Hari ni kita JJCM sempena menyambut birthday anak ke-2 Mohamad Syaznawie Bin Syahrul Azwan. Awalnya nak jjcm di The Captain Steamboat tapi bila call nak buat booking, dorang kata dah full book. Makanya, carilah alternatif lain....kite ke BBR Steamboat pulak
Jom tengok ape yang menarik kat sini
Ini budak pantang nampak camera....asyik nak tangkap gambar je, yang penting peace yo
Suasana dalam kedai - kedai ni boleh menempatkan seramai 200 orang, kalau korang nak buat ape2 event pun boleh kat sini
Ruang minuman, boleh dikatakan tempat ini selesa jugaklah...nak parking pun senang
Tu diaaaa...tengok gambar je dah terliur kan korang.....nyummy, macam-macam ade kat sini
mama ayu sebelum nak tunggu makanan ni semua masak, makan bihun goreng dulu untuk alas perut, anak-anak pulak makan nasi lemak, makanannya not bad, mama ayu bagi 3 bintang out of 5...hehe
Ni yang bestnya makan macam ni kan, nampak kerjasama semua...dari ayah, mama sampai lah ke anak-anak kan, semua memainkan peranan dalam bab-bab mengambil, menambah, memasak dan macam-macam lagi lah...makan sama-sama, kenyang pun sama-sama
Inilah birthday boy pada hari tu....request nak makan udang, maka ke sini lah kite...leh makan udang banyak-banyak
Terbaik en suami memasak...dah masak, mama ayu ngap aje masuk mulut, perut kenyang suka hati...lalalala
Sebelum balik, anak-anak syurga ni nak bergambar pulak..layankan aje perangai masing-masing....dah kenyang, balik rumah... esok mama keje..huhu
Sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan