Agak lama menyepi, lumrah kehidupan - every week macam biasa hari2 uruskan anak2, kerja dan weekend g kelas pulak. Sebenarnya banyak je aktiviti tapi sebab mama ayu malas nau nak amek gambar...so x de lah gambar yang berbicara, haha
Minggu lepas dak wany ke Laman Cikgu @ Tanjong Karang. Ada kem motivasi anjuran sekolah selama 2 hari 1 malam. Balik je dari kem, macam biasa dok cite sana sini pengalaman kt sana, so jadilah mama ayu pendengar yang setia...hehe. Ok lah nak, asalkan korang enjoy dan dapat melakukan perkara yang bermanfaat dah memadai bagi mama ayu. Korang boleh google kalau nak tahu apa yang menarik kat sini, memang banyak kem2 motivasi dibuat kt sini. Tengok gambar pun mmg seronoklah.
Berbalik pada cerita rezeki, kadang2 tu mmg akan dapat rezeki yg tidak disangka2. Tapi bagi warga kerja TM, bulan 4 memang dinanti sebab kebiasaannya, syarikat akan bagi bonus pada setiap pekerja.
Makanya, rezeki ini memang di jangka tetapi pekerja tidak tahu berapa bulan bonus yang akan diberikan oleh syarikat. Bagi tahun ini pulak, kami akan menerima 2.1 bulan bonus (yang ni memang tak dijangka...hehe). Syukur alhamdulillah. Rezeki itu Allah yang beri tetapi melalui tempat kita bekerja. Oleh itu, bekerjalah kita kerana Allah dan buat kerja bersungguh-sungguh. Rasa2 ramai kot geng TM yg dah boleh pikir2 apa yg nak dibuat dgn bonus yang dapat tu kan...hihi
Dah tak tau ape nak cite. Allah itu Maha Kaya, Maha Pemurah dan Maha Besar. Bersyukur atas nikmat yang diberikan-Nya. Alhamdulillah
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan