Khamis, 28 Julai 2016

Jualan Amal @ Taman Puncak Jalil (UTM Space Student) - Sosial Entreprenuership

Assalamualaikum..

Tak jawab dosa, hahaha...semoga hidup kita ceria selalu hendaknya. Hari ni nak update sikit cerita pasal group kami punye projek untuk subjek Keusahawanan Sosial. Subjek kali ini, group kami diminta untuk mengumpul dana dan dana tersebut akan diserahkan ke rumah anak yatim yang dipilih. Ada dua projek sebenarnya, satu untuk mengumpul dana dan group kami perlu membuat kerja amal untuk badan2 yg terpilih, tak kisah lah samada nak bantu rumah anak yatim ke, ibu tunggal ke, surau2 dan lain2 yg seangkatan dengannya, dan projek yg kedua adalah membuat Bisnes Plan yang mana dapat membantu golongan2 seperti yang disebutkan dalam projek 1 tadi.

Bagi mendapatkan dana, group kami telah memilih untuk membuat carbooth sales di Taman Puncak Jalil. Disebabkan tapak kat sini FOC, kira tempat kat cn siapa dulu dia dapat..seawal 4 pagi member team kami dah bertapa kt cn...takot kalau lewat nnt, x de tempat pulak kang...cumanya masa hari kejadian, hujan pulak di subuh hari. Harap2 semuanya berjalan lancar dan alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami semua.

Iklan yg dipaparkan di fb. Group kami telah memilih untuk Rumah Kasih Harmoni di Paya Jaras, Selangor. Mereka meminta kami untuk membetulkan taman aka Kolam di sane. Cadangan untuk ke sana pada 4/8/2016, hasilnya nanti mama akan update kendian

Set up booth, antara jualan yg dijual adalah kasut, baju, seluar, barang2 perkakasan rumah spt cerek air, cawan, tudung dan lain2. Gambar ni diambil utk diserahkan kpd lecturer tanda kami buat kerja, kikiki...bukti tu kami ade kt sane

Sesi tawar menawar dr customer. Akak ni repeat 2 kali tau kt booth kami. Lagi setengah jam nak tutup, akak ni bwk kawan lain pulak untuk beli baju & tudung, terbaik akak ni. Terima kasih sbb support kami.

Haa...yg ni customer siap try dulu baju, berkenan sungguh cust. dgn baju ni. Memula tu macam tak jadi je sbb baju tu ketat, last2 jadik jugak cust. beli...

Bergambar bersama customer yang membeli. Pandai betul dak Jaa ni cari customer. Terer bab jual2 ni. Mmg banyak lah gambar dia tp mama ayu selit dlm ni sikit2 je...gambar lain ade kt fb

Pasangan suami isteri yg sama2 melanjutkan pengajian. Amek course yg sama, buat aktiviti kelas pun sama2. Senang kan...sekali jalan je.
Tu yg duk berpayung kt belakang tu #kakakcantik...dpt trademark dr team kami UTM-TM Student. Papagi tu memang hujan membasahi bumi, tp nak dekat masuk kul 10 ke atas, bahang matahari dh mula terasa ko...agak2 lah, cmne org2 yg berniaga kt sini ye...tetiap minggu macam ni. Kami yg baru sehari ni pun dah terasa penatnya, tapi memang enjoy lah

All group member yg awesome...u all the best lah

Ini adalah pertama kali group kami berempat (yan,me,jaa & kirin) bergabung dgn group omar & the geng. Memang mantop dorg ni, komitmen yg diberikan memang tip top lah. Walaupun first time, tp collaborasi tu still ada. Kalau dh belajar kan, mane2 group pun sama, mesti ada komitmen, baru dapat hasilnya. Yang penting, memang kena pilih group yg sesuai, x de lah rasa sakit hati, orang ni x buat keje, org tu x buat keje kan. Dah namanya kerja berkumpulan, mesti ada teamwork yang padu utk menjlnkan ape2 aktiviti.

ok lah, nantikan hasilnya minggu depan pulak. So far, jualan kami hari ni dapat mengumpulkan dana sebanyak RM418. Agak baik jugaklah hasilnya. Bolehlah kami membeli cat, pasu bunga dan peralatan lain untuk mengindahkan taman yg ada di Rumah Kasih Harmoni nanti.

Jumpa lagi. Sayonara !!




Aidilfitri sana sini @ 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uolls...

Amacam pagi2 ni, harap semua ceria2 belaka...al maklumlah banyak nau jemputan raya kan, sane sini ada jemputan sampai tak tau mane nak pergi dah...hahaha

Hari ni mama ayu nak update event2 yang telah dijalankan di opis  @ TM Bukit Raja as mama ayu sebagai ajk secara langsung dlm event2 ni...moh layan gambo

Sambutan Aidilfitri sekaligus menyambut hari lahir staff dlm bulan Julai/Ogos 2016. Konsep potluck dimana setiap unit membawa menu masing2. Antara juadah yang disediakan, ketupat,rendang ayam, kambing, sate, lemang, kuih muih, buah-buahan dan nasi arab + ayam masak merah. Banyak nye juadah aidilfitri, kenyang sampai ke petang hihi

Dah namanye jamuan raya kan...mestilah ada acara makan2. Staff2 TM ni pantang nampak menu kambing, yg ni dicekup dulu masuk mulut kihkihkih

Alang2 dah buat majlis kan...ada sorg staff ni akan berpindah ke Selangor Timur - tu gambar yg kt tengah2 tu. Muka ada senyummmm tp dlm hati sape yg tahu kan. Ada sedih dlm gembira, maklumlah nak tinggalkan kawan2 kt sini

Staff2 yang menyambut birthday...kali ni tak de potong2 kek ye...nan ado nak sponsor

_________________________________________________________________
Gambar kt bawah ni pulak anjuran Surau Al-Hijrah TM Bukit Raja ( SAH ). Yg ni kita buat bu department pulak. Dari SDZ,ENZ,CMU,CS,BEQM, TMPoint dan beberapa department lain. Tak ingat pulak sebab banyak sangat department baru yg wujud dalam telekom ni..hehe

Seperti biasa, acara menyambut tetamu. Yg baju biru tu, mama ayu punya AGM SB merangkap penasihat surau SAH.

Setting makanan. Masa ni mama ayu sibuk dok masak nasi minyak tp lupe lak nak amek gambo. First time tu masak nasi minyak guna noxxa. resipi google aje di internet asalkan rasanya mantoppp, sedap habak hang...hihihi (puji masakan sendiri)

Menu utama : kambing dan sate

Upacara bermula dgn ucapan daripada tuan pengerusi surau SAH aka my bos. Siap tengkolok bagai ko nak...haha

Bersama mantan ajk SAH & rakan2 TM

Geng dari exchange Sementa

Geng dari TMpoint

Geng dari exchange BRA

With my bff

Barisan AJK SAH 2016 - semua sporting2 belaka.

Itu je pun nak cerita. Macam lah byk nau reader yg baca blog mama ayu ni...hehe. Tak kisahlah, ramai or tak kan, yg penting ada cerita. Kot2 lah nnt, anak cucu cicit nak baca pulak nanti...hahaha

Jumpa lagi, sayonara !!


Selasa, 12 Julai 2016

Rumah Baru Abah

Assalamualaikum & selamat sejahtera uolls..

Masih mood raya eh...kt key ell ni raya sebulan ko, sana sini rumah/opis terbuka...hahaha
Kat opis mama ayu je ada 3 jemputan hari raya, tu belum masuk lagi jamuan raya last minit...huhu. Hari minggu pun sama gak, jamuan di sana sini...bwk perut je lah kan. Makan, makan dan makan lagi...hehe

Ok lah, nak cerita pasal umah abah kat kampung yang masih dlm pembinaan. Hajat mak untuk beraya di kampung pada tahun ini tak kesampaian. Tunggulah masa raya haji nanti, itu pun kalau dapatlah sebab mak tengah tunggu penggilan haji je tu. Harap2 tahun ni mak dapat menunaikan haji yg diimpikan. In shaa allah


Keadaan depan rumah abah. Camne kan nak beraya sebab memang belum siap sepenuhnya. Kalau dah siap pun, agak sibuk jugak sebab belum ada keperluan kt dalam rumah ni, banyak yang perlu di beli. Lain lah kalau ada nak sponsor kan...lalala


Bahagian depan rumah, sebenar nya rumah ni sebelum ni diduduki oleh sepupu2 mama ayu, ttp sebab tanah ini nenek dah serahkan kepada anaknya aka abah, maka dah jadi hak milik abah sepenuhnya. Keadaan asal rumah ni memang agak teruk, jadi mak pun sanggup keluarkan duet utk renovation rumah. Kira macam buat rumah baru jugaklah...


Meninjau kawasan...yg ni kt ruang tamu. Yang kt bentuk curve tu nanti, dorg akan tutup jadi tak nampaklah sangat tang bhgn bilik air belakang tu kan


Operasi memasang tiles di ruang tamu. Sib baik adik mama ayu kerja kt kedai tiles, dpt lah murah sikit regenya...murah2 pun nak dekat 6k++ gak lah...kalau tidak mau cecah 10k


Kat bahagian ruang tamu. Besi2 kt atas tu nnt bila dh tutup x nampaklah kan...tunggu wiring siap, nnt dorg tutuplah dgn papan. Itu anak2 kecik melawat kawasan...hahaha


Bilik belakang yang dah siap bertiles. Bagi mama ayu, kerja2 yang dilakukan memang cantiklah, puas hati.


Bilik tengah, proses utk meratakan semula simen


Bilik depan yang dah siap jugak...


Bahagian dapur aka tempat makan2...ruang memang besar, nnt cucu2 nenek boleh main kat sini...hehe


Bahagian dapur tempat utk memasak. Ruang besar, so ramai lah yang boleh ada kt dapur kan, x de lah berlanggar pinggul ko...huhu. Anak menantu, rajin2 lah ke dapur pas ni ye...

Itu sahaja cerita pasal rumah abah. Dah siap nnt, hasilnya mama ayu tunjukkan kt korang semua ye....jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 10 Julai 2016

Raya lagi...part 3

Kali ni mama ayu update gambar adik beradik pulak...ikut pada gambar yang ada dlm simpanan hp ku...


Keluarga along - abang sulungku yang beraya di Pahang


Keluarga ajis - adikku no 6, beraya bersama2...isterinya orang Sabah bah...tahun depan beraya ke Sabah lah pulak dia


Keluarga ajak - adikku no 7 beraya di Sarawak. Posting kat sana dah 5 tahun sejak jadi polis ni...tahun depan beraya kt KL pulak. 


Ni keluarga belah en suami - Kaklong di Bangi


Keluarga Awal & Sima - adik no 4 belah suami


Keluarga Aida & Acai - adik no 5 belah suami


Keluarga Nisah & Rushdi - adik bongsu suami


Jenjalan raya menjejak rumah mak pak sedara belah suami bersama adik beradik en suami


Rumah mak ila di Salak Tinggi Sepang


Adik bongsuku bersama anak2 buah nya...peace yo

Ada sorang lagi yang bongsu ni belum kawen. Tunggu nak makan nasik minyak tp tak tau lah bila lagi....kali ni kalau yg bongsu ni kawen, leh buat makan besar sebab yg last kan...kakak abang leh sponsor...hahaha

Hari minggu ni mesti banyak rumah terbuka di sana sini...musim raya ni, makan makan dan makanlah jawabnya. Belum lagi yang kat opis punye jamuan raya lagi....kita tunggu je lah

Daaa...jumpa lagi, sayonara !!

Raya Aidilfitri ~ part 2

Musim2 raya ni opkos lah banyak gambar nak update kan....kenangan untuk generasi akan datang katanya...haha


Bergambar bersama emak & dua adik lelakiku (uda & ajis)


my chinta hati en suami, me, wany & my luvly mak


Kesayangan hatiku, abah & mak



Sesi bersalam-salaman di pagi syawal Aidilfitri, yang mana sempat je bebudak ni amik gambar...boleh lah mama update kan



Bersalam-salaman di pagi raya, maaf memaafi, ampun maaf dipinta. Rapatkan ukhuwah sesama keluarga. Bukan senang nak berkumpul macam ni kan reramai semua balik kampung


Anak2 beratur nak dapat duet raya dari poksu dorang..



Cucu2 mak & abah, baru ada 3 keluarga kt sini...ada 4 lagi (masing2 beraya belah pasangan dulu)..mama ayu tahun depan pun beraya bersama family belah en suami dulu, pastu baru beraya belah mama ayu. Ikut giliran ye...


Anak2 abah & mak, ada 4 org lagi tak de dlm gambar sbb beraya belah pasangan masing2, kalau semua balik serentak, memang tak muat rumah lah jawabnya...huhu



Menantu2 bergambar sekali. Sebab kami 2 beradik je perempuan, ada 2 je lah menantu lelaki abah & mak.

Sat g, mama update lagi gambo ye....sayonara !!