Ahad, 4 Oktober 2015

Protein Nutrilite

Assalamualaikum & Morning Oullsss

Seperti biasa weekend mama ayu dipenuhi dengan undangan kelas di UTMSpace KL...hehe...selesai sudah presentation yang pertama...banyak lagi assignment yang nak kena buat untuk semester ni....tak de gambar pulak sebab lupe nak minta tolong kawan snapkan...huaaaaa

Pagi ni mama ayu nak bercerita sikit pasal khasiat protein. Kenapa protein penting dalam tubuh badan kita, al maklumlah musim-musim jerebu ni kan...kesihatan perlu di jaga, elakkan anak-anak kita bermain di luar rumah, hmmm camni kena tambahlah aktiviti untuk anak-anak, jangan asyik nak main PS lah..tonton tv lah..tunggulah mama beli sahibba ke, congkak ke anak-anak ye....huhu

Banyak perisa protein yang dikeluarkan oleh Nutrilite - satu jenama yang unggul di dunia. Ada 4 perisa iaitu NUTRILITE All Plant Protein Powder, Minuman campuran Protein Perisa Beri Campuran, Perisa Teh Hijau dan yang terbaru adalah Perisa Coklat.



Kehebatan Protein, Kurniaan Alam

NUTRILITE All Plant Protein Powder dirumus dengan Rumusan Adunan NUTRILITE yang eksklusif iaitu kombinasi unik soya, protein dan kacang pis.
  • Sumber semula jadi
  • Tanpa laktosa
  • Mesra vegetarian
  • Tanpa kolesterol
  • Rendah lemak
  • Menyokong jantung dan keimunan anda
NUTRILITE Minuman Campuran Protein Perisa Beri Campuran merupakan minuman yang lazat rasanya dengan formula baru yang hebat yang larut dengan mudah dalam air sejuk.
  • Satu sajian memberi 8 g protein daripada protein soya yang diasingkan juga 18 asid amino, 30 mg vitamin C dan 250 mg kalsium.
  • NUTRILITE mengguna teknologi soya yang terkini, menghasilkan minuman campuran segera tanpa rasa kasar yang sering dikaitkan dengan kebanyakan minuman soya.
  • Mengandungi pekatan buah tropika NUTRILITE.
  • Tidak mengandungi sebarang warna atau perisa tiruan atau bahan pengawet.
NUTRILITE Minuman Campuran Protein Perisa Teh hijau

Dapatkan semua kebaikan NUTRILITE Protein yang ditambah dengan perisa teh hijau yang menyegarkan. NUTRILITE Protein kini muncul dengan perisa baru tetapi masih mengekalkan semua manfaat penting protein soya. Satu sajian bukan sahaja membekal 8 gram protein soya, jumlah asid amino penting dan tidak penting yang seimbang dan manfaat kalsium dan isoflavon soya yang berkhasiat, ia juga memberikan semua nutrien ini dengan tambahan perisa teh hijau yang menyegarkan.

Jika anda sentiasa mengharapkan NUTRILITE Protein untuk sumber protein yang semula jadi, mudah dihadam, senang, tanpa kolesterol dan mengandungi lemak yang minimum, kini anda boleh juga mengharapkan ia memberikan minuman yang lebih berperisa.

NUTRILITE Minuman Campuran Protein Perisa Coklat

Kini dengan Perisa Coklat yang baru, ia kaya dengan rasa coklat yang pasti digemari oleh kanak-kanak! Bekalkan keluarga anda dengan nutrien harian yang mereka perlukan untuk sihat dan kuat! Minuman Campuran NUTRILITE™ Perisa Coklat menyokong kesihatan optimum dengan menyediakan blok-blok binaan yang tubuh anda perlukan untuk pertumbuhan yang sihat, penyelenggaraan dan pembaikan otot dan tisu setiap hari. Kini dengan Perisa Coklat yang baru, ia kaya dengan rasa coklat yang pasti digemari oleh kanak-kanak!

Setiap hidangan menyediakan
  • 10g protein berkualiti tinggi
  • 140mg kalsium
  • 9 asid amino perlu
Berminat leh pm@whatsapp Mama Ayu 0133424800

#ProteinNutrilite
#AgentAmwayAnda
#TeamA60
#sayajualproteinamway

Khamis, 1 Oktober 2015

Set Bersalin Tropical Herbs

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua....

Pagi ni mama ayu nak ceritakan pasal set bersalin tropikal herbs. Set ni lengkap dengan bengkung sekali, sangat sesuai digunakan oleh ibu-ibu di luar sana...mama ayu pun dah try set bersalin ni...memang superbbb 

Kehamilan adalah saat-saat istimewa dalam kehidupan seseorang wanita. Pemakanan yang betul dan mengekalkan kecergasan serta kerehatan amatlah penting kerana dia membekalkan keperluan pemakanan kepada bayi yang sedang membesar. Penjagaan lepas bersalin juga penting kerana ibu baru perlu memulihkan tenaga dan daya hidup, untuk penjagaan bayinya yang baru lahir. Dalam kebanyakan kebudayaan Asia, tempoh berpantang ialah masa apabila ibu-ibu baru memulihkan kesihatan, lazimnya dengan makanan, herba terpilih yang istimewa serta amalan tradisional lain.



  • Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah.
  • Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.
  • Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang.

Untuk dimakan:

Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2.



Untuk Kegunaan Luaran:

Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang.


Ciri-ciri dan Faedah

  • Lengkap dan mudah. Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.
  • Keberkesanan Terbukti. Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.
  • Herba-herba yang distandardkan. Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.
  • Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.
  • Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan. Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.
  • Pengilang herba bertauliah. Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)
Berminat jangan lupe & jangan segan...just pm/whatsapp mama ayu @ 0133424800 utk dapatkan special price...

Sayonara!!

Rabu, 30 September 2015

Nasi Goreng Noxxa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Pagi tadi mama ayu masak nasi goreng...anak2 bawak bekal ke sekolah...disebabkan insiden murid2 muntah-muntah sebelum cuti sekolah ari tu....kantin pun di tutup sehingga ???? tak
pasti pulak sampai bila...maka gigih lah mama ayu bangun pagi semata2 nak buat bekal untuk anak2...hehe

ok, mama ayu nak kongsi resipi kt sini...memasak jadi simple & mudah sangat dengan noxxa pressure cooker...tak perlu nak masak-masak nasi...main campak-campak je...


tu dia....nasi goreng simple...mama ayu tak letak bawang goreng sebab ade anak yang suke & ade yang tidak...kalau dorg nak makan baru lah letak sendiri ye....

Cara-cara memasak nasi goreng menggunakan noxxa :

  • Beras di basuh terlebih dahulu dan di toskan
  • Buka suis (opkos lah kan...haha) , tekan panel to 'stir-fry' then tekan button 'on', masukkan minyak pastu tumislah bawang merah/putih/cili api sehingga garing & naik bau...masukkan perencah nasi goreng + ayam + udang + daging (yg ni optionallah ye...kalau x nak letak pun tak pe...), kemudian masukkan beras yg dah di toskan dan gaul sebati.
  • Masukkan air (sukatan air mama ayu ikut pot beras-kalau guna 3 pot beras = 3 pot air) dan tekan button 'off'
  • Tutup tudung piuk dan pastikan tombol kat atas tu berada pada kedudukan 'pressure', kemudian tekan panel 'high pressure' sebanyak 9 kali then tekan button 'on'- masa ni paparan led tu tunjuk no 9....so tunggu lah sampai no. tu jadi kosong ye...
  • Bila dah no. kosong - tekan button 'off' dan keluarkan wap (alih tombol ke steam)
  • Setelah wap dikeluarkan, buka tudung piuk (jangan risau sebab noxxa pc ni sangat selamat untuk digunakan-tudung piuk tak akan boleh dibuka sekiranya wap tak abis keluar)
  • Masa ni, korang tgk nasi tu macam berair sikit, tekan panel 'stir-fry' dan tekan 'on' - keringkan nasi goreng yang telah dimasak ( time ni lah mama ayu letak telur & gaulkan bersama nasi goreng)
  • Last sekali, tekan button 'off' & nasi goreng sedia untuk dihidangkan.
Amacam, senang tak.....jimat masa & jimat tenaga...tak sampai 10 minit, nasi goreng siap terhidang....