Isnin, 10 April 2017

Sambutan Birthday Untuk Abah

Assalamualaikum..

Lama nau tak dengar cerita, banyak sangat kerja yang perlu dilakukan...huhu
Hari ni mama ayu amek kesempatan gak untuk menulis, kang berabuk pulak blog ni
Dah masuk bulan Rejab pun ni, eloklah kalau kita berpuasa sunat kan...mama ayu ntah bila
nak start ni, hihihi. 

Malam tadi punye cerita, kami sekeluarga menyambut hari lahir abah yang ke 63 tahun. Semoga Allah memberi keberkatan dalam hidup abah. Sambutan yang tidak dirancang tetapi akhirnye menjadi pulak. Semuanya berhubung melalui wasap je...teknologi komunikasi yang amat berkesan di abad ini...Syukur Alhamdulillah


Alang-alang sambuat birthday abah, hari ni jugak 9 April merupakan anniversary mama ayu yang ke-18 tahun. dah lama teringin kek sr ni, minta en suami singgah Secret Recipe semata-mata nak beli kek


Abah kesayangan kami ni suka sangat makan sate, so bila birthday abah je...menu wajib adalah sate. Decide punye decide, kitorang booking kat Sate Samuri Klang, Bandar Botanic. Sebenarnya birthday abah 10hb, kitorang sambuat advance sehari lah. Isnin anak2 sekolah, bila masa pulak nak berkumpul kan..


Order dulu....tuan punye birthday tak sampai2 lagi


Yang mana dah sampai, kami makan dulu...anak2 dah lapar


Anak2 duk meja asing sbb dah tak muat....cucu mak abah ramai, ni pun tak x cukup korum lagi....hehe


Acara potong kek...oh ye, bulan 4 ni pun sekali gak dengan birthday adik perempuanku + anaknya lelakinya, Iman pun sambut birthday bulan ni



Pedulikan orang sekeliling tu, jom nyanyi untuk atok...hihi
Gambar potong kek x de lah pulak...kat hp along, lupe lah tu nk wasap kt kami2 ni


Complete semua dah sampai & makan2. Perut pun dah kenyang...ape lagi JOM BALIk

Terpancar wajah kegembiraan seorang abah bila anak2 buat surprise. Terima kasih abah sebab menjaga kami 8 beradik. Banyak kenangan yang tak mungkin dapat kami lupakan. Terima kasih Allah kerana mengurniakan kami abah & mak yang baik hati. Sob sob sob...terharu ko
Birthday mak bulan 7, dah tahu tempat kesukaan mak...ala2 Seoul Garden pulak

Jumpa lagi, sayonara !!

Isnin, 20 Mac 2017

Selamat Bercuti

Assalamualaikum semua..

Hahaha...lama nau mama ayu tak update cite, sekarang ni malas betul nak tangkap2 gambar ni...1 minggu berlalu dengan kesemua anak2 demam + batuk + selesema. Ke hulu ke hilir lah mama ayu membawa sorang2 anak ke klinik...Allahu, sib baik lah syarikat cover bayaran klinik, kalau tidak...masaklah nak kena keluarkan duet sendiri untuk pembiayaan rawatan ke klinik...syukur Alhamdulillah. Mungkin ada jugak kot mak2 yang tak pergi klinik kalau nak guna duet sendiri disebabkan kesempitan hidup..Masya Allah...betapa kasihnya Allah pada diri kita. Syukur selalu..

Ok lah, dah masuk hari ketiga pun cuti sekolah. Anak2 nanti dok umah nenek diam2..mama nak g bercuti...hehe

Gambar di ambil dari google

Cuti kali ni tak bawak anak2 g mana pun, kita qada' cuti bulan 4 nanti ye anak2. Tunggu dak wany punya birthday lah kita g bercuti. Mama ayu nak ke JB sebab ari Khamis ni JB cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Sambil2 cuti tu, nak carik tempat menarik untuk planning tahun depan pulak. Maklumlah dah nak grade kan, kena cari tempat menarik untuk dilawati....hehe

ok lah...tgk mood nak amek pic nanti di sana, mama ayu upload ye...selamat bercuti untuk semua especially untuk anak-anak

Jumpa lagi, sayonara !!

Isnin, 27 Februari 2017

Rezeki itu Milik Allah

Assalamualaikum semua..

Agak lama menyepi, lumrah kehidupan - every week macam biasa hari2 uruskan anak2, kerja dan weekend g kelas pulak. Sebenarnya banyak je aktiviti tapi sebab mama ayu malas nau nak amek gambar...so x de lah gambar yang berbicara, haha

Minggu lepas dak wany ke Laman Cikgu @ Tanjong Karang. Ada kem motivasi anjuran sekolah selama 2 hari 1 malam. Balik je dari kem, macam biasa dok cite sana sini pengalaman kt sana, so jadilah mama ayu pendengar yang setia...hehe. Ok lah nak, asalkan korang enjoy dan dapat melakukan perkara yang bermanfaat dah memadai bagi mama ayu. Korang boleh google kalau nak tahu apa yang menarik kat sini, memang banyak kem2 motivasi dibuat kt sini. Tengok gambar pun mmg seronoklah.

Berbalik pada cerita rezeki, kadang2 tu mmg akan dapat rezeki yg tidak disangka2. Tapi bagi warga kerja TM, bulan 4 memang dinanti sebab kebiasaannya, syarikat akan bagi bonus pada setiap pekerja.


Makanya, rezeki ini memang di jangka tetapi pekerja tidak tahu berapa bulan bonus yang akan diberikan oleh syarikat. Bagi tahun ini pulak, kami akan menerima 2.1 bulan bonus (yang ni memang tak dijangka...hehe). Syukur alhamdulillah. Rezeki itu Allah yang beri tetapi melalui tempat kita bekerja. Oleh itu, bekerjalah kita kerana Allah dan buat kerja bersungguh-sungguh. Rasa2 ramai kot geng TM yg dah boleh pikir2 apa yg nak dibuat dgn bonus yang dapat tu kan...hihi

Dah tak tau ape nak cite. Allah itu Maha Kaya, Maha Pemurah dan Maha Besar. Bersyukur atas nikmat yang diberikan-Nya. Alhamdulillah

Jumpa lagi, sayonara !!