Khamis, 27 Ogos 2015

Solat Hajat SKTKU

Malam tadi sekolah awie SKTKU mengadakan program solat hajat bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 8-10 September 2015. Ibu bapa dijemput hadir bagi memeriahkan acara solat hajat ini. Tujuan program ini adalah untuk memberi semangat kepada bakal-bakal pelajar, memberi tips-tips berguna untuk menjawab soalan nanti.

Yang bestnye dalam program ini, Ustaz Wan Dazrin yg memberikan ceramah motivasi. Sungguh berkaliber ustaz muda ini memberikan ceramahnya - siap speaking omputih ko nak...hehe, ape-ape pun mama ayu amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana mengadakan program-program sebegini. Banyak ilmu baru yang disampaikan oleh ustaz wan dazrin ni...




Tengok gambar atas ni, bebudak tu volenteer bila uztaz panggil. Ingatkn nak buat ape ye dok....rupanya ustaz nak tunjukkan cara-cara nak solat dengan betul. Macamana kita boleh dapatkan pahala sunat dalam solat....Allahuakbar...besarnya kekuasaan Allah. Rupanya banyak benda lagi yang kita tak tahu dan masih boleh dipelajari. Betapa luasnya ilmu untuk kita belajar, mengkaji dan mempraktikkan dalam kehidupan kita.

Semoga Allah memberkati hidup kita semua. Salam sayang dari mama ayu 

Rabu, 26 Ogos 2015

Inilah Duniaku

Perghhh...tajuk ko tak ingat, hehe
Aku sebagai seorang hamba Allah, isteri kepada suamiku, anak kepada kedua ibu bapaku, mama kepada 5 org cahaya mata, pekerja, pelajar dan......banyak nau kalau mama ayu nk sebut kan...
Yang pastinya, aku bahagia dengan kehidupan yang telah diberi oleh Allah. Semoga kebahagian ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa....Aamiin



Selasa, 25 Ogos 2015

Jom Menabung dgn Bank Rakyat

Bersiaran lagi....

Ari ni mama ayu nk ceritakan psl menabung ....bak kata orang sediakan payung sebelum hujan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan....itulah pentingnya menabung ni. Bank pilihan mama ayu ialah Bank Rakyat - trademark die "Bank Rakyat Bank Pilihan Anda". Amat sesuai untuk semua. Anak-anak semua menabung under Kelab Nuri. Yang bestnye bila masuk duit je - bank rakyat akan bg give pada anak2. Biasanya give yg diberi berdasarkan jumlah simpanan. Ape-ape pun, terima kasih pada Bank Rakyat. 


Bebudak ni suke benor buat gambar candid