Hari ni mama bukan nak cerita pasal filem yang sedang ditayangkan kt panggung wayang tu 'PULANG' tapi mama teringat satu perbualan antara student dengan lecturernya.
Lecturer : "U all hari-hari bila balik kerja, ikut jalan yang sama ke atau tukar-tukar jalan".
Hmmm, secara logiknya, mestilah ikut jalan yang sama kan, unless kalau ko ada nak menyinggah sini sana untuk mencari barang atau keperluan.
Student: "Jalan sama lah doktor, kecuali kalau nak singgah pergi bank ke, cari barang ke"
Lecturer : " U all tahu tak, sepatutnya kita kena pelbagaikan laluan pergi dan balik ke tempat kerja, if kita lalu jalan yang sama, ada masanya kita terkhayal sebab memang hari-hari jalan kat laluan yang sama". Kalau saya, saya akan cuba ikut jalan lain, means hari ni ikut laluan biasa hari-hari, esok lusa try ikut jalan lain pulak. Bukan ke dari opis ke rumah kita banyak laluan yang boleh diikuti, so kita kena nikmati keadaan sekeliling kita"
Ok, kesimpulan yang aku nampak kat sini...yang ingin aku kaitkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Memang betul ada logiknya. Hidup kita ini adalah pilihan. Kita berhak memilih jalan mana yang hendak kita ikuti. Kalau betul jalan yang kita ikut tu, maka akan sampailah kita ke destinasi yang dituju. Tetapi jika jalan yang kita ikut tu tak betul, maka tersesatlah kita.
Dalam hidup, setiap impian, harapan, cita-cita dan keinginan kita adalah berbeza-beza. Setiap orang mempunyai pilihan untuk memilih jalan yang mereka inginkan. Ada orang yang jadi doktor, polis, guru, technician, pramugari, waima pembantu gerai makan sekalipun. Sebab itu adalah pilihan masing-masing berdasarkan usaha yang telah dilakukan. Untuk menjadi doktor, kita perlu belajar semahu-mahunya untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam pelajaran tetapi untuk menjadi pembancuh air, tak belajar tinggi mana pun semua orang boleh buat kan. Ini bukti apabila kita bekerja keras, kita akan berjaya mencapai cita-cita.
Ada orang, tak lulus SPM tapi boleh menjadi bos/founder syarikat sendiri. Yang penting ada keinginan untuk mengejar kejayaan. Ini bukanlah bermakna, yang kerja biasa-biasa tu tak berjaya, cuma keinginan mereka setakat ada-ada sahaja. Ada orang mendambakan kekayaan, maka dia harus berusaha untuk menjadi kaya. Ada orang nak kan kecantikan, maka dia berusaha untuk menjadi cantik. Ada orang, inginkan kebahagian, maka carilah bahagia dengan orang yang sanggup susah senang bersama.
Kehidupan ini mengajar manusia menjadi lebih dewasa, lebih matang. Ujian yang Allah berikan untuk melihat sejauh mana hamba-hamba Nya menerima qada' dan qadar. Melalui kehidupan ini, ada masanya kita terpesong dari landasan yang ditetapkan. Sebab manusia itu tidak sempurna, pasti ada kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan. Itu dah menjadi lumrah dalam kehidupan. Ada masa kita baik dan ada masanya kita malas.
Andai kita terpesong atau tergelincir dalam melalui kehidupan ini, segera lah kita bertaubat. Tiada istilah terlewat bagi seseorang manusia kerana pintu taubat sentiasa terbuka. Andai kita leka, beristighfarlah, mohon ampun lah kepada Allah kerana Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dunia ini hanyalah sandiwara semata-mata, carilah jalan pulang menuju akhirat yang kekal abadi.
Aku ingin ke syurgaMU Ya Allah. Sungguh aku rindu, dan aku juga mengharapkan dapat bertemu semula dengan kekasih hatiku (suamiku).
Sekadar perkongsian petang ini. Sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan