Isnin, 28 Mei 2018

Kad Ucapan

Assalamualaikum..

Balik rumah kelmarin, dapat kad dari anakanda dak bongsu. Dalam kad tu tak tulis apapun, cuma kat depan tu je tertulis "mama saya". Siap ada lagu lagi...lama tau mama tak dapat kad cenggini. Last dulu tu pun time sekolah, hampir 20 tahun yang lalu kot..haha



Luvly kad dari anakanda..

Sebenarnya, bukan kad tu yang mama minta. Tapi tetiba terharu pulak bila dapat kad tanpa di duga. huhu, touching sikit bulan-bulan puasa ni. Kalau dulu, mama memang teringin nak dapat sejambak bunga tapi tak sape pun nak bagi surprise camtu...haha, melampau kan. Tunggu lah time konvo nanti kot-kot ada yang nak bagi mungeee...heeee, aci tak?

Semalam dapat sumbangan untuk anak-anak yatim. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat meringankan sambutan hari raya untuk tahun ni. Murah sungguh rezeki anak-anak, syukur selalu

Ok lah, tak banyak nak cerita. Moga amalan kita semua di bulan ramadhan ini diberkati.

Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 24 Mei 2018

Anak Yatim

Assaalamualaikum semua..

Salam Jumaat penghulu segala hari.Semoga hidup kita semua diberkati dan ceria-ceria selalu. Ramadhan kali ini, anak-anakku bergelar anak yatim. Memang terkadang, tidak pernah terlintas difikiran akan hal ini. Tetapi apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, perlu kita terima dengan redha. kita hanya boleh mengimpikan impian dan harapan, tetapi segalanya hanya Allah menentukan. Dan alhamdulillah kerana anak-anak ini dapat menerima ketentuan ilahi. Bukan senang untuk mendidik mereka, hanya kepada Allah mama berserah agar Allah membantu mama dalam segala hal menguruskan anak-anak dan meneruskan kelangsungan hidup ini.


Harta mama dunia akhirat

Bercakap soal anak yatim, alhamdulillah ada je pihak-pihak yang sudi membantu. Kebiasaannya pada permulaan sekolah dan hari raya. Setidak-tidaknya dapat jugaklah meringankan beban mama...syukur alhamdulillah

Mama tidak meminta simpati, tetapi jika ada yang memberi mama akan terima. Sebab islam pun dah ajar kita untuk menerima pemberian orang. Kita tidak perlu angkuh dan sombong walaupun kita rasa, hidup kita sangat selesa. Niat mama juga, agar mama dapat juga membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang memerlukan. Mama amat-amat bersyukur kerana apa yang telah ditinggalkan oleh arwah suami, dapat dimanfaatkan untuk anak-anak dan urusan harian. Arwah tidak pernah pun menyusahkan mama, bahkan telah memberi lebih daripada cukup. Semoga peninggalan arwah yang masih ada dapat mengalir pahala kepada arwah. In shaa Allah

Ya Allah, 
Jadikan kami anak yang taat kepada ibu bapa
Jadikan kami hambaMu yang soleh
Jadikan kami hamba yang selalu bersyukur atas nikmat yang Kau kurniakan
Jadikan kami hamba yang selalu bermuhasabah diri

Ya Allah,
Tetapkan iman kami
Tetapkan hati kami dengan islam
Kami berserah hanya kepadaMu Ya Allah
Lindungi kami di dunia dan akhirat

Ya Allah,
Hanya kepada kami meminta pertolongan
Perkenankan perminta kami

Aaamiin Ya Rabal'alamin

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 23 Mei 2018

Bila hidayah Allah itu sampai..

Assalamualaikum semua..

Dah masuk ramadhan ke-8. Minggu ke-2 ramadhan. Fasa satu akan berakhir, 10 ramadhan..tinggal 2 fasa lagi sebelum hari raya tiba. Allahu, betapa ramadhan kali ini amat bermakna buat mama. Walaupun segalanya berubah, tiada lagi masa untuk mama sediakan secawan air masuk ke bilik untuk diberikan kepada suami tercinta. Arwah memang tak makan sahur, mama lah yang kena bawa air untuk arwah minum as a sahur. 😭😭 Itu semua tinggal kenangan, kenangan terindah untuk mama ingati. Betapa mama amat kasih & sayang pada arwah.

Sehingga hari ini, anak-anak semua jenis bangun sahur dan makan. Memang untuk dak kembar, susah jugaklah nak bangunkan dorang pepagi tu untuk bersahur. Tapi mama selalu guna ayat ni.." tak sayang mama ke, kalau sayang mama..bangunlah" hehe. Ayat keramat utk memujuk anak-anak, sib baik jalan. haha

Hidayah Allah...
Allah memberikan taufiq & hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. 
Mungkin hari ini, ada orang yang masih terleka dengan perhiasan dunia, tapi bila sedar, orang itu menjadi hamba Allah yang baik dan taat . 
Mungkin hari ini, ada orang yang cakap tak serupa bikin, misalannya update fb - salam dua rakaat, salam dhuha...tetapi hakikatnya orang itu tidak melakukannya pun...bila tersedar akan bermuhasabah diri dan menjadi muslim sejati.
Mungkin hari ini, orang yang terus melakukan kebaikan..semoga orang ini terus istiqamah dalam melakukan kebaikan dan mendapat redha Allah.

Allahuakbar,
Betapa Allah itu maha besar, maha pengampun dan maha penyayang. Allah tidak sekali-kali menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya. Begitulah kasih sayang Allah. Hidup ini bukan kita hendak mendongak langit. Sampai masa kita akan pergi jua. Sepanjang kita hidup, hendaklah kita beramal untuk membawa bekalan ke akhirat kelak. Setiap manusia tidak lah sesempurna mana. Setiap perlakukan kita, pasti ada salah silapnya. Andai kata kita tersilap, cepat-cepatlah kembali ke jalan Allah. Andai kata kita terleka, beristigfarlah dan melawan segala keburukan yang akan berlaku. Sesungguhnya, pilihan keimanan itu ada pada diri kita sendiri. Semoga kita terus bertakwa dan berpegang teguh dengan iman dan islam.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan. Jadikan kami hamba yang taat dan tetapkan iman kami. Kami mahu masuk ke syurgaMu Ya Allah. Bimbinglah kami, berilah kami petunjuk ke jalan kebenaran. Aamiin Ya Rabb

Sampai sini dulu, sayonara...