Rabu, 9 Disember 2015

Jamuan Perpisahan SAH

Assalamualaikum

Kejadian hari isnin yang lalu....penuh aktiviti mama ayu ko
Makan punye pasal...tak pe lah, ikut aje...hahaha
Sempena meraikan mantan tuan pengerusi SAH-Surau Al Hijrah yang telah berkhidmat di TM Bukit Raja dan Kak Chulailai yang mengambil skim mesra-persaraan awal...tak ingat pulak mama ayu berapa lama mereka kat sini...hehe
Walaubagaimanapun, jasa mereka tetap dikenang.



Majlis bermula pada pukul 1230 - memang time makan dah tu...tunggu sorang-sorang datang...muka ceria je almaklumlah makan telah terhidang depan mata...tinggal nak ngapp je


Sebelum makan, kita selfie dulu ek....inilah teman sebilik dalam opis, dah tak de orang lain...aku cakap dengan ko, ko cakap dengan aku....hahaha
Kitorang ni kira sehati sejiwa gak....ade je hari-hari yang pakai baju colour sama, bak kata omputih, instinct kami kuat ko, macam adik & kakak


Ini dia kakak-kakak TM - Kak Arpah & Kak Wan Nora, walaupun dah tukar department tapi still hubungan tu akrab lagi


Kakak-kakak TM gak...kak yati & kak chulaila, masing-masing ada partner nak gosip-gosip hehe


Ucapan ringkas dari tuan pengerusi baru En Khairul a.k.a my Boss



Sessi penyampaian cenderahati kepada mantan pengerusi SAH dan kak chu yang akan bersara hujung tahun ni...muka-muka ceria dapat hadiah....ngehngeh


Snap sikit je makanan dalam dulang tu...kang banyak-banyak terliur pulak korang...haha



Last but not least, gambar kenangan sebelum balik ke opis masing-masing...tgk macam group guru sekolah pun ado...haha, amacam korang..ade talent tak nak jadi cikgu kami-kami ni ...hmm

Jumpa lagi....sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan