Rabu, 9 Mei 2018

PRU 14

Assalamualaikum semua..

PRU14 telah pun melabuhkan tirainya. Setelah pelbagai bentuk kontroversi yang tercetus, akhirnya Malaysia memilih PAKATAN HARAPAN untuk menerajui negara tanahair tercinta. Moga negara kita lebih aman sejahtera, rakyat yang bebilang kaum hidup dalam harmoni. 

Tazkirah pagi ini

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

TIADA YG KEKAL, KEKAL MILIK ALLAH

Tragedi kejatuhan Barisan Nasional pd pemilihan kali ini bukan setakat Hari Ini Dalam Sejarah tp ianya adalah sesuatu yg lebih dalam: tidak ada sesuatu pun di dunia ini kekal kecuali Allah. Sekadar membenarkan kisah2 dlm Alquran - firaun pun akhirnya jatuh. Ini satu hal yg perlu di ingat oleh kita semua. Ingatan kpd sesiapa yg berkuasa.

Akhir kalam, 
Tahniah pd PAS yg secara "solo" mempertahankan Kelantan dan menawan semula "Ganu kite". Semoga scenario baru dlm politik masa ini menjadikan Malaysia lebih maju dan matang bersama. 

Bertemu lagi, 5 tahun dari sekarang, yg pasti next election menjanjikan perubahan yg lebih hebat kerana dunia semakin tua. Lihatlah dari sudut al quran dan hadis pula. 

Selamat menikmati cuti, ibadah kekal utk diistiqamahkan..

Semoga bermanfaat..

Copy paste dari group sebelah

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan