Rabu, 23 Mei 2018

Bila hidayah Allah itu sampai..

Assalamualaikum semua..

Dah masuk ramadhan ke-8. Minggu ke-2 ramadhan. Fasa satu akan berakhir, 10 ramadhan..tinggal 2 fasa lagi sebelum hari raya tiba. Allahu, betapa ramadhan kali ini amat bermakna buat mama. Walaupun segalanya berubah, tiada lagi masa untuk mama sediakan secawan air masuk ke bilik untuk diberikan kepada suami tercinta. Arwah memang tak makan sahur, mama lah yang kena bawa air untuk arwah minum as a sahur. 😭😭 Itu semua tinggal kenangan, kenangan terindah untuk mama ingati. Betapa mama amat kasih & sayang pada arwah.

Sehingga hari ini, anak-anak semua jenis bangun sahur dan makan. Memang untuk dak kembar, susah jugaklah nak bangunkan dorang pepagi tu untuk bersahur. Tapi mama selalu guna ayat ni.." tak sayang mama ke, kalau sayang mama..bangunlah" hehe. Ayat keramat utk memujuk anak-anak, sib baik jalan. haha

Hidayah Allah...
Allah memberikan taufiq & hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. 
Mungkin hari ini, ada orang yang masih terleka dengan perhiasan dunia, tapi bila sedar, orang itu menjadi hamba Allah yang baik dan taat . 
Mungkin hari ini, ada orang yang cakap tak serupa bikin, misalannya update fb - salam dua rakaat, salam dhuha...tetapi hakikatnya orang itu tidak melakukannya pun...bila tersedar akan bermuhasabah diri dan menjadi muslim sejati.
Mungkin hari ini, orang yang terus melakukan kebaikan..semoga orang ini terus istiqamah dalam melakukan kebaikan dan mendapat redha Allah.

Allahuakbar,
Betapa Allah itu maha besar, maha pengampun dan maha penyayang. Allah tidak sekali-kali menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya. Begitulah kasih sayang Allah. Hidup ini bukan kita hendak mendongak langit. Sampai masa kita akan pergi jua. Sepanjang kita hidup, hendaklah kita beramal untuk membawa bekalan ke akhirat kelak. Setiap manusia tidak lah sesempurna mana. Setiap perlakukan kita, pasti ada salah silapnya. Andai kata kita tersilap, cepat-cepatlah kembali ke jalan Allah. Andai kata kita terleka, beristigfarlah dan melawan segala keburukan yang akan berlaku. Sesungguhnya, pilihan keimanan itu ada pada diri kita sendiri. Semoga kita terus bertakwa dan berpegang teguh dengan iman dan islam.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan. Jadikan kami hamba yang taat dan tetapkan iman kami. Kami mahu masuk ke syurgaMu Ya Allah. Bimbinglah kami, berilah kami petunjuk ke jalan kebenaran. Aamiin Ya Rabb

Sampai sini dulu, sayonara...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan