Assalamualaikum semua...
Lama tak menulis kan....bizi nau mama pun. Banyak sangat perkara yang mama lalui lately ni...terutama yang melibatkan hal anak-anak. Sapa kata hidup ini mudah...setiap orang ada ujian yang Allah titipkan. Terpulang pada kita bagaimana cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Terasa akhir tahun ni, banyak betul dugaan mama terhadap anak-anak yang menuntut kesabaran yang amat tinggi. Terkadang perbalahan adik beradik boleh menyebabkan banyak insiden, daripada gurauan menjadi amukan. Memang betullah hidup ini memerlukan terapi minda, kesabaran dan cara-cara menangani stress. Mama ceritalah sikit apa yang berlaku untuk kenangan akan datang...
Insiden 1 - Perebutan Motor
Bila mana ko ada 3 orang anak bujang dan hanya ada 2 motor sahaja tetapi yang menjadi tragisnya bila tak nak berkongsi...mengakibatkan pergaduhan sebab yang sorang pergi sekolah tak tunggu adiknya dan buat macam hak sendiri, yang adik pulak tidak puas hati sebab abang dia conquer motor tu sorang-sorang padahal sepatutnya mereka berkongsi. Akibat tidak puas hati, mama masuk campur...kakak dan abang pun masuk campur...berlawan mulut/kaki/tangan jawabnya.
Insiden 2 - Patah Jari
Kesan dari perbalahan dari insiden 1, yang abang tak boleh nk pukul adik sebab dihalang oleh mama, dia p tumbuk dinding pulak. Tangan naik bengkak, ingatkan tak de apa-apa, lepas 4 hari bawak g klinik, buat x-ray, rupa-rupanya dah patah 2 pergelangan jari kanan. Masa ni mama rasa...Allahu, nak marah benda dah jadi, so refer hospital je lah. Satu hari menuggu kat wad kecemasan dari pukul 230 petang sampai 11 malam. Satu-satunya kelemahan hospital kerajaan adalah waktu menunggu yang sangattttt lama. Dan dari situ, checkup...followup sampai la ni 😇
Insiden 3 - Tumbuk TV
Ini lagi satu insiden...daripada mama tetiap petang boleh layan korea...anak yang no 4 ni, tetiba naik baran...nak di tumbuk dinding mama x bagi, sekali dia nampak TV...dia g tumbuk TV tu...😬 habis TV 55" mama beli masa dapat duet apa ntah, berkecai screen dia...huarrrggh. tiada rezeki nak pakai lama TV tu, nasib, nasib
Insiden 4 - Holiday
Akibat dari insiden 3 tu...esoknya memang kejadiannnya kami akan bertolak ke Terengganu. Dah rancang bercuti sefamily...tiba-tiba ada yang merajuk.😅 bermulalah insiden pujuk memujuk walaupun mama sempat capai raket badminton nak pukul anak....hahahaha, sadis sungguh.
Walaubagaimanapun, kami sekeluarga dapat bercuti dengan happy-happy. Lupakan seketika masalah yang berlaku. Kerana mama yakin, Allah sentiasa ada bersama.
Itu saja coretan petang ini. Nanti mama share gambar cuti2 masa Deepavali hari tu.
Jumpa lagi...sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan