Rabu, 29 Ogos 2018

Corat coret Aidiladha 2018

Assalamualaikum


Cuti sekolah dah pun habis, sekolah pun dah bermula. Lagi dua hari kita akan menyambut Bulan Kemerdekaan buat negara Malaysia tercinta. Sungguh betapa cepatnya masa berlalu. Masa cuti sekolah minggu lepas, mama pun bercuti jugak. Tak pernah amek cuti lama tapi kali ni saja nak duk kampung lelama sikit. Memanfaatkan cuti yang ada. Itu pun masih berbaki 9 hari lagi. So mama simpan cuti untuk ke Johor Bahru nanti. Hujung tahun ni nak kena present untuk viva kat UTM, sesambil tu nak jjcm dengan kawan-kawan. hahaha

Berbalik pada cuti sekolah minggu lepas, Hari Raya Haji ataupun dikenali sebagai Raya Aidiladha disambut oleh semua umat islam pada hari Rabu 22/8/2018. Dikesempatan ini, mama berniat untuk melaksanakan ibadat korban, dan Alhamdulillah...tercapai sudah hajat di hati. Hari selasa tu mama ayu & mak berpuasa sunat. Pastu dalam kul 10 kitorg pergi ke pasar pagi di Telok Mas membeli barangan untuk memasak di malam raya. Mama rasa harga kat kampung lagi mahal kot berbanding kat KL, ke sebab hari raya..harga barang naik melambung. Huhuhu....tapi disebabkan sebelum raya kami adik beradik dah buat collection untuk membeli barangan dapur, so duit tu digunakan sebaiknya untuk persiapan Aidiladha.


Rendang ayam air tangan mak di dapur


Juadah di pagi hari...rendang ayam, kari daging, nasi impit..kuah kacang & ketupat tu mak usu bagi dan lemang tu my adik no 3 bawak dari Tasik Biru. Kul 130 dia sampai sebab jalan jem katanya, mama dah tido pun time tu. Abah pun sampai dalam kul 5 pagi camtu. 



Bawak anak-anak dan anak-anak buah tengok orang sembelih lembu dan melapah lembu di Masjid Merlimau. Pastu bawak dorang semua pergi ke Makam Tun Teja. Lama dah mama ayu tak ke sini...selalu lalu je tapi tak singgah pun. Ni bawak budak-budak ni pun sesambil menghabiskan masa. Tima raya haji ni, amalan kunjung mengunjung memang tak de pun. Sepatutnya raya haji lagi meriah kan.








Anak bujang ni asyik suh mama tangkap gambar dia je...dia lah yang nak sangat suh mama tangkap gambar kat sawah...so mama layankan aje


Haaa...amekkaw, penuh durian dalam bonet kete. Sib baiklah Mr red Alza ni boleh letak banyak barang. Petang tu, abah ajak ke Air Tawar, nak cari durian tapi durian tak de...hahaha. So adik yang no 3 tu bawak sampai ke Kesang, maka dapatlah kami durian sekilo RM5. Asalnya nak cari yang sekilo RM3 tapi dah abis pulak. Habis semua durian tu kami borong, tapi sangat puas hati lah. Cantik-cantik isinya. Puas makan. Untuk adik beradik yang tak balik tu...huhu, next time tak pastilah dapat merasa ke tidak. Buah pun dah nak abis musim. Tungglah tahun depan pulak ye..

Hari jumaat ni nak buat kenduri tahlil dan doa, hari khamis dah janji ngan anak-anak nak main bowling. Nak ajak tengok wayang hantu kak limah, dorang tak minat pulak. Cuti lama sikit ni, bawak lah anak-anak berjalan. Spend time together-gether katanya. Hihi

Ok, sampai sini dulu. Jumpa lagi, sayonara !!



Isnin, 20 Ogos 2018

Mandi Kolam

Assalamualaikum..

Cuti sekolah telahpun tiba. Selamat bercuti buat anak-anak. Kejadian semalam yang tidak dirancang. Mandi kolam di rumah pakbob dan aunty ila dorang di Pandan Indah. Sesekali menunaikan permintaan anak-anak. Dah lama tak jejak hotel dan mandi manda ni. Dulu, kalau ayah dorang ada, mesti ada je tempat yang akan dilawati...huhu 😭😭

Ni semua sebab dak wany dapat cuti seminggu...seronok nau dia dapat cuti lama. Dah berkira-kira nak jalan kat mana...haha. Tapi nan ado nye, mama dah plan nak balik kampung cuti ni. So kita jalan-jalan kat Melaka lah pulak ye.

Jom lah layan gambar..













Masa berlalu begitu pantas. Dah besar-besar dah anak-anak ni. Bila anak-anak dah besar, mama pun meningkatlah umurnya. Huhu, tua dah ke...😊

Terima kasihlah pada tuan rumah kerana sudi menerima kedatangan kami. Anak-anak memang lah terhiburkan, sekali sekali berjumpa. Dan terima kasih jugak atas hidangan mee goreng dan sandwich telur yang sedap itu...hehe. Akhir kata, terima kasih daun keladi, lain kali kami datang lagi...hihi

Sampai sini yo...mood cuti ON

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 15 Ogos 2018

A gift

Assalamualaikum..

Wordless wednesday

Hadiah buatmu anak sulongku, Nursyazwany Binti Syahrul Azwan. Bila ada anak perempuan, ini lah hadiah yang paling bermakna sekali. Jaga elok-elok ye



Syukur alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan. 

Nota hati : macam nak kumpul emas pulak lepas ni...muahahaha

Jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 12 Ogos 2018

Majlis Doa Selamat & Sambutan Hari Lahir Staf Bukit Raja

Assalamualaikum semua..

Selamat pagi isnin..dah start musim panas kan sekarang ni. Minum air banyak-banyak tau...demi untuk kesihatan. Minggu depan dah start cuti sekolah. Bebudak ni tak sabar nak cuti sebab mama pun amek cuti lama kali ni. Nak berehat di kampung bersama mak  dan anak-anak tersayang. Sekali sekala bercuti lama kan, duk kampung je lah.

9/8/2018 - Majlis Doa Selamat & Sambutan Hari Lahir Staf Bukit Raja
Berbalik pada tajuk kat atas ni, sebab mama ayu tiada masa majlis berlangsung, so letak gambar sebagai kenangan ye..




Ntah apalah mandat yang diberikan oleh bos mama ayu


Yang berdiri tu lah hj zahari...beliau akan ke tanah suci mekah pada 14/8/2018. Yang pakai baju batik tu, abang nan yang bersara awal


Staf yang menyambut birthday bulan Julai - September


Ada kek lah...untung lalala


Sepanjang majlis


Acara wajib selepas apa jua acara...bergambar ramai-ramai

Haaa, mama ayu mana eh? Time ni mama ayu kena pergi ke Menara TM di Bangsar so tak dapat nak join kawan-kawan semua. Apa-apa pun mereka happy, mama pun happy jugak. Kenangan itu indah untuk dikenang. Mana tahu selepas ini kita tak dapat berkumpul lagi macam ni kan...huhu. Berkumpul dengan team lain pulak kot nanti...hehe

Sampai sini ye..jumpa lagi, sayonara !!

Selasa, 7 Ogos 2018

Jalan Pulang

Assalamualaikum..

Hari ni mama bukan nak cerita pasal filem yang sedang ditayangkan kt panggung wayang tu 'PULANG' tapi mama teringat satu perbualan antara student dengan lecturernya. 

Lecturer : "U all hari-hari bila balik kerja, ikut jalan yang sama ke atau tukar-tukar jalan". 

Hmmm, secara logiknya, mestilah ikut jalan yang sama kan, unless kalau ko ada nak menyinggah sini sana untuk mencari barang atau keperluan.

Student: "Jalan sama lah doktor, kecuali kalau nak singgah pergi bank ke, cari barang ke"

Lecturer : " U all tahu tak, sepatutnya kita kena pelbagaikan laluan pergi dan balik ke tempat kerja, if kita lalu jalan yang sama, ada masanya kita terkhayal sebab memang hari-hari jalan kat laluan yang sama". Kalau saya, saya akan cuba ikut jalan lain, means hari ni ikut laluan biasa hari-hari, esok lusa try ikut jalan lain pulak. Bukan ke dari opis ke rumah kita banyak laluan yang boleh diikuti, so kita kena nikmati keadaan sekeliling kita"

Ok, kesimpulan yang aku nampak kat sini...yang ingin aku kaitkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Memang betul ada logiknya. Hidup kita ini adalah pilihan. Kita berhak memilih jalan mana yang hendak kita ikuti. Kalau betul jalan yang kita ikut tu, maka akan sampailah kita ke destinasi yang dituju. Tetapi jika jalan yang kita ikut tu tak betul, maka tersesatlah kita.

Dalam hidup, setiap impian, harapan, cita-cita dan keinginan kita adalah berbeza-beza. Setiap orang mempunyai pilihan untuk memilih jalan yang mereka inginkan. Ada orang yang jadi doktor, polis, guru, technician, pramugari, waima pembantu gerai makan sekalipun. Sebab itu adalah pilihan masing-masing berdasarkan usaha yang telah dilakukan. Untuk menjadi doktor, kita perlu belajar semahu-mahunya untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam pelajaran tetapi untuk menjadi pembancuh air, tak belajar tinggi mana pun semua orang boleh buat kan. Ini bukti apabila kita bekerja keras, kita akan berjaya mencapai cita-cita.

Ada orang, tak lulus SPM tapi boleh menjadi bos/founder syarikat sendiri. Yang penting ada keinginan untuk mengejar kejayaan. Ini bukanlah bermakna, yang kerja biasa-biasa tu tak berjaya, cuma keinginan mereka setakat ada-ada sahaja. Ada orang mendambakan kekayaan, maka dia harus berusaha untuk menjadi kaya. Ada orang nak kan kecantikan, maka dia berusaha untuk menjadi cantik. Ada orang, inginkan kebahagian, maka carilah bahagia dengan orang yang sanggup susah senang bersama.

Kehidupan ini mengajar manusia menjadi lebih dewasa, lebih matang. Ujian yang Allah berikan untuk melihat sejauh mana hamba-hamba Nya menerima qada' dan qadar. Melalui kehidupan ini, ada masanya kita terpesong dari landasan yang ditetapkan. Sebab manusia itu tidak sempurna, pasti ada kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan. Itu dah menjadi lumrah dalam kehidupan. Ada masa kita baik dan ada masanya kita malas. 

Andai kita terpesong atau tergelincir dalam melalui kehidupan ini, segera lah kita bertaubat. Tiada istilah terlewat bagi seseorang manusia kerana pintu taubat sentiasa terbuka. Andai kita leka, beristighfarlah, mohon ampun lah kepada Allah kerana Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dunia ini hanyalah sandiwara semata-mata, carilah jalan pulang menuju akhirat yang kekal abadi. 

Aku ingin ke syurgaMU Ya Allah. Sungguh aku rindu, dan aku juga mengharapkan dapat bertemu semula dengan kekasih hatiku (suamiku).

Sekadar perkongsian petang ini. Sayonara !!

Jumaat, 3 Ogos 2018

Terima Kasih Suamiku (Arwah)

Assalamualaikum..

Petang jumaat yang indah. Doa pada hari jumaat in shaa allah akan Allah kabulkan. Jom kita submit doa banyak-banyak. Minta lah apa sahaja pada Allah, bukan pada manusia. Kerana hanya Allah yang lebih memahami.

Hari rabu yang lepas, aku ke pejabat peguam untuk mengambil geran rumah. Alhamdulillah, telah langsai hutang rumah kami. Betullah al-quran kata, "Nikmat mana lagi yang hendak kamu dustakan", sesungguhnya nikmat Allah itu maha luas pemberianNya. Jadilah hamba yang bersyukur.

Suamiku..

Pergimu membawa seribu kenangan yang tidak mungkin akan aku lupakan.
Pergimu membawa bersama sekeping hati yang amat mencintaimu.
Pergimu meninggalkan aku bersama zuriat yang perlu aku didik, kasihi dan sayangi.
Pergimu meninggalkan kesan di hati sanubariku
Sungguh, aku rindu kamu.

Terima kasih suamiku..

Hadirmu, tidak pernah mensiakan aku, malah aku dihargai
Denganmu, aku merasakan nikmat di dunia ini
Bersamamu, aku merasa dicintai
Pergimu tidak pernah menyusahkan hidupku malah lebihan yang kau berikan buat aku membesarkan anak-anak

Tidak sekali-kali aku melupakanmu suamiku dan itu bukan bermakna aku tidak boleh 'move on'...aku akan terus tabah melalui liku-liku kehidupan ini kerana hadirmu dulu memberi semangat buatku untuk terus berjaya. Setiap sokongan dan ungkapan yang kau berikan akan tetap aku ingati sampai akhir hayatku. Dan aku sangat-sangat menghargai segala apa yang telah tertulis buatku. Walaupun banyak impian bersama yang belum tertunai, aku akan cuba lakukan sebaik mungkin untuk menunaikan impian kita dahulu. Terima kasih suamiku kerana kau telah memilih aku menjadi suri hatimu. 

Terima kasih Allah atas anugerahMu. Kau telah memberi aku ruang untuk menjadi seorang muslim sejati, yang taat pada perintahMu, taat kepada suamiku dan taat kepada kedua ibubapaku. Terima kasih Allah kerana memberi kesempatan untuk aku berbakti kepada kedua ibu bapaku.


Sedikit ingatan buat anak-anakku..

" Carilah pasangan hidup yang benar-benar sayangkan kita, kerana jika dia betul-betul kasihkan kita, dia akan terus kekal dengan kita walaupun onak dan duri melanda kehidupan kita."

"Kasih sayang itu tiada gantinya, sayangi dan hormati pasangan kita. Manusia akan berubah, walaupun pernah tersasar, sama-samalah bimbing kembali ke pangkal jalan"

"Bila hati itu disakiti dan dilukai, jangan pernah mengadu kepada orang mahupun keluarga sendiri, sujudlah kepada tuhanmu (Allah), sesungguhnya Allah lah sebaik-baik kamu meminta pertolongan"

"Basahkan lisanmu dengan zikrullah...pasti kamu akan mendapat ketenangan di dunia untuk kembali di akhirat"

"Dunia ini hanya persinggahan dan kita adalah pelakonnya. Namun begitu, kejarlah akhirat dan dunia akan datang kepada kita"

Tidak semua yang kita rancang dan kita inginkan akan menjadi kenyataan. Namun, percayalah jika kita percaya pada kekuasaan Allah, setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahNya. Yakinlah..

Sampai di sini saja coretanku, sayonara !!