Gambar kredit to google
Syukur kepada Allah kerana kita semua telah diketemukan semula dengan ramadhan al mubarak. Dah masuk tahun ke 1439 Hijrah, semoga diri kita membawa kepada penghijrahan mencari redha Allah...mencari syurga Allah yang kekal abadi. Hidup ini hanyalah persinggahan. Jalanilah kehidupan dengan sebaik-baiknya. Sucikan hati, ikhlaskan diri dalam membuat kerja harian kita.
Gambar kredit to google
Buat pertama kalinya, ramadhan kali ini disambut tanpa suami tercinta. Betapa malam tadi terasa sayunya hati kerana sebelum-sebelum ni, mama akan ke masjid bersama suami untuk menunaikan solat terawih. Tetapi malam tadi, hanya berseorangan. Anak-anak dah pergi dengan kawan-kawannya di surau. Bila anak-anak dah besar, dah tak mahu ikut mamanya. Tak pe lah nak, asalkan kamu mahu ke surau, itu dah lebih dari cukup mama rasa. Kalian perlu tahu suasana malam terawih. Betapa indahnya jika kita menghayati, ibadah itu sampai ke lubuk hati. Allahuakbar
Mendengar bacaan ayat suci al-quran, terasa air mata ini mahu mengalir tapi ku tahan jua. Ada sendu di hati, sepertinya perasaan yang tidak dapat digambarkan. Sedih pulak kita...
Ok lah, dikesempatan ini mama ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di dunia ini. Ramadhan tiba lagi..membawa seribu kemaafan, ketenangan, keajaiban yang hanya diperolehi oleh setiap makhluk di muka bumi ini. Semoga segala amalan kita, berbuatan kita, percakapn kita di lindungi Allah SWT. Betapa kasih Nya Allah kepada kita. Alhamdulillah.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan