Rabu, 2 Mei 2018

Birthdaynya jatuh pada Hari Pekerja !!

Assalamualaikum semua.

Lamanya mama ayu tak bersiaran. Ini semua sebab faktor-faktor kebizian yang terlampau sangat & penyakit M yang melanda...MALAS hahaha

Sebenarnya ada je benda nak cerita tapi sebab faktor kat atas ni...hari ni mama amek mood jugak nak update blog, kang bersawang pulak jadinya...Dikesempatan ini, mama mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua dan SELAMAT BERCUTI kepada anak-anak. Disebabkan jugak hari ini, 1 Mei merupakan hari lahir dak wany, mama ucapkan
"Selamat Hari Lahir Nursyazwany Binti Syahrul Azwan...mama doakan wany berjaya di dunia & akhirat, selamat mengejar cita-cita." Diam tak diam dah 18 tahun dah anak mama ni. Walaupun ayah tiada di sisi, mama akan cuba yang terbaik untuk mendidik kalian, anak-anak mama semua. Doa mama sentiasa mengiringi kalian dalam hidupku.

Oleh kerana hari ini, hari jadinya...mama ikutkan aje lah apa yang dia mintak. Bukan selalu kan...so ke Seoul Garden lah kami tuju. Kali ini mama bawak anak-anak ke tempat yang tak pernah dorang pergi. Dekat je pun...makan kat Paradigma Mall PJ. Moh le layan gambar..


Kek ni harga dia RM10 jek, kalau tak harga dia RM30 ....memang sedap. Kalau tempah awal, dapatlah free sebab Seoul Garden tengah buat promosi. Dan sebab hari ini hari jadi wany, dia dapat makan free lah ari ni - khas untuk birthday celebration. Siap orang SG tu nyanyikan lagu utk wany...hehe


Potong kek....tak habis pun keknya sbb dah kenyang sangat...sib baik boleh tapau



Me & anak manja kededek 😃


Birthday girl


3 teruna....yang sorang dah boleh imam kan mama. Alhamdulillah. Tunggu dak kembar pulak.

Ya Allah Ya Tuhanku
Jadikan anak-anakku penyejuk mata dan hati
Kau tetapkan iman di hati meraka
Berikan mereka petunjuk ke jalan yang diredhaiMU
Lindungilah anak-anakku
Sayangi mereka dan Kau kasihilah mereka
Mereka anak-anak yang dahagakan perhatianMu 
Yang dahagakan Kasih SayangMU
Ya Allah
Hanya kepadaMu aku bergantung harap
Jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku
Golongan yang tetap mendirikan solat
Ya Allah
Perkenankanlah permintaan hamba Mu ini
Aaminn...Ya Raab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan