Rabu, 13 November 2019

Mood Cuti ON

Assalamualaikum semua..


Sebelum cuti kita habiskan kerja-kerja yang ada. Nak kata unplanned cuti pun tak jugak tapi sebab dah janji ngan adik kat Sarawak nak datang rumah dia...so mama gigihlah juga cari tiket flight murah...haha. Sebenarnya dah janji dari tahun lepas lagi tapi tak kesempatan, bizi je memanjang...tahun ni baru ada ruang. Cumanya kali ini mama tak bawak semua anak-anak pergi, hanya yang ggirl sahaja. Anak bujang tinggal kat rumah je...huhu.

Maka hari ini, opkos lah kena settlekan keje kan..walaupun keje ko tak kan habis punya...huhu. Hujung tahun memang banyak keje kot cuma kalua fikir soal keje memang tak kan ada kesudahannya so kita tengok lah cuti ni tenang ke tidak haha 😂😂


Gambar kredit to google



Mudah-mudahan perjalanan hidup kita semua dipermudahkan Allah SWT. Semoga kita semua di berjaya di dunia dan akhirat.

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 6 November 2019

Mencari Sahabat

Assalamualaikum semua..

Bila mood menulis datang...hari-hari lah boleh update blog, haha.

Kejadian tengahari tadi, makan di Black Canyon I City Central, Shah Alam

My best friends ever


Seperti biasa acara bulanan kami. Berjumpa dan makan.😆😋 Walaupun berlainan unit dan tempat, we still can make time to meet. Orang kata, kalau dah serasi lautan api pun sanggup ku redah...hihi.

Ok, bukan mudah ko nak mencari sahabat sejati. Sahabat yang boleh menerima ko seadanya. Walaupun aku yang paling tua kt situ...eh! Tapi bila bersama mereka, i'm happyyyy. Dan apa yang paling aku suka, bila kami bercerita, kami selalu menerima sesuatu perkara itu secara positif. Tidak kira lah soal apa pun, especially kalau soal perasaan? Yes, sometimes we need someone to talk to & aku mempercayai mereka. Tapi kadang-kadang tu kena bahan jugaklah….hahaha.

Korang kalau dah jumpa sahabat sejati, pegang dorang erat-erat….jangan sesekali menyakiti hati mereka. Aku sebagai kakak mendoakan adik-adikku ini diberikan kehidupan yang mawaddah dan sakinah, dilimpahi rezeki dan berbahagia disamping keluarga mereka. Aamiin.

Jumpa lagi, sayonara !! 

Selasa, 5 November 2019

Tegur Menegur

Assalamualaikum semua..


Gambar kredit to fb



Kehidupan kita ini tidak lari dari melakukan kesilapan. Ada masa kesilapan yang kita lakukan tanpa sedar atau tidak, ia tetap merupakan satu kesilapan yang telah berlaku. Andai itu berlaku, bersegeralah kita memohon kemaafan dari Allah SWT dan orang yang telah kita sakiti. Tetapi andai kata kita pula yang disakiti, kita maafkanlah setiap perbuatan yang telah mereka lakukan kepada kita.

Disebabkan kita insan kerdil, yang tidak berdaya, bila kesilapan itu berlaku, Allah hadirkan seseorang untuk menegur kita. Tidak kira lah yang menegur itu muda atau tua, ia hadir pasti ada sebabnya. Manusia ni, terkadang alpa dengan hasutan dunia. Tanpa sedar, kita tidak tahu apa yang telah kita lakukan. Mungkin bagi kita setiap perbuatan yang telah kita lakukan itu BAIK tetapi kemungkinan bagi pihak yang lain, kita telah menyakiti perasaan mereka. Bila ia melibatkan soal hati, memang sukar untuk kita mengetahui niat atau perasaan seseorang.

Apa yang aku tahu, hati manusia ini berbolak balik. Ada kala apa yang ingin kita katakan, tidak seperti apa yang kita buat. Begitu juga dengan perbuatan dan percakapan kita, tidak seiring dengan tindakan yang kita lakukan. Oleh itu, apa pun yang mendatang, kita hendaklah menerima dengan hati yang terbuka. Bila kita redha akan sesuatu, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Percaya pada Allah SWT. Sesungguhnya, Dia Maha Besar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Jangan malu bila kita ditegur samada secara direct atau indirect. Ada sebabnya semua yang terjadi supaya kita tidak berasa terlalu malu dengan teguran yang diberi. Sama-samalah kita bermuhasabah diri agar menjadi insan yang terPUJI. Baik akhlak dan tingkah laku.

Sampai sini coretanku. Jumpa lagi, sayonara !!