Khamis, 27 Ogos 2015

Solat Hajat SKTKU

Malam tadi sekolah awie SKTKU mengadakan program solat hajat bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 8-10 September 2015. Ibu bapa dijemput hadir bagi memeriahkan acara solat hajat ini. Tujuan program ini adalah untuk memberi semangat kepada bakal-bakal pelajar, memberi tips-tips berguna untuk menjawab soalan nanti.

Yang bestnye dalam program ini, Ustaz Wan Dazrin yg memberikan ceramah motivasi. Sungguh berkaliber ustaz muda ini memberikan ceramahnya - siap speaking omputih ko nak...hehe, ape-ape pun mama ayu amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana mengadakan program-program sebegini. Banyak ilmu baru yang disampaikan oleh ustaz wan dazrin ni...




Tengok gambar atas ni, bebudak tu volenteer bila uztaz panggil. Ingatkn nak buat ape ye dok....rupanya ustaz nak tunjukkan cara-cara nak solat dengan betul. Macamana kita boleh dapatkan pahala sunat dalam solat....Allahuakbar...besarnya kekuasaan Allah. Rupanya banyak benda lagi yang kita tak tahu dan masih boleh dipelajari. Betapa luasnya ilmu untuk kita belajar, mengkaji dan mempraktikkan dalam kehidupan kita.

Semoga Allah memberkati hidup kita semua. Salam sayang dari mama ayu 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan