Selamat bercuti, cuti sekolah minggu ni rasanya tidak
ke mana-mana. Dak bongsu pun ada kelas tambahan. Ingatkan nak ke Melaka semula
tapi sebab banyak keje yang tergendala, maka kenalah siapkan dulu. Hujung bulan
ni pun ada program yang akan membuatkan aku menjejakkan kaki ke sana jua nanti.
Bekerja, terkadang terasa bosan juga, muak dengan kerja yang hampir sama setiap
hari, tetapi demi mencari rezeki...ku tahankan jua. Masih ada lagi tanggungjawab
yang menanti. Serasa nak cari dunia baru, walaupun kerja yang hampir sama,
tetapi environment yang berbeza. Andai ada rezekiku di sana...dapatlah hendaknya
tetapi andai rezekiku masih di sini, ku teruskan jua menghadapi sisa-sisa hidup
yang masih berbaki. Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik, pejam celik dah
masuk bulan 9 bagi tahun ini. Berbaki 3 bulan lagi sehingga ke tahun akan
datang, aku harap dapatlah aku bebas dari segala hutang piutang. Indahnya hidup
bila rumah dah habis bayar, kereta dah habis bayar, tiada personal loan. Dengan
kata lain, tiada hutang. Andai tiba waktu itu, boleh lah aku merencana untuk
melihat dunia pula, moga Allah kabulkan impianku melihat keajaiban dunia sebelum
mata ini tertutup rapat. Suatu masa nanti, anak-anak akan membesar dan mempunyai
keluarga sendiri. Hakikat bahawa seorang mak/ibu/mama/mummy/ummi yang harus
hadapi bila semua anak-anak dah besar dan hidup dalam keluarga masing-masing.
Hanya dapat berkumpul di sebahagian waktu yang sebentar cuma. Dan untuk itu, aku
telah bersedia fizikal dan mental walaupun terkadang hati ini rasa sangat sedih.
Suatu hari, keadaan itu akan tiba jua. Nasib yang sama seperti yang di alami
oleh mak dan abah di kampung. Setiap minggu menanti anak manakah yang sudi
melawat dan berziarah. Kerana menyedari hal itu, aku akan berusaha untuk
menjengok mereka paling tidak pun sebulan sekali. Bagi aku, duet bukanlah
segalanya walaupun segalanya perlukan duet. Aku lebih rela berhabis demi melihat
orang tuaku di kampung. Penat tu bolehlah tolak ke tepi, saat-saat bersama yang
aku inginkan walaupun hanya sementara. Doa yang aku perlukan dari mereka lebih
bernilai dari segalanya.
Buat anak-anakku...
Bila kalian sudah berkeluarga dan
mempunyai pasangan hidup masing-masing, maka selesailah tugas mama membesarkan
kalian. Doa mama sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak-anak semua agar
menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Mama habiskan masa yang ada ini
bersama kamu dan menutup dulu impian mama agar anak-anak mama mendapat perhatian
dan kasih sayang yang secukupnya dari mama. Mama mungkin tidak dapat memberikan
sepenuhnya tetapi mama berusaha memberikan yang terbaik demi kamu. Memang bukan
mudah untuk menjaga dan mendidik kamu anak-anakku tetapi mama percaya Allah
sentiasa ada untuk mama. Mama dapat rasakan kasih sayang Allah kerana kita
dikelilingi oleh teman, sahabat, rakan-rakan dan kejiranan yang baik. Moga Allah
redha dengan perjalanan hidup kita. Jangan lupa solat walaupun terkadang kita
melakukan kesilapan tetapi dengan solatlah kita masih ada sekeping hati yang
tulus dan suci. Mama mengharapkan kalian hidup gembira dan saling berhubungan
sesama adik beradik. Jangan putuskan hubungan silaturrahim dengan keluarga. Pupuklah kasih sayang di antara kamu semua. Mama mengharapkan doa kalian sebagaimana mama sentiasa mendoakan anak-anak.
Sampai sini dulu, andai sampai waktu...aku akan mengembara menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. 5 tahun je lagi...the times will come 😄
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan