Isnin, 21 Mei 2018

Sambung belajar

Assalamualaikum semua..

Salam 6 ramadhan. Hampir seminggu dah kita berpuasa, betapa cepatnya masa berlalu. Hari demi hari melalui ramadhan kali ini tanpa suami di sisi. Moga rohnya tenang di sana. Semalam kecoh pasal keputusan kemasukan di UPU. Kali ni mama kena amek tahu sebab dak wany pun tergolong dalam kelompok yang nak tengok result UPU online. Amekkaw...dari dia nak keluar g shopping sampai tak jadi sbb nervous nak tengok keputusan...haha. Mama rileks2 aje sebab i pun pernah jadi student dulu kan..and now pun masih student lagi...hihi

Syukur alhamdulillah..tercalon jugak lah nama dak wany dlm calon kemasukan di Politeknik. Tahniah wany!! Langkahmu bermula di sini. 


Penempatan kat mana tu esok baru tahu. Course yang dia dapat ni adalah pilihan yang terakhir rasanya...haha. Nasiblah wany..dia teringin sangat nak dapat course Tourism Management tapi dah tak dapat kan...nak buat cmno lagi. Kalau nak boleh, tapi kena g swasta le...mahal pulak mama ko nak kena bayar nanti nak oiii. So decide utk terus terima offer kat Poli ni. Jangan banyak cekadak pulak ye...mama dulu belajar pun, bukan pilihan mama tapi sebab pakcik kata course tu peluang pekerjaan dia besar, mama teruskan aje.

Berbalik kepada sambung belajar ni, nak cerita sikit lah pengalaman mama dulu-dulu. Arwah suami lah orang yang beria-ia belikan borang, submit borang masa mama nak belajar dulu. Memang dialah pendorong utama mama masa tu. ecece..zaman berkenalan dulu-dulu. Then, once dah dapat result tu, mama ditempatkan di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Haaa..jauh kan main. Tapi sebab memang mama suka belajar, gigihlah mak & abah hantar masa tu. Kami naik bas je tau...nan ado kereta masa tu. Dalam masa yg sama, mama dapat offer ke Uitm Pahang tapi mama tolak sebab course yang dapat tu dalam bidang perkayuan, memang tak minat langsung lah kan. So better mama amek course electrical engineering.

2 tahun hidup di negeri orang. Masa ni taraf ekonomi tak lah seperti sekarang ni. Masa duk di Kelantan, mama leh dapat nasi kerabu letak ayam goreng dengan harga RM 1.90 ko...haaa, jauh bezanya dengan harga sekarang mau 3-4 kali ganda kot. Memang seronok duduk di Kelantan kerana harga makanan masih murah masa tu. Dan kenangan paling indah, bila arwah suami datang ke sana semata-mata nak jumpa mama...hehe. What a surprise !! Dapat jugaklah 2-3 orang kawan mama ikut sekali, kita ke PCB sesambil menikmati makanan sotong goreng tepung kat sana. 😊 Dan masa mama tamat pengajian, bakal mak & bapak mertua datang jemput ko..hehe. Terharu rasa. Sebab tu bila kita dikelilingi oleh orang yang baik-baik, keluarga yang baik-baik, maka baiklah kita 💘💖

oklah, sampai ketemu lagi di lain penulisan. Sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan