Ahad, 6 Januari 2019

Program Santai Ibadah Remaja dan Anak Yatim @ KLCC Janda Baik

Assalamualaikum semua,


Selamat berhujung minggu di tahun baru 2019. Minggu pertama dan ramai nampaknya rakan-rakan taulan yang birthdaynya jatuh pada hari ini. Happy Birthday...semoga impian korang pada tahun ini terlaksana.

Cerita trowbek lagi...kali ini mama ayu mengikuti Program Santai Ibadah Remaja dan Anak Yatim anjuran Pemuda Masjid Kiyai Haji Abdullah Umar Bt 4 Klang. Ini merupakan kami pertama mama and anak-anak mengikuti program seumpama ini. Kalau ikutkan ada je program Bersama anak-anak Yatim setiap tahun tapi dah mama pun ahli baru lagi kan, merasa lah pergi bersama anak-anak. Lagi pun, orang Masjid kata inilah kali pertama mak-mak dapat join sekali sebab kena tolong memasak + masa cuti tak ramai AJK yang dapat hadir.


Seawal pukul 8.00 pagi dah berkumpul. Pukul 830 pagi dah gerak menaiki bas ke KLcc Janda Baik, Pahang

Merasalah mama dah tua-tua ni naik bas pergi rombongan...lama jugak rasanya tak naik bas. Pukul 11.00 pagi kami dah sampai ke destinasi


Mendengar taklimat sebelum diberikan kunci bilik untuk meletak pakaian dan lain-lain

Rumah penginapan..yang atas tu untuk anak-anak lelaki, belah bawah sebelah kanan tu untuk anak-anak perempuan dan belah kiri tu bilik mak-mak

Tempat makan dan penyediaan makanan

Gazebo untuk disewa. Ada lima kesemuanya di kawasan ini dan disediakan sekali tempat untuk berbabeque. Sewa dia berapa RM mama tak tahulah berapa, korang kena tanya sendiri jika berminat. Tapi kawasan ini adalah kawasan berpagar jadi...selamat sikit lah rasanya.

Ruang musollah rasanya. Sebab ada tirai tu kan. Di sini disedikan jugak bilik mandi.

Rumah untuk AJK2 yang hadir



Aktiviti anak-anak

Mak-mak tengah sibuk di dapur menyediakan bahan untuk bbq malam nanti. Mama mana mama? Haaaa...mama masa ni kat dalam bilik tengah rehat-rehat 😄









Aktiviti belah malam pulak, lepas tu makan malam. Frust sikit mama sebab tak teringat pun nak ambil gambar masa time makan tu. Kat sini dorang buat konsep makan dalam talam/dulang. Satu dulang tu share lah 4-5 orang gitew. Haaa...merasalah dak kembar tu makan dalam talam. hihihi. Dak imin tu jenis penggeli sikit, pandai-pandai lah duhai anak nak isi perut macamana.😆😅





Aktiviti pagi, senamrobik dan memanah



Mandi sungai sebelum berangkat pulang. Semalam petang dorang dapat mandi sekejap je sebab petang hujan. Hari ni dapatlah sambung mandi cumanya disebabkan hari ini adalah cuti umum Krismas...maka ramailah pengunjung mengunjungi tempat ini. Bersusun kereta kat depan gazebo tu..


Bergambar sebelum pulang. Alhamdulillah, selesai sudah program dua hari ini. Semoga mendapat manfaat buat anak-anak.

Ya Allah, jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku dalam golongan yang mendirikan solat, perkenankan permintaanku ini. Aamiin.

Semoga kita semua tergolong dalam kumpulan muslimat/muslimin sejati dan semoga Allah memberikan kita hati yang ikhlas dan suci dalam mengerjakan amal kebajikan.

Sekian, jumpa lagi...sayonara !!



Jumaat, 4 Januari 2019

Makan-makan di K Fry Urban Korean @ Batu Pahat

Assalamualaikum semua..


Kita sambung kisah semalam. Hari kedua di JB, pagi tu selepas sarapan, mama dan yan pun gerak ke Fakulti Azman Hashim International School (dulu dikenali sebagai Fakulti Pengurusan). Pukul 8.15 pagi dah ada kat sana almaklumlah dah siap sedia untuk melakukan pembentangan. Tapi kali ni mama nak cerita pulak pengalaman kami sewaktu pulang. Haa...pukul 130 petang kami check out. Ni sebab nak tunggu Yan present, turn dia no. 4 so mama tunggu je lah sambil borak-borak ngan kawan-kawan lain. On the way balik tu, nak makan K Fry, yang ada hanya di JB dan Batu Pahat. So kami decide ke Batu Pahat sebab dah memang ikut jalan balik. Menuju ke destinasi ingatkan dekat je, rupanya...haaaa 1 jam lebih jugak nak sampai. huhu. Pukul 330 petang kami pun tiba di lokasi. Perut pun dah berkeroncong, jom le kita makan.


Macam biasa, muka happy sebab nak makan hahaha


Sesambil menunggu makan sampai tu, kita buat wefie


Seronok muka masing-masing sebab dah lepas hazab...kahkah

Ni apa ke nama nya, tapi ada nasi, seewed, sayuran, ikan bilis etc. Pekerja kat K fry ni akan gaulkan semua ni dan akan gumpal menjadi bebola nasi....sedap jugak tau ni



Makanan pilihan kami hari tu...total semua bawah RM150


Bingsoo Manggo...masa ni kami buat kejutan sempena Birthday Yan..tapi mama tak tahu lah pulak rupanya Anip pun lahir bulan 12 jugak...berkongsi zodiak yang sama deme ni...haha. Nampaknya kejutan itu menjadi walaupun Anip lupa nak ambil video

Perut dah kenyang...boleh senyum lebor

Dah sampai Korea dah kita...eh

Tiga mak dara pingitan...hihihi

Selepas makan, dalam pukul 430 petang tu kami gerak balik. Singgah sebentar di surau di kawasan kampung yang terletak di daerah Batu Pahat untuk solat Zohor dan Asar. Sepanjang perjalanan tu, banyak jugak kereta tetapi still ok lah, tak jem pun. Singgah di Nilai untuk topup TnG dan solat Maghrib dan Isyak. Hantar Yan, Farah dan Anip...dalam pukul 930 malam, mama pun sampai lah di Klang. Walaupun ada beberapa perkara yang berlaku semasa perjalanan, alhamdulillah...semua berjalan dengan lancarnya. Terima kasih kepada adik-adik yang menemani hakak-hakak ke JB. Moment ini memang indah untuk di kenang. Ntah bila pulak dapat merasa lagi. Korang memang terbaik lah…





Sampai sini dulu, jumpa lagi. Sayonara !!

Khamis, 3 Januari 2019

Makan tengahari di Restoran Nasi Kambing 40 hari

Assalamualaikum semua..

Bila ko nak menulis jadikan draft, sekali semua tulisan itu hilang...huaaaa rasa nak nangis bila kena type balik.

Tapi disebabkan kenangan itu untuk dikenang, mama tulis lah lagi sekali walaupun presentationnya tak sama macam yang asal. 😐

Trowbek kisah viva kami @ UTM JB. 18/12/2018. Seawal pagi pukul 8.00 pagi mama dah keluar rumah. Sebelum ambil Azean di Bukit Subang, mama singgah sekolah dak kembar dulu sebab nak buat pertukaran sekolah. Dorang dapat masuk asrama Peyakin Klang dan mama perlu uruskan pemindahan sekolah mereka. Pergi pejabat sekolah, pegawai yang nak cop surat tu tak datang lagi, so mama tinggalkan dulu borang. Hari Khamis baru ambil balik. Ingatkan dah lambat, terus shoot ke Bukit Subang, sebelum tu siap-siap isi minyak dan topup touch & go. Pas ambil Yan, ambil Farah dan ambil Anip di Ibusawat LTS, Subang. Perut dah lapar sebab tunggu Anip lama sangat. Hampir 40 minit menunggu, sampai je ajak pergi minum dulu, hakak-hakak dah lapar. Pekena roti canai yang sangat lah gebu dan lembut. Sedap eh...macam nak makan dua keping jek..haha

Perjalanan ke JB mengambil masa dalam 4 jam gitew. Ye ke? Kami singgah di Restoran Nasi Kambing 40 Hari di Yong Peng, Johor. Exit tol Air Hitam, restoran ni dari tepi highway dah nampak dah cuma nak masuk ke dalam tu ambil masa dalam 10 minit jugak. Fisrt time nak makan kat sini. Sebelum ni, arwah suami duk cerita je dia makan nasi kambing power kat sini. Nak bawa kami sekeluarga tapi tak berkesempatan.😭

Jom lah layan gambar..


Muka happy nak makan nasi kambing yang viral tu..



Amekkaw...beratur panjang, padahal waktu ni dah pukul 230 petang okey


Akhirnya….set nasi ni hanya RM13 sahaja


Makanan kami berempat. Kalau kita pergi satu keluarga, boleh lah makan dalam dulang/talam. Harga satu dulang RM 48 jek. Murah kan....dan kalau makan ramai-ramai tu boleh ambil 1 jug air, baru RM 12. lebih jimat ambil 1 jug air daripada beli asing-asing.

Oh ye....restoran ni buka daripada pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang ye...jangan pulak korang sampai kul 4.00, kang kedai dah tutup, melepas pulak nak makan Nasi kambing 40 hari...muahaha

Sebelum keluar ke highway balik, singgah sekejap di Air Hitam. Banyak barang perkahwinan dan kraftangan di jual di sini. Syurga membeli belah bagi bakal pengantin. yang tak pengantin pun boleh je beli...kahkahkah


Sampai dah ke destinasi dalam pukul 530 petang


Check in di Schoolar Inn UTM JB. Kami ambil deluxe room apartment. Harga RM 160/malam. Ada dua bilik tidur, ruang tamu, dapur, balkoni. Sangat-sangat selesa.


View dari balkoni tingkat 7. Rehatkan badan dulu. Pas maghrib kita keluar makan.


Makan malam kat area Taman Universiti. Tak ingat pulak nama kedainya. Roti tu kan, cara makan dia kena cicah dengan kuah ikan tu ye. Roti tu sangatlah lembut tapi sebab kami dah kenyang, tak habis makan pun. Ni sebab kami dah melantak sotong kangkong, sampai ada yang makan nasi pun tak habis 😅

Sampai sini dulu...tunggu episod dua pulak perjalanan viva kami @ JB.

Jumpa lagi, sayonara !!