Petang jumaat yang indah. Doa pada hari jumaat in shaa allah akan Allah kabulkan. Jom kita submit doa banyak-banyak. Minta lah apa sahaja pada Allah, bukan pada manusia. Kerana hanya Allah yang lebih memahami.
Hari rabu yang lepas, aku ke pejabat peguam untuk mengambil geran rumah. Alhamdulillah, telah langsai hutang rumah kami. Betullah al-quran kata, "Nikmat mana lagi yang hendak kamu dustakan", sesungguhnya nikmat Allah itu maha luas pemberianNya. Jadilah hamba yang bersyukur.
Suamiku..
Pergimu membawa seribu kenangan yang tidak mungkin akan aku lupakan.
Pergimu membawa bersama sekeping hati yang amat mencintaimu.
Pergimu meninggalkan aku bersama zuriat yang perlu aku didik, kasihi dan sayangi.
Pergimu meninggalkan kesan di hati sanubariku
Sungguh, aku rindu kamu.
Terima kasih suamiku..
Hadirmu, tidak pernah mensiakan aku, malah aku dihargai
Denganmu, aku merasakan nikmat di dunia ini
Bersamamu, aku merasa dicintai
Pergimu tidak pernah menyusahkan hidupku malah lebihan yang kau berikan buat aku membesarkan anak-anak
Tidak sekali-kali aku melupakanmu suamiku dan itu bukan bermakna aku tidak boleh 'move on'...aku akan terus tabah melalui liku-liku kehidupan ini kerana hadirmu dulu memberi semangat buatku untuk terus berjaya. Setiap sokongan dan ungkapan yang kau berikan akan tetap aku ingati sampai akhir hayatku. Dan aku sangat-sangat menghargai segala apa yang telah tertulis buatku. Walaupun banyak impian bersama yang belum tertunai, aku akan cuba lakukan sebaik mungkin untuk menunaikan impian kita dahulu. Terima kasih suamiku kerana kau telah memilih aku menjadi suri hatimu.
Terima kasih Allah atas anugerahMu. Kau telah memberi aku ruang untuk menjadi seorang muslim sejati, yang taat pada perintahMu, taat kepada suamiku dan taat kepada kedua ibubapaku. Terima kasih Allah kerana memberi kesempatan untuk aku berbakti kepada kedua ibu bapaku.
Sedikit ingatan buat anak-anakku..
" Carilah pasangan hidup yang benar-benar sayangkan kita, kerana jika dia betul-betul kasihkan kita, dia akan terus kekal dengan kita walaupun onak dan duri melanda kehidupan kita."
"Kasih sayang itu tiada gantinya, sayangi dan hormati pasangan kita. Manusia akan berubah, walaupun pernah tersasar, sama-samalah bimbing kembali ke pangkal jalan"
"Bila hati itu disakiti dan dilukai, jangan pernah mengadu kepada orang mahupun keluarga sendiri, sujudlah kepada tuhanmu (Allah), sesungguhnya Allah lah sebaik-baik kamu meminta pertolongan"
"Basahkan lisanmu dengan zikrullah...pasti kamu akan mendapat ketenangan di dunia untuk kembali di akhirat"
"Dunia ini hanya persinggahan dan kita adalah pelakonnya. Namun begitu, kejarlah akhirat dan dunia akan datang kepada kita"
Tidak semua yang kita rancang dan kita inginkan akan menjadi kenyataan. Namun, percayalah jika kita percaya pada kekuasaan Allah, setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahNya. Yakinlah..
Sampai di sini saja coretanku, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan