Khamis, 14 Mac 2019

Buatlah apa yang Allah suka

Assalamualaikum semua..

Selamat pagi di hari Jumaat yang indah. Jangan lupa submit doa banyak-banyak terutama sekali masa bawak kereta. Bagi mama lah kan...kalau bawak kete ni ibaratnya macam pergi berjuang, antara hidup dan mati….eh?. Ye lah kan, kat tengah-tengah jalan raya tu, kalau bukan salah kita, salah orang lain pulak kan yang boleh menyebabkab accident ke, terbabas ke..nauzubillah, moga dijauhkan dari sebarang musibah.

Ok lah, berbalik pada konsep rezeki pulak. Kelmarin masa my birthday, mama belanja mak, adik dan anak buah makan sushi. Esoknya dah mendarat duit claim LHDN bagi tahun 2018. 😃 Allah bayar cash 10x ganda tau dengan apa yang mama dah belanjakan. Yang penting, niat kita yang paling utama tanpa mengharapkan balasan. Dan yang paling penting adalah KEIKHLASAN serta mendapat redha Allah. Mama tak boleh lupa satu ungkapan yang diberi oleh ustaz masa tengok tv ari tu...

"Buatlah apa yang Allah suka, bukan apa yang kita suka"

Bila dengar je ucapan ustaz tu, membuatkan mama tersedar. Allahu, betapa besar dan kasih sayangnya Allah pada kita sesama manusia. 

Bila Allah suka kita berbuat kebaikan, maka berbuatlah baik sesama kita

Bila Allah suka kita berdoa, maka hendaklah kita mendoakan untuk diri kita, keluarga kita, rakan-rakan kita, jiran tetangga kita dan umat muslimin dan muslimat di dunia ini

Bila Allah suka kita tersenyum, maka berikan lah senyuman yang paling manis buat mereka yang bertembung dengan kita (bukankah senyuman itu satu sedekah yang percuma, tak perlu keluar modal pun 😎)

Bila Allah suka kita berkasih sayang, maka berilah kasih sayang itu dengan rasa yang sampai ke hati

Bila Allah suka kita bersedekah, maka berilah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan

Bila Allah suka kita kemas dan cantik, maka jagalah keperibadian diri kita agar sentiasa kelihatan rapi dan menawan

Bila Allah suka kita hormat menghormati, maka hendaklah kita menjaga adab dan percakapan kita

Bila Allah suka kita bersangka baik, janganlah pulak kita mengutuk atau mengeji orang lain kerana ia adalah sikap yang tercela

Apapun yang kita buat, apapun yang kita lakukan, hanyalah kerana Allah SWT. Jangan mengharap kepada manusia, kerana tiada yang kekal abadi di dunia ini. Semoga kita semua terpelihara dengan kasih sayang dan rahmat dari Nya.

Jumpa lagi, sayonara !!


Rabu, 13 Mac 2019

13/3 - Its my birthday

Assalamualaikum semua..

Keep calm because its my birthday...muahaha. 💞💝

Lukisan dari dak bongsu liyana...kesian dia tak dapat ikut mama sebab sekolah. Sampai jatuh-jatuh lah dia lukis ni 👀


Tiada kata seindah bahasa. Mama nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mak, anak-anak, adik beradik, ipa duai, rakan-rakan sekerja, dan rakan-rakan fb. Terharu beb, banyak betul ucapan Selamat Hari Lahir dan ucapan doa dari kalian semua. Dan semestinya yang paling berharga adalah ucapan dari mak yang mendoakan anakmu ini. Syukur alhamdulillah dikelilingi oleh ahli keluarga, teman, sahabat dan rakan-rakan yang sporting dan memahami diri ini. Terima kasih atas kiriman doa dan ucapan kalian semua. Mama juga doakan semoga kita semua berbahagia selalu dan di dalam lindungan rahmat Allah.

Seperti biasa, time birthday mama akan cuti...hehe. Saje je amek cuti sebab nak pergi rumah mak. Lepak-lepak kejap, makan-makan. Dan yang paling utama nak salam mak sebab nak minta mak doakan anak mak ini sentiasa dalam peliharaan Allah SWT, dilimpahi rezeki, tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang. 😄

ok, semalam telah pun berlalu. Menganjak ke umur 41 tahun dah mama. Sweet 40 gitew haha. Semalam jugak jenjalan ke Mid Valley, nak bagi mak rasa masakan jepun pulak. jom lah layan gambar yang tak seberapa ni.

Masa makan tu.. mak tanya, dari mana belajar makan benda ni semua...haha. Alamak, camne tu. With kawan-kawan lah mak. Hmmm...itu lah mak mama. Seorang mak yang memang jarang nak keluar berjalan-jalan. Kehidupannya banyak dihabiskan dengan membuat kuih, duduk rumah, balik kampung. Nak jalan-jalan ni memang payah sikit + kena ada anak-anak yang nak bawak, baru lah mak nak berjalan.

My anak-anak buah. Sebab dorang dah makan so dorang makan aiskrim je and sushi sepinggan. Nak gelak mama bila dorang kata kita makan kat kedai tulang ikan...eh! 😂😂

Mama tak makan nasi pun...dah kata nak makan sushi kan, so kita ambik yang kita suka je..

Kat concourse area tu ada event tealive. Dak wany ni kalau dia tahu mesti dia suka punya. Haa...kat event ni dia tak jual air yang ada booth-booth tealive ye...semuanya special edition punya version. So kita rasalah 1...share-share je sebab dah kenyang.

Layankan kejap anak-anak buat main bola. Seronok betul dorang ni.

Haaa...nak tahu tak. Sebaik keluar je dari Sushi King tu kan, mak mama terus beli jagung kat Nelson. Tekak tak sedap katanya sebab minum air green tea. 😅😇
Ini first and last lah bawak mak makan kat sini. Lain kali bawak mak makan kat Seoul Garden sebab yang tu je tempat yang mak paling suka makan.

Jumpa lagi, sayonara!!

Ahad, 10 Mac 2019

Sambung Belajar?

Assalamualaikum semua..

Rasa-rasa kalau mama sambung master ok tak? hahaha. Boring pulak hujung minggu tak ada aktiviti. Sebenarnya bukanlah tak ada aktiviti langsung tapi sebab rasa sunyi yang kian melanda. Rasanya dah boleh kot mama menyibukkan diri dengan kelas hujung minggu?

Masih berfikir lagi ni, moga Allah memberi jalan keluar yang sebaiknya.

Jumpa lagi, sayonara !!