Selamat balik kampung kepada semua pengundi luar esok. Yang mana dekat-dekat ni, bekerjalah kita sekuatnya eh. Pasal mengundi ni mama tak nak lah komen ape-ape, sebab undi itu adalah rahsia....haha
Ok lah, hari ni tak nak cita panjang lebar. Kita bagi tengok gambar je.
Konvoi ramai-ramai. Jumpa di R&R Rawang kul 8.30...kul 9.15 sampai The Nahara, Kalumpang. Kat sini ada bayaran masuk ye...Dewasa RM 8, Kanak-kanak RM 5
Beratur 10 biji kereta...nanti nak balik senang. Owh ye, kalau nak g sini kena awal pagi lah ye sebabnya nanti senang nak parking sebab jalan masuk kt sini sempit sikit.
Aktiviti gotong royong untuk persiapan fd. Alhamdulillah, berkat kerjasama daripada semua pihak, acara berjalan dengan lancarnya.
Banner fd
Pemasangan khemah. Ni dorang bawak sendiri jek. Mama nan ado khemah, duk kt gazebo je lah. Gazebo ni kena sewa awal ye...byran RM 60 sewa utk 1 hari. Tempat bbq pun kena sewa jugak tapi jumlah tu dh masuk sekali lah. Cuma korang kena sediakan arang sendiri.
Bertungkus lumus menyusun juadah untuk sarapan. Kita buat style potluck, each family bawak sikit-sikit. Amek kaw...banyak nya makanan tersedia 😤
Sewa dua gazebo sebab keluarga besar..
Sampai-sampai je kita sarap dulu...isi perut yg dah berkeroncong
Pas sarapan, amek gambar ramai-ramai dulu sebab kalau sebelum balik baru nak amek, alamatnya memang susah lah nk kumpul macam ni..
Acara padang pulak
First acara untuk kanak2 bawah 6 tahun...rebut gula-gula
2nd acara, masukkan air dlm botol
3rd - bawa bola ping pong dalam sudu
4th - pass air atas kepala - acara ni ramai yang aci ngelat tau...mak pak yang lebih2 haha
Acara penyampaian hadiah sebelum anak-anak terjun mandi dalam sungai
Mandi manda
BBQ time..
Pandai bebudak ni cari makanan. Naik turun naik turun dorg masuk sungai & makan
Yeay...mama dpt no 2 acara bowling buah kelapa
Pemenang hadiah teka-teka...haha
Kenangan sebelum balik
Overall untuk fd kali ni memang best lah. Kami pergi balik hari je...bertolak dari Klang kul 730. Kul 810 dah sampai R&R Rawang. Kul 830 convoi ramai-ramai ke The Nahara Kalumpang...kul 915 sampai. Selesai dalam kul 3 petang...masing-masing nak bertolak balik ke destinasi. Syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar & dapatlah kenal dengan isteri-isteri kawan2 seopis. Dan yang paling penting, anak-anak happy dapat mandi sungai & dapat kawan-kawan baru.
Jumpa lagi...sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan