Ahad, 12 Februari 2017

Birthday Kembar

Assalamualaikum..

Selamat bekerja setelah 4 hari bercuti. Cuti Thaipusam ari tu, kami jenjalan ke Bukit Jugra. Niat asal nak ke Pantai Kelanang Banting, tapi singgah situ untuk makan tengahari je sebab pantai nya tak berapa berkenan di hati. Lihat dikejauhan tu ramai orang mencari siput/lala agaknya sebab sampai di sana pun air dah surut. Lupa lak nak amek gambar sebab masing-masing perut dah berkeroncong. Pas makan lepak-lepak dulu bagi anak-anak main pasir.


Laju...laju, buaiku laju. Seronok anak-anak dapat main buaian ni


Sampai jugak di Bukit Jugra, Banting. 


Pemandangan yang indah dari atas Bukit Jugra


Birthday Boy...dak iman & imin


Naik atas ni dengan kereta, masa lalu kiri kanan tu ingatkan tak de orang tapi bila dah sampai atas, ramai jugak lah yang datang berkunjung kat sini. 




Sejarah Bukit Jugra - sila baca..hehe

On the way balik tu, singgah kejap di GM Klang...cari hadiah untuk dak kembar. Tak boleh nak jalan jauh sebab esoknya anak-anak sekolah. Ari sabtu pun ada kelas tambahan lagi..kita jalan dekat-dekat sudah...haha





Gambar kat atas ni adalah percutian yang tak dirancang. Semua ini en suami punye keje...hehe
Tak pergi jauh pun, kat dalam Klang ni jugak. Kita check in @ Merrida Hotel, Klang. Asalkan anak-anak dapat mandi kolam, ngeee
Syiokk betul bebudak ni mandi sebab tak ramai orang. Nampak sangat satu kolam ni kami yang punya...hahaha


Malam tu lelepak @ Dataran Shah Alam sesambil tengok bola live


Tada...itu lah hadiah daripada ayahnya kepada anak-anaknya. Yang abang nak roller blade, adik pulak nak kereta control. Dan yang untungnya, si kecik tu dapat gak roller blade dari ayahnya.




Dua jam kat sini, pastu balik hotel tido. esok nak sambung mandi kolam pulak...

Itu je aktiviti weekend kami. Bulan depan cuti sekolah pulak tapi mama dah start kuliah dah...cuti adalah terhad ye anak-anak.

Jumpa lagi...sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan