kan. Cuma yang pastinya, kehidupan kami suami isteri adalah sangat berterus terang. Kalau suka, katakan suka. kalau tidak, maknanya tidak. Berterus terang adalah lebih baik supaya tiada syak wasangka antara kami walaupun dalam diam ada hati yang terguris. Tanyalah mana-mana wanita di dunia ini, aku rasa...tiada seorang pun yang sanggup bermadu. Kalau adapun mungkin mereka dah kena panahan asmara yang sangat kuat sampaikan hal ini tidak dapat dielakkan lagi.
Abang : Yang, abang akan ke utara 2 hari bersama xxxx.
Aku : Tido hotel mana tu bang? (mulalah fikiran ini berfikir yang bukan-bukan)
Abang : Ala yang...hal kerja je lah. Dia kan merangkap secretary abang...abang bayar gajilah
Aku : Diam tidak terkata…
Begitulah kehidupan. Selagi masih ada wanita di luar sana yang mencari rezeki dengan cara yang...ntah lah, aku tak nak komen banyak sebab itu adalah pilihan masing-masing. Lelaki, bila diberi kesenangan, wang bagi mereka tiada nilainya. Kerana wang, mereka boleh membeli wanita. Wanita yang terdesak demi kelangsungan hidup. Sebenarnya...bukan lah terdesak sangat pun tetapi kemewahan yang mereka cari menyebabkan mereka terjerumus ke lembah yang hina. Apa yang aku tahu, pengalaman hidup memanggil aku sujud kepada Maha Pencipta. Sesungguhnya aku sedang diuji Ya Allah, Kau kuatkan hatiku.
Kerana ujian manusia itu berbeza-beza, kehidupan yang kita lalui adalah jalan yang kita pilih. Lurus atau bengkoknya jalan itu terserah pada keinginan sendiri. Aku sebagai seorang isteri hanya setia manantimu suamiku. Walau apa pun yang telah kau lakukan, kau adalah teman hidupku yang terbaik. Aku sanjung dirimu kerana sudi menjadi imamku.
Ya Allah, betapa luasnya kasih sayang Mu. Terima kasih kerana sudi meminjamkan dia untukku. Aku merasa bahagia hidup bersamanya. Warna warni kehidupan ini telah dapat kami lalui bersama walaupun ada kalanya perjalanan hidup ini tersasar dari landasan. Namun, Kau Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku dan pengalaman hidup ini menjadikan aku lebih tabah dan redha. Terima kasih Allah atas segala-galanya.
TAMAT...
Sekian, jumpa lagi...sayonara !!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan