Hari ni mama nak cite sikit pengalaman interview...tapi bukan mama lah yang kena interview. Anak mama, dak wany dapat panggilan temuduga di UITM Puncak Alam. Because of dia adalah anak pertama mama, banyak betul pengalaman yang mama dapat as a mother...hehe. Ok lah, berbalik pada tajuk entri kt atas ni, dak wany call mama kata dia dpt interview kt UITM Puncak Alam pada hari Sabtu 28/4...adududu. Banyak nya program mama hari tu. Tapi sebab anak kan, mama gagahkan jugaklah untuk arrange masa yang ada. Oh ye....kalau nak tahu dapat ke tak utk interview, boleh semak kt bawah ni...
Semakan panggilan temu duga permohonan UPUOnline bagi calon Lepasan SPM Sesi Akademik 2018/2019 boleh disemak mulai jam 12.00 tengahari, 23 April 2018 di URL seperti berikut:
1. UPSI : http://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/
2. UiTM : http://www.online.uitm.edu.my/
3. Politeknik Premier : http://www.politeknik.edu.my
4. UUM : http://www.uum.edu.my/kemasukan
5. UPNM : http://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga
Sumber : Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi
Bukan semua subjek yg di pohon ke IPTA akan ada interview ye...hanya subjek-subjek tertentu sahaja. Disebabkan dak wany memilih program Diploma Rekaan Dalaman, memang kena interview. Korang nak tahu tak, masa isi borang UPU Online tu kan...tak tengok pun program yang ditawarkan tu ada yang kena panggil interview. Ni kes main redah je isi online...hahaha. Dan banyak-banyak program yg di isi, semua program Diploma Pengurusan Pelancongan yang dipilih. hmmm...tak tau lah kan dapat ke tak apa yg di pilih tu nanti. Tunggu je lah tarikh 23/5 nanti keputusan penuh kemasukan UPU. Harap-harap dapatlah apa yang dihajati oleh dak Wany nanti. In Shaa Allah.
Jauh melencong pulak kan...hihihi. Sehari sebelum sesi temuduga tu, kat mane ntah dak wany dapat soalan bocor. Dorang kena lukis macam gambar kat bawah ni..

Amekkaw gambar...hahaha. Mama pun layan je lah dak wany ni kan. Malam tu praktis speaking pulak. Maklum lah kan...esok nanti dia tanya soalan, camno nak jawab..huhu. Habis semua blog orang dia google, nak baca pengalaman orang yg pernah interview ni. Macam-macam cerita dan macam-macam kisah. 😊
Proses isi borang & completekan dokumen yang diperlukan - mama suh dia isi borang sendiri & sediakan sendiri
Esok nya, seawal 8.00 pagi kami dah sampai. Dalam kereta, dak wany asyik tanya je...mama tahu ke tempatnya. Eh! Hello sikit ye..ni kawasan jajahan mama lah. Hahaha. Ini kali kami tak sesat pun, straight away sampai kat Fakulti Seni Bina. Semlm mama dah google dah jalan nak masuk kt sana. hehe
Aik, sempat lagi budak ni menulis...ntah apa yang tak siap tu...adoiii
Menunggu dan terus menunggu
Yes...akhirnya dapat no giliran...no. 30 - time ni mama kena tunggu 3 jam untuk settle ujian melukis dan interview. Ok lah, ni kira 3 jam pun sebab datang awal tau..kalau lewat sikit tu, ntah berapa jam nak tunggu. So moral of the story...sila lah datang awal huhu
Sesambil tunggu tu, mama & dak liyana isi perut dulu. lapar kot time ni
Gambar ni di ambil ada sebabnya. Sebabnya adalah...korang tengok lah barisan yang panjang kat belakang tu...semua tengah beratur nak beli makana. Mama pun nasib baiklah awal jugak kan...dah selamat makan pun. Tapi yang tak patutnya, ada 1 kedai je bukak time ni...dah kul 9 kot. Mana tak panjangnya beratur. Sempat lagi mama interview budak yang jaga makanan tu. Orang dah lah ramai, tapi dia sorang je buat keje..mana nak siapkan makanan lagi, nak jadi cashier lagi..kesian tau. Tapi kesian lagi orang yang beratur ni. Sepatutnya pihak UITM dah maklumkan kepada peniaga, bahawasanya hari ini ada sesi interview bagi pelajar baru. Patut semua stall tu kena bukak...barulah mak bapak ni ada pilihan nak makan apa. Lama kot kena tunggu anak nak siap interview...
Haaa...kan dah membebel hihi
Jenjalan melihat kawasan...
Peneman setia mama...
Dalam kul 11, dak wany call..katanya kejap lagi ada IV. Mama kata its ok, amek lah banyak mana masa pun...mama boleh tunggu. Tak sampai kul 11.15 am, dah siap interview. Kejap nya....
Dalam kereta :
Mama : Macamana interview?
Wany : Ok lah
Mama : Ok je..
Wany : Alaaa mama, dia tak tanya banyak pun...
Mama : Haa !!
Wany : Dia tengok resume wany, pastu dia tengok sijil kematian ayah. Pastu dia tanya..ayah awak dah meninggal dunia. Owh..masa awak ambil SPM ye...muda lagi ayah awak ni...sakit apa..wany jawablah sakit jantung. Eh, kat Johor? Owh..sebab bapa saya outstation kat sana. Saya tinggal di Klang. hmmm...ok lah dah abis.. Haa!! betul ke tuan. A ah...dah abis, tak boleh lama-lama, ada dekat 500 orang nak kena interview ni...hehe. ooo yeke, terima kasih, terima kasih
Mama : ok lah tu, wany tak kena tanya banyak
Wany : ye lah, tapi kurang lah cabaran mama, wany tengok orang lain siap speaking lagi, pastu lama nak kena jawab
Mama : tak pe lah...dah selesai pun, kalau ada rezeki, ada lah, in shaa Allah
End.
Kesimpulan yang mama dapat, bila dapat temuduga ni, banyakkan berdoa agar kita dapat penemuduga yang sempoi & tak tanya banyak soalan...haha. Semuanya kira nasib lah kan. Sekali ko dapat interviewer yang banyak tanya, abis lah ko nak...
Sampai cn lah dulu...jumpa lagi, sayonara !!
Assalamualaikum boleh tahu tak ,masuk sorang sorang ke or masuk sekali 5 6 orang
BalasPadam