Ahad, 1 Januari 2023

Semuanya Kepunyaan Allah...

 Assalamualaikum semua...

Lama nau tak menulis, idea pun tak berapa nak ada tapi bila tengah lapang ni, jari jemari elok je nak menaip cerita.

 


News feed ni tetiba lalu di wall masa scroll fb...ha amek kau...ayat dia tu menarik perhatian aku. Benda yang berlaku pada diriku di saat dulu dan sekarang...tapi aku lebih sukakan ayat yang kat bawah tu, ibaratnya "buat baik berpada-pada" 😇. Kebanyakan orang sekarang hanya menggunakan orang lain di saat susah, di saat memerlukan pertolongan tetapi bila kita dah tolong, sunyi sepi pulak...hahaha, nasib2x. Betullah orang kata, yang meminjam buat lek je, yang kasi pinjam ni bersusah payah nak dapatkan duet dorang tak tahu.

Aku rasa semua sedar, memang duet yang kita dapat, bukan semua hak kita. Ada bahagian untuk ibu bapa, ada bahagian untuk anak-anak, ada bahagian untuk keluarga dan untuk yang lain-lain. Andai kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan, pasti Allah beri kecukupan dalam urusan harian kita. Bagi aku sendiri, andainya tiada orang lain yang datang dalam kehidupan familyku, pasti aku dah bersenang lenang. Tapi Allah tak mendatangkan ujian hidup yang tidak bersesuian dengan kesanggupan kita. Allah uji sebab Allah sayang, Allah uji sebab kita mampu atas setiap ujian yang diberikan. Cara dan bagaimana kita mengatasinya, mengikut pedoman dan pegangan masing-masing. 

Allah is the Best Planner. Dia yang merancang dan Dia yang menentukan. Kita percaya pada Qada' dan Qadar. Doa adalah senjata bagi golongan mukmin, maka berdoalah dan setiap dari doa kita, Allah mendengarnya. Kabul atau tidak adalah rahsia Allah. Andai kita dekat padaNya, kita akan tahu dan kita dapat rasakan bilamana satu-satu doa yang kita mohon dimakbulkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ramai manusia yang baik tetapi nak dapatkan hati yang bersih suci tu mungkin satu dalam 10. Circle aku tak besar, jadi aku ambil 10 je...hehehe. Tapi aku tahu, bff aku tetap yang terbaik dikalangan kawan-kawan yang mendampingi. Mereka adalah sahabat dan teman. Aku salute dengan persahabatan ini. Semoga kita menjadi sahabat di dunia dan akhirat. Aku doakan kalian berbahagia selalu, dilimpahi rezeki, dapat kita bersama2 walaupun sebulan sekali kita berjumpa atau terkadang quarterly baru dapat bersua, tapi ikatan persahabatan itu tetap utuh selamanya. 💙

Untuk anak-anakku, mama doakan semoga kalian sentiasa berada di bawah Rahmat Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki yang berkah, hidup diberkati dan semoga kalian mendapat jodoh yang baik jua. Moga anak-anakku berbahagia disamping insan2 yang tersayang dimasa kini dan akan datang.

Buat mak, moga mak tabah atas pemergian abah. Perjalanan masih panjang, mak tunggu cucu-cucu mak menikah ye. Angah perlukan mak di sisi. Abah pergi secara mengejut tetapi pemergian abah sangat mudah. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan kami adik beradik dalam pengebumian abah kami yang tersayang. Ramainya yang sayang kat abah. Walaupun tiada air mata ini yang jatuh di hari kematian abah, tetapi setelah semuanya selesai...ia tidak dapat dibendung lagi. Teringat angah diwaktu angah tengah drive seminggu lepas abah pergi, sepanjang jalan air mata ini tidak henti mengalir. Ada kerinduan yang tidak terucapkan.😭 Angah mampu doakan semoga abah tenang di sana, alam yang kekal abadi. Angah akan selalu doakan untuk abah sebagaimana doa yang ada semasa abah masih hidup. Jumpa di syurga nanti abah.

Sampai sini saja coretan buat hari ini. emosi pulak pagi-pagi ni.

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 26 Oktober 2022

Holiday 3D2N @ Terengganu

 Assalamualaikum semua.

Selamat bercuti kepada semua dan untuk kaum India especially kawan-kawan dari SM Vivekananda Brickfields, mama ucapkan Selamat Hari Deepavali. Cuti kali ni, mama dah plan dengan anak sulong tu nak jalan-jalan ke Pantai Timur, so lets ke Terengganu lah anak-anak. Mama teringin nak ke Kelantan sebenarnya melawat kawan-kawan yang telah berhijrah di sana tetapi, next plan lah..😄

Jom lah layan gambar...

Day 1 ~

Shopping @ Pasar Payang dan Lepak @ Dawn Bridge KT

Check in Homestay Kakton Kuala Terengganu 







Day 2 - Pulau Kapas (ambil full pakej dengan Kapas Marine Boat Service)

~ Hiking ke Bukit Singa
~ Snorkeling
~ Boat tour ( x boleh nak buat sebab cuaca tak mengizinkan - ombak dan angin kuat )
~ Check in Aqil Beach House - yang ni best sebab pantai dia kt belakang hotel ni, jalan kaki je dan private beach (tak ramai orang - full of ketenangan beb)
~ Makan celup tepung @ Kerow Saga Ikan Bakar




















Day 3
~ Makan Nasi Dagang 30 hari
~ Beli kopok lekor ( sebelah Aqil Beach House ni ada gerai jual kopok lekor, beli kat situ je..jalan kaki pun boleh
~ On the way balik, kami ikut Kemaman...singgah makan di Warung Aziz Satar, Kemaman - masa ni tak ambil gambar sebab masing2 dah tak sabar nak makan. Variety makanan dia sangatlah banyak, kat sini pun boleh dapat celup tepung, satar dan keropok lekor dia pun sedap sangat.
~ Exit Kuantan terus pulang ke rumah. 😴




Anak-anak ada jugak beli souvenier untuk kawan-kawan dorang...mama tak ambil gambar pulak. Begitulah percutian family kami. Tahun depan plan ke tempat lain pulak. In shaa Allah.

Jumpa lagi, sayonara !!

Ujian Anak

 Assalamualaikum semua...

Lama tak menulis kan....bizi nau mama pun. Banyak sangat perkara yang mama lalui lately ni...terutama yang melibatkan hal anak-anak. Sapa kata hidup ini mudah...setiap orang ada ujian yang Allah titipkan. Terpulang pada kita bagaimana cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Terasa akhir tahun ni, banyak betul dugaan mama terhadap anak-anak yang menuntut kesabaran yang amat tinggi. Terkadang perbalahan adik beradik boleh menyebabkan banyak insiden, daripada gurauan menjadi amukan. Memang betullah hidup ini memerlukan terapi minda, kesabaran dan cara-cara menangani stress. Mama ceritalah sikit apa yang berlaku untuk kenangan akan datang...

Insiden 1 - Perebutan Motor

Bila mana ko ada 3 orang anak bujang dan hanya ada 2 motor sahaja tetapi yang menjadi tragisnya bila tak nak berkongsi...mengakibatkan pergaduhan sebab yang sorang pergi sekolah tak tunggu adiknya dan buat macam hak sendiri, yang adik pulak tidak puas hati sebab abang dia conquer motor tu sorang-sorang padahal sepatutnya mereka berkongsi. Akibat tidak puas hati, mama masuk campur...kakak dan abang pun masuk campur...berlawan mulut/kaki/tangan jawabnya.

Insiden 2 - Patah Jari

Kesan dari perbalahan dari insiden 1, yang abang tak boleh nk pukul adik sebab dihalang oleh mama, dia p tumbuk dinding pulak. Tangan naik bengkak, ingatkan tak de apa-apa, lepas 4 hari bawak g klinik, buat x-ray, rupa-rupanya dah patah 2 pergelangan jari kanan. Masa ni mama rasa...Allahu, nak marah benda dah jadi, so refer hospital je lah. Satu hari menuggu kat wad kecemasan dari pukul 230 petang sampai 11 malam. Satu-satunya kelemahan hospital kerajaan adalah waktu menunggu yang sangattttt lama. Dan dari situ, checkup...followup sampai la ni 😇

Insiden 3 - Tumbuk TV

Ini lagi satu insiden...daripada mama tetiap petang boleh layan korea...anak yang no 4 ni, tetiba naik baran...nak di tumbuk dinding mama x bagi, sekali dia nampak TV...dia g tumbuk TV tu...😬 habis TV 55" mama beli masa dapat duet apa ntah, berkecai screen dia...huarrrggh. tiada rezeki nak pakai lama TV tu, nasib, nasib

Insiden 4 - Holiday

Akibat dari insiden 3 tu...esoknya memang kejadiannnya kami akan bertolak ke Terengganu. Dah rancang bercuti sefamily...tiba-tiba ada yang merajuk.😅 bermulalah insiden pujuk memujuk walaupun mama sempat capai raket badminton nak pukul anak....hahahaha, sadis sungguh.

Walaubagaimanapun, kami sekeluarga dapat bercuti dengan happy-happy. Lupakan seketika masalah yang berlaku. Kerana mama yakin, Allah sentiasa ada bersama.

Itu saja coretan petang ini. Nanti mama share gambar cuti2 masa Deepavali hari tu.

Jumpa lagi...sayonara !!