Khamis, 21 Oktober 2021

Rindu...

Assalamualaikum. Semoga hidup kita semua diberkati Allah SWT. Terlalu banyak nikmat yang telah Allah beri. Bersyukur tanda terima kasih pada Dia yang memberi. Sesungguhnya kasih sayang Allah tiada batasan. Mintalah pada Nya. In shaa Allah akan dikabulkan. Aku doakan dirimu sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah. Moga dikau bahagia disamping insan-insan tersayang. Rindu itu selalu menggamit ingatan ini. Bila terlihat pantai, mengingatkan daku kenangan bersamamu. Terima kasih kerana menghargai diri ini. Terima kasih kerana menyayangi diri ini. Aku rindu kamu. Jumpa lagi, sayonara!!

Jumaat, 24 September 2021

Kita milik Allah

Assalamualaikum semua Lama sangat tak menulis...kekangan masa sungguh bila work from home ni. Jangan kata wfh ni tak sibuk ye...kalau diberi pilihan, mama nak je kerja di pejabat, at least ada masa untuk diri sendiri. Masa makan, masa tidur, masa lepak dengan kawan-kawan. Tapi nak buat camane kan, covid masih ada dan lagi bermaharajalela di dunia ini 😇. Sabar je lah...kadang-kadang kesian kat anak-anak duk terperuk kat dalam rumah. Sib baik ada kucing nak di layan. Dari sekor dah jadi berekor-ekor. Tak pe lah, pembawa rezeki tu semua. Alhamdulillah. Hari demi hari, kita dihadapkan dengan kematian demi kematian. Area rumah mama ni, hampir setiap minggu ada je berita kematian disebabkan covid. Allahu, terkadang rasa sedih tetapi begitulah ketetapan Allah SWT. Kewujudan virus ini merentap kehidupan kita yang dulunya bebas untuk ke sana ke mari, sekarang tidak lagi. Kita terpaksa berkurung di rumah demi mengelakkan diri menjadi mangsa covid-19 ini. Virus ini mampu membunuh dengan sekelip mata. Hal ini menjadi renungan dan iktibar pada kita yang masih hidup. Dikesempatan yang Allah beri, sama-samalah kita berdoa agar virus ini segera hilang dari muka bumi ini. Terasa sedihnya bila sorang demi sorang dijemput ilahi. Sampai waktu, kita juga akan pergi. Tiada yang kekal hidup di dunia ini. Andai diri pernah merasa kehilangan, kau akan rasa betapa masa depan amat berharga untuk membahagiakan orang-orang yang tersayang. Bersyukur kerana masih ada mak, abah, adik beradik, anak-anak, teman, sahabat baik dan rakan-rakan yang mengambil berat tentang diri ini. Terima kasih Allah atas anugerahMu yang terindah. Kita tidak mungkin dapat menginginkan apa yang kita mahukan.Tapi Allah ada untuk menunaikan apa yang kita inginkan. Percaya pada Allah. Mama yakin, sampai masanya Allah akan kabulkn satu persatu apa yang kita inginkan. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tidak akan membiarkan doa hamba Nya tidak berjawab. Akan dikabulkan doa kita mengikut masa yang sesuai. Terima kasih Allah atas segalanya. Lindungilah kami Ya Allah. Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 8 Julai 2021

Aku menulis kerana kamu

 Assalamualaikum semua...

Salam Jumaat yang penuh barakah...hujan di waktu tengahari menganjak ke petang. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa sangat nyaman rasanya. Andai di waktu ini aku berada di tepian pantai, alangkah indahnya kurasakan. Rinduuuu

Begitulah Allah menguji manusia. Saban hari terdengar kematian demi kematian dijemput ilahi. Ntah sampai waktunya, masa itu akan tiba. Namun, selagi diri ini masih bernafas, selagi diri ini masih bernyawa, tuntutan sebagai hamba Allah perlu dilaksanakan. Ya Allah, Kau angkatlah penyakit Covid ini ke sarangMu. Izinkan kami hidup seperti biasa. Menikmati keindahan alam ciptaan Mu Ya Rabb.

Dia...dia bukan yang pertama tetapi dia telah bertakhta di hati. Satunya yang telah mengetuk pintu hati ini untuk menerima kehadiran sang kekasih. Kerana rasa ini ikhlas...rasa ini sesuatu yang pelik dan indah...maka ku teruskan jua walaupun terdapat halangan di tengahnya. Aku yakin, andai tiba masa...Allah jua lah penentu segalanya dan aku sangat yakin bahawa Allah sayangkan aku sebagai hambaNya. Moga kasih dan sayang ini terus mekar dan mewangi sehingga ke pusara.

Dia bukan yang pertama tetapi dia istimewa dalam hatiku. Secebis rasa itu walaupun amat payah untuk aku lupakan, aku tidak mampu menolaknya. Terkadang aku terfikir mengapa itu berlaku pada diriku. Namun, apa yang berlaku tidak dapat ku undur lagi. Aku tidak mahukan apa selain perhatian dan kasih sayangmu buatku. Hanya setitis kasih itu sudah mencukupi buat diriku. Aku bahagia bersamamu.

Bukan mudah untuk memahamkan orang keliling. Hanya kuasa Allah sahaja yang mampun mengubahnya. Moga redha Allah bersama langkah kita. Niat yang baik pasti akan Allah kabulkan...in shaa Allah.

Aku sayang Allah

Aku sayang keluargaku

Aku sayang kamu

Aku sayang orang-orang disekelilingku

Moga kita hidup dalam keadaan aman dan bahagia.

Jumpa lagi...sayonara !!